ADS

Sabtu, 3 November 2012

Panduan Menanam Ulam Raja








PENGENALAN


Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di FloridaAmerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budusambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengankalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.


Ulam raja terkenal di kalangan orang-orang Melayu. Pucuknya yang muda sangat berkhasiat untuk dibuat ulam atau kerabu. Ia boleh ditanam di kawasan rumah sebagai pokok perhiasan kerana mempunyai bunga yang menarik.

Pokok ulam raja tersebar melalui hembusan angin. Benih-benih dari sekuntum bunganya tersebar apabila dihembus angin. Pokok ulam raja tumbuh menegak, batangnya kehijauan, lembut dan senang dipatahkan, daunnya bergerigi, lembut dan kecil. Ulam raja tidak sesuai ditanam di tanah lembap atau tempat takungan air. Ia sesuai di kawasan lapang dan terbiar.

PENYEDIAAN TANAH

Ia sesuai ditanam di tanah gembur yang mengandungi banyak bahan organan.

MENANAM

Semai biji benih dalam kotak/tapak semaian yang mengandungi tanah subur.
Apabila tingginya 10-15 cm, pilih pokok yang sihat dan ubah ke tempat yang disediakan. Tanam denagn jarak lebih kurang 30 cm x 30 cm atau 30 cm x 45 cm.

Siram pokok 2 kali sehari terutama ketika masih kecil.

Bubuh baja tahi ayam/tahi lembu reput sebanyak 2-3 tin susu sepokok. Baja kimia seperti baja sebatian NPK 15:15:15 boleh digunakan jika perlu.

PERHATIAN

Ulam raja boleh didapati di pasart (di gerai orang Melayu) dengan harga RM 0.50 – RM 1.00 seikat.
Apabila pokoknya telah tua elok ditanam semula.

Ia juga boleh ditanam untuk mengawal pertumbuhan lalang.

Pokok ulam raja yang sering dijakikan ulam-ulaman dalam hidangan. Tumbuhan ini juga sangat dikenali sebagai tumbuhan herba yang berkhasiat. Ia sering ditanam di halaman rumah dan sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan.


KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA

Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan aktif. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.

PENUAIAN

Di Ladang. Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara RM 4 – RM 6 /kg

Dalam Pasu dan Bekas. Anggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan