ADS

Khamis, 1 November 2012

Pembahagian Harta Pusaka


Pembahagian Harta Pusaka
Apabila si mati meninggalkan harta alih dan harta tidak alih bernilai RM600,000.00 ke bawah, warisnya boleh memohon pembahagian pusaka mengikut Ordinan (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil, 1955. 

Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pentadbir Tanah dimana letaknya sebahagian besar dari harta pusaka tersebut. Sekiranya simati hanya meninggalkan harta alih seperti wang, barang emas, kenderaan atau pusaka bernilai lebih dari RM600,000.00 permohonan pembahagian pusaka hendaklah dikemukakan di Pejabat Pentadbir Pusaka, di Mahkamah Tinggi atau Pemegang Amanah Raya.

Dokumen Sokongan

  • Dua (2) salinan Surat Akuan Kematian/Permit Pengkebumian/Surat Perakuan Sumpah/Perintah AnggapanKematian yang telah disahkan oleh Pihak Berkuasa Hospital/Balai Polis dan Nombor Kad Pengenalan simati.

  • Salinan asal Dokumen Hakmilik Tanah (Geran Tanah) atau Surat Perjanjian Jual Beli mengikut nama yang berkenaan.
  • Salinan resit Cukai Tanah terkini.
  • Salinan resit Cukai Harta terkini.

  • Kad Pengenalan (asal dan salinannya), waris-waris atau Surat Beranak asal bagi waris berumur kurang dari 12 tahun (jika ada).
  • Surat Pengesahan Bank/Institusi Kewangan/Perbendaharaan Negeri/Malaysia sekiranya Hakmilik dicagarkan kepada mana-mana Institusi Kewangan. Sertakan Surat Perjanjian dengan Institusi Kewangan yang berkenaan (jika ada).
  • Maklumat mengenai hutang piutang simati dengan pihak-pihak lain (jika ada).

Borang

  • Borang A bagi permohonan baru. (Lampiran A).
  • Borang P bagi permohonan ulang bicara. (Lampiran B).

Bayaran

  • Permohonan baru RM10.00 setiap satu
  • Permohonan ulang bicara RM10.00 setiap satu
  • Bayaran Perintah RM10.00 setiap satu
  • Bayaran Pendaftaran atas tiap-tiap satu Hakmilik RM30.00 setiap satu
  • Salinan Perintah RM2.00

Perbicaraan
Seboleh-bolehnya semua waris hadir pada tarikh perbicaraan kecuali mereka yang tidak
menuntut haknya, yang telah menyerahkan bahagian kepada waris-waris lain dengan menggunakan Surat Persetujuan (sila lihat Lampiran C).

Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, perbicaraan boleh dijalankan mengikut budi
bicara Pentadbir Pusaka Kecil. Harta Pusaka akan dibahagikan mengikut perkiraan faraid bagi  orang Islam atau mengikut pembahagian yang telah dipersetujui secara sepakat oleh wariswaris.
Bagi orang bukan Islam, yang meninggal tanpa membuat wasiat pembahagian pusaka
ditetapkan di bawah Akta Pembahagian (Pindaan) 1997 – Akta A 1004 – (sila lihat Lampiran D).

Sekiranya simati ada membuat wasiat, pembahagian pusaka adalah mengikut yang
diwasiatkan.

Mereka yang menghadiri perbicaraan hendaklah kemukakan kad pengenalan sebelum
perbicaraan dimulakan supaya dapat dicatit nama pihak-pihak yang hadir.

Ulang Bicara
Permohonan Ulang Bicara dengan menggunakan Borang P boleh dikemukakan apabila :

(1) Terdapat harta pusaka yag ditinggalkan dan tidak disenaraikan semasa perbicaraan kali pertama (harta tertinggal).

(2) Waris yang dilantik sebagai Pentadbir semasa perbicaraan kali pertama telah dapat menyelesaikan salah satu dari perkara-perkara berikut :  


  • Telah menyelesaikan hutang piutang simati, atau Telah dapat menyelesaikan perbalahan    dikalangan waris-waris, 

          atau 

  • Bagi tanah yang terletak dalam rancangan FELDA, atau dalam Rancangan Penempatan Beramai-ramai (Tanah GSA) telah dapat mencapai persetujuan bersama mengenai nama seorang waris sahaja yang diwarisi tanah berkenaan. (Perkara ini ditetapkan dalan Undang-undang Tanah Penempatan Beramairamai atau Berkelompok).  


  • Untuk melepaskan perlantikan seseorang sebagai Pemegang Amanah kepada seorang waris yang dahulunya belum dewasa, supaya pusaka berkenaan dapat diturun milik kepada waris yang kini telah cukup umur. 
  • Terdapat waris yang tertinggal. Perbicaraan hanya boleh dilakukan sekiranya kes belum selesai, dimana pembahagian belum diputuskan dan belum diendoskan pada hakmilik tanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan