ADS

Selasa, 6 November 2012

Panduan Menanam Pandan






PENGENALAN

Pandan atau nama botani Pandarus adorus adalah sejenis tanaman berperdu dan tumbuh tegak keatas. Daun tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam dihujung. Warnanya hijau tua dipangkal dan hijau muda dihujung. Sejenis tumbuhan yang sejuk, daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi. Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya bileh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala.

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

Pokok ini boleh membiak melalui akar dan anak pokok. Sediakan lunag berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm. Campurkan tanah bersama 100 g baja CIRP. Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di keliling anak pokok.

Sekiranya menanam di dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu. Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubangdan padatkan tanah keliling pokok.

PENJAGAAN

Siram anak pokok pagi dan petang. Cabut dan buang rumpai yang tumbuh di keliling pokok. Elakkan penggunaan racun rumput. Tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 g sepokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 g sepokok bagi tanaman di atas tanah.

Tiada perosak dan penyakit serius menyerang pokok pandan.

Daun boleh dipetik selepas 12 bulan di tanam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan