PENGENALAN
Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea dari famili moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang diatas pokok lain(epifit). tapi ia juga boleh hidup diatas tanah seperti tumbuhan lain juga.Ia juga dikenali dengan nama telinga beruk, mas secotek dan serapat angin.Pokok ni ada pokok jantan dan pokok betinanya.Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina.selalunya ia tumbuh pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi(atas pokok lain).
Emas Cotek (Ficus Deltoidea) dikenali juga sebagai serapat, sempit-sempit dan agoluran (Sabah) dalam keluarga Moraceae. Sejenis tumbuhan ubatan yang popular dan banyak digunakan oleh pengamal perubatan termasuk penduduk di Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Tumbuhan ini sejenis tanaman epifit dan hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar untuk mendapatkan cahaya matahari dan biasanya terdapat di celah-celah pokok atau batu besar. Banyak di dapati tumbuh secara liar di hutan dan belukar di tepi laut atau di pergunungan.
CIRI-CIRI MORFOLOGI
Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m tinggi tanpa pemangkasan. Bentuk daun berbeza mengikut varieti samada bulat, bujur telur atau lonjong. Permukaan atas daun berwarna hijau berkilat dengan bintik berwarna emas. Permukaan bawah pula berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam antara urat daun utama yang bercabang. Pangkal dan hujung daun kebiasaannya membulat. Bunga terbentuk di bahagian ketiak tangkai daun samada berpasangan atau tunggal. Bunganya berwarna hijau muda bertukar menjadi kuning dan merah apabila matang. Daun Emas Cotek jantan mempunyai daun yang kecil dan tirus.
KEPERLUAN IKLIM DAN TANAH
Tumbuhan ini sesuai ditanam di tanah bertekstur ringan dan mempunyai saliran yang baik dan tidak mudah
ditenggelami air seperti tanah bris. Kadar taburan hujan bulanan yang optimum dalam lingkungan 180-200 cm.
PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN
Tanaman Emas Cotek boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan bahagian ranting dan berpucuk muda.
Penggunaan keratan ranting (pucuk muda) adalah lebih mudah dan cepat pertumbuhannya selain dari boleh
memastikan ketulenan baka. Keratan ranting muda sedia untuk ditanam di ladang selepas 7-8 minggu di petak semaian, manakala bahan tanaman dari biji benih memerlukan 12 – 14 minggu selepas penyemaian.
PENANAMAN DI LADANG
Saiz batas yang disyorkan adalah 1.5 m lebar dan tinggi 0.5 m. Manakala jarak antara pokok dalam baris adalah 1.2 m dan berukuran 2 m antara batas. Ini akan menghasilkan kepadatan tanaman sebanyak 4,200 pokok sehektar. Tandan kelapa sawit reput hendaklah diberi pada kadar 5-7 kg sepokok dengan menggaulkannya sedalam 30 cm dari permukaan tanah bagi meningkatkan lembapan di kawasan pertumbuhan dan mengurangkan larut resap nutrien. Ia sesuai digunakan bagi tanah yang mengandungi pasir lebih dari 90 %.
PEMBAJAAN
Bagi tanah berpasir, dua jenis baja disyorkan iaitu baja najis ayam sebagai baja asas sebelum menanam dan diberi setiap 6 bulan pada kadar 10 tan/ha. Manakala baja secara tak organik atau separa organik seperti NPK ( 10:10:10 ) dengan kadar 2 tan/ha diberi setiap 6 bulan.
KAWALAN RUMPAI
Sungkupan menggunakan plastik dapat mengawal rumpai selain dari boleh memastikan lembapan batas sentiasa terjaga.
PENGURUSAN MUSUH DAN PENYAKIT
Tanaman ini sensitif terhadap serangan nematod ( puru akar ). Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut dan mati. Sehubungan dengan itu pasir untuk medium penyemaian hendaklah dari lapisan bawah (melebihi 60 cm dari permukaan tanah ) kerana ia bebas dari cacing nematod. Penggunaan bahan gambut sebagai bahan tanaman di dalam pasu atau bekas tanaman juga dapat mengelakkan jangkitan cacing nematod.
HASIL
Secara tradisi penuaian Emas Cotek adalah dengan mencabut keseluruhan pokok. Setiap satu perdu boleh mencapai kira-kira 20 kg basah termasuk akar, buah dan batang untuk ramuan ubat-ubatan. Penuaian juga boleh dilakukan dengan memotong rendah pada tahap ketinggian 30 cm dari aras tanah dan ia boleh dituai setiap 4-5 bulan sekali.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Emas Cotek dikeringkan terlebih dahulu sebelum dipasar atau diproses dijadikan ubat-ubatan. Bahan basah Emas Cotek dipercayai mengandungi getah menyebabkan keracunan jika diambil secara segar.
Biasanya ia dijemur 4-5 hari di bawah pancaran matahari sebelum diproses dan disimpan di tempat kering hingga beberapa bulan.
Anggaran kos pengeluaran bagi sehektar tanaman Emas Cotek adalah dalam lingkungan Rm 28,000 termasuklah kos tenaga buruh dan bahan input. Kos pengeluaran bagi sekilogram daun kering adalah dalam lingkungan RM 23.00 – RM28.00 / kg.
KEGUNAAN | |
untuk perubatan pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (cmpuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. minum airnya bila suam.ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair.selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan untuk menyhatkan badan sebanyak 3-5 biji sehari
| |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan