ADS

Sabtu, 3 November 2012

Panduan Menanam Ulam Raja








PENGENALAN


Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di FloridaAmerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budusambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengankalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.


Ulam raja terkenal di kalangan orang-orang Melayu. Pucuknya yang muda sangat berkhasiat untuk dibuat ulam atau kerabu. Ia boleh ditanam di kawasan rumah sebagai pokok perhiasan kerana mempunyai bunga yang menarik.

Pokok ulam raja tersebar melalui hembusan angin. Benih-benih dari sekuntum bunganya tersebar apabila dihembus angin. Pokok ulam raja tumbuh menegak, batangnya kehijauan, lembut dan senang dipatahkan, daunnya bergerigi, lembut dan kecil. Ulam raja tidak sesuai ditanam di tanah lembap atau tempat takungan air. Ia sesuai di kawasan lapang dan terbiar.

PENYEDIAAN TANAH

Ia sesuai ditanam di tanah gembur yang mengandungi banyak bahan organan.

MENANAM

Semai biji benih dalam kotak/tapak semaian yang mengandungi tanah subur.
Apabila tingginya 10-15 cm, pilih pokok yang sihat dan ubah ke tempat yang disediakan. Tanam denagn jarak lebih kurang 30 cm x 30 cm atau 30 cm x 45 cm.

Siram pokok 2 kali sehari terutama ketika masih kecil.

Bubuh baja tahi ayam/tahi lembu reput sebanyak 2-3 tin susu sepokok. Baja kimia seperti baja sebatian NPK 15:15:15 boleh digunakan jika perlu.

PERHATIAN

Ulam raja boleh didapati di pasart (di gerai orang Melayu) dengan harga RM 0.50 – RM 1.00 seikat.
Apabila pokoknya telah tua elok ditanam semula.

Ia juga boleh ditanam untuk mengawal pertumbuhan lalang.

Pokok ulam raja yang sering dijakikan ulam-ulaman dalam hidangan. Tumbuhan ini juga sangat dikenali sebagai tumbuhan herba yang berkhasiat. Ia sering ditanam di halaman rumah dan sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan.


KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA

Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan aktif. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.

PENUAIAN

Di Ladang. Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara RM 4 – RM 6 /kg

Dalam Pasu dan Bekas. Anggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.

Panduan Menanam Limau Nipis





PENGENALAN

Limau nipis atau nama botani Citrus aurantifolia adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk
kegunaan sebagi air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5 cm garispusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Pokoknya pulaadalah lebih kurang 5 m tinggi.

IKLIM

Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita.

TANAH

Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

CARA-CARA MENANAM

Membiak

Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

Menanam

Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6 m x 6 m. Ia boleh di tanam dalam susunan empat segi sama. Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok. Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m. Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang.

Siram sejurus selepas menanam. Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.
Selain daripada itu, pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi lembu. Sebanyak 30- 40kg/pokok/tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40-60 kg/pokok/tahun.


CANTASAN

Cantasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu dilakukan.

KAWALAN RUMPAI

Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.

PENJAGAAN

Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:


  • Baja Tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4)
  • Baja Buah : NPK Mg (12:12:17:2)

Baja di tabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun.

HASIL

Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara
20-25 kg/pokok/tahun boleh diperolehi.

Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.


Panduan Menanam Jagung


Panduan ringkas untuk menanam jagung samaada untuk diladang atau dikawasan rumah.







PENYEDIAAN TANAH

Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22cm (6-9 in). Sekiranya tanah senang bertakung air, penanaman hendaklah dilakukan di atas batas yang berukuran 30cm ( 12 in) lebar, 22cm (9in) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in). Gunakan 300 biji benih bagi kawasan seluas 300m (3200 kaki) persegi.

Dalam Pasu dan Bekas

Gunakan yanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

PENANAMAN

Di Ladang

Semai 2 atau 3 bii benih terus ke batas sedalam 2.5 cm ( 1 in ). Jarak tanaman ialah 75 cm ( 30 in) antara barisan dan 30 cm ( 12 in ) antara pokok. Penjarangan di buat 2 minggu selepas menanam dengan meninggalkan satu pokok yang sihat sahaja selubang.

Dalam Pasu dan Bekas

Semai 2 biji terus ke dalam pasu sedalam 2.5 cm. Penjarangan anak pokok dilakukan 2 minggu selepas menanam. Tinggalkan satu pokok sahaja sepasu.

PEMBAJAAN

Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepanjang baris pada minggu ke 2,3 dan 4 selepas menanam. Setiap kali menabur dengan kadar 10 kg baja untuk setiap 300 m persegi.

Dalam Pasu dan Bekas

Tabur 1 sudu the (5 g) NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.

PENGAIRAN

Di syorkan penyiraman dilakukan 2 kali sekali pada musim panas.

MERUMPUT

Kawal rumpai sepanjang masa. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan atau cangkul.

MENGAWAL SERANGGA DAN PENYAKIT

Sembur racun serangga jika perlu.  . Jika terdapat kutu daun, sembur racun serangga Malathion (seperti Malathion 80 pada kadar 1 sudu besar atau 14 cc segelen air).  Untuk membasmi ulat pengorek batang dan tongkol, sembur racun serangga carbaryl ( seperti Sevin pada kadar 1 sudu besar atau 10g

MEMUNGUT HASIL

Hasil mula dituai 10 minggu selepas ditanam. Kira-kira 900 hingga 1200 tongkol boleh di dapati dari kawasan seluas 300 m persegi.