Sebenarnya adalah cukup senang mengusaha tanaman cendawan ini. Sebagai panduan asas kepada yang ingin mencubanya secara kecil-kecilan di rumah, saya sertakan beberapa prosedur asas yang perlu dituruti;
1) Bongkah yang telah disuntik benih hendaklah disusun atas rak kekal di tempat yang sesuai iaitu keadaan persekitaran gelap (70-90%) dan lembap.
2) Biarkan bongkah tersebut dipenuhi miselium sehingga ke bahagian hujung bongkah (biasanya selama 30-45 hari).
3)Kemudian penutup berspan dibuka.
4) Bahagian mulut bongkah dicuci iaitu dengan cara mengeluarkan semua biji benih (boleh gunakan hujung sudu yang bersih).
5) Mulut bongkah tersebut kemudian perlu ditutup kembali dengan penutup baru yang disediakan dan dibiarkan selama lebih kurang 7 hari (atau sekiranya selaput putih didapati telah menyelaputi permukaan).
6) Selepas tempoh tersebut penutup tersebut perlu dibuka dan tunggu ianya keluar tunas.
7) Selepas 4 hari ataupun kelopak sebesar 3-4 inci cendawan tersebut boleh dituai dengan cara menarik rumpun cendawan keluar.
8) Mulut bongkah tersebut perlu dicuci sekali lagi dan ditutup dengan penutup bersih (dikenali sebagai peringkat rehat) untuk tempoh 7 hari. Untuk langkah seterusnya ULANG langkah (6).
(prosedur di atas hanya untuk pengusaha yang bermula dengan bongkah cendawan yang telah disuntik benih sahaja)
Tuesday, May 6, 2008
Friday, January 18, 2008
hasil ke-4
masalah 1
Semasa sedang mencungkil benih pagi tadi spesies serangga ini telah dijumpai dalam bongkah cendawan iaitu pada kelompok benih. Ianya bersaiz 1 milimeter je dan berwarna gelap. Setakat ni tak tahu apa peranan sebenarnya dalam bongkah tersebut mungkin ianya makan miselium yang sedang tumbuh. Gambar yang diambilpun tak berapa jelas sebab kecil sangat.
Wednesday, January 16, 2008
hasil permulaan
Tuesday, January 15, 2008
tunas pertama
Subscribe to:
Posts (Atom)