ADS

Selasa, 6 November 2012

Panduan Menanam Cili Api







PENYEDIAAN TANAH

Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm ( 6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4  kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.

Dalam Pasu atau Bekas

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan
pasu.

Nota: Digalakkan menggunakan baja organik bukan berasaskan najis haiwan untuk penanaman cili.


MENYEDIA ANAK BENIH

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm(4  inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5g biji benih dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2 inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 6 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang. Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

PENANAMAN

Di Ladang 

Anak benih yang berumur 6 minggu boleh terus diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak
semaian supaya anak benih senang di gali. Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 150 cm (60 inci) antara baris.

Dalam Pasu atau Bekas 

Semai terus 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu selepas 2 minggu ditanam.

PENJAGAAN

Menyiram

Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja

DiLadang – Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10g sepokok setiap 2 minggu.

Dalam Pasu atau Bekas – Tabur sebanyak 1 sudu the atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di kelliling pokok setiap minggu.

MENYEDIA SOKONGAN

Sokong anak pokok dengan pancang kayu untuk mengelakkan pokok tumbang.

SUNGKUPAN

Di Ladang - Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Selalunya sungkupan plastik digunakan di ladang.

Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan rumput-rumput kering atau sabut kelapa.

MERUMPUT

Bersihkan batas atau pasu daripada rumpai dengan mencabut, menggunakan cangkul atau tajak. Bagi tanaman pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.

PENUAIAN

Cili boleh dipetik selepas 3-4 bulan selepas ditanam. Satu pokok boleh mengeluarkan sebanyak 5000 gm untuk tempoh selama 8-9 bulan.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Bintik Daun - Sembur racum kulat Benomyl

Antraknos Buah - Sembur racun kulat seperti mancozeb

Kutu Daun - Sembur racun serangga chlorphyrifos atau Imidachloprid

Hamama Merah - Sembur racun seperti dicofol atau malathion


Kerekot Daun dan Mozek Daun

a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun.Oleh itu kawalan kutu daun adalah
penting.
b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit


Layu Pokok (Layu Bakteria) - Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.  Tentukan saliran tanah yang baik.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan