ADS

Ahad, 11 November 2012

Ternakan Ikan Hiasan






Pendahuluan

Industri ikan hiasan  menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. 

Ikan hiasan merupakan antara satu industri yang sangat berpotensi tinggi untuk dimajukan.  Malahan masyarakat Malaysia merupakan antara penggemar ikan hiasan. 

Ketika ini ,  Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak  dan Johor. 

Jenis Ikan Hiasan

Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan. Mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar.  1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.   Spesies yang popular sudah tentunya spesies eksotik.  

Antaranya Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan. Antaranya:


Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai  sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria.  Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.  Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.







Dari keluarga Cyprinidae  seperti  Barb, Seluang ( Rasbora ) dan Kap seperti Kelah dan Tengas.




Ikan kelah merupakan spesies ikan eksotik terkenal di Malaysia, mempunyai isi yang lembut dan sedap,sukar untuk dipancing serta hidup di habitat air yang bersih tanpa pencemaran. Sekarang menjadi ikan hiasan popular.  Mempunyai 19 spesies diseluruh dunia dan hanya 3 spesies di Malaysia.

Dari keluarga Anabantidae. Antara ikan yang popular sebagai ikan hiasan dari keluarga ini ialah Ikan Pelaga, Sepat dan Kaloi.





Ikan Pelaga, murah dan popular sebagai ikan hiasan, teringat zaman kanak-kanak dulu bawa bekas sauk dan balang ,cari ikan laga dan belut.

Dari keluarga Poecilliidae. Antara yang paling popular dari spesies ini termasuklah Ikan Guppy.Platy Molly dan SwordTail


Ikan Guppy merupakan antara ikan hiasan yang popular, dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai ekor yang kembang dengan pelbagai warna dan corak, gambar atas ialah molly guppy dan gambar di bwah ialah tuxedo guppy



SwordTail antara ikan hiasan paling banyak di kedai akuarium negara, harganya murah dan senang untuk dibela.

Dari keluarga Cyprinidae seperti Ikan Emas Dan Ikan Koiantara spesies yang sangat popular di Malaysia dan di seluruh dunia



Ikan Emas,masih mendahului senarai ikan hiasan di seluruh dunia, sangat popular kerana warna keemasannya, namun sekarang sudah terdapat ikan emas hitam





Dari keluarga Characidae ( Tetra ),antaranya ialah ikan Black Widow( macam labah-labah pulak ye), Black Neon, Serpae Kebanyakan ikan dari keluarga ini berasal dari Amerika,  namun dengan pantas membiak di Malaysia.

Black widow, ikan Tetra yang mampu membiak di dalam akuarium dengan mudah. Dari keluarga Cichlidae, antara Ikan popular ialah Ikan Angel,Discus dan Oscar




Ikan Angel,biasa lihat di kedai ikan, tetapi belum pernah cuba membelanya.Antara ikan yang cantik dibela di akuarium.Antara sifat terbaik ikan ini ialah sangat sayang akan anak-anaknya dan dikenali sebagai ikan 'parental care'

Discus ikan hiasan yang paling rumit jagaannya,namun jika anda ingin buka kedai ikan hiasan, ikan ini mesti ada,kerana harganya mahal,tetapi tinggi permintaannya.


Berasal dari Eropah,namun sudah banyak dibiakkan di Asia,memerlukan kualiti air serta makanan yang baik jika anda ingin membelanya.




Oscar memang laris dipasaran. Dari keluarga Osteoglossidae. Antara yang paling popular dan dikatakan antara ikan hiasan paling mahal di dalam kelasnya, iaitu Arowana atau Ikan Kelisa.namun ikan ini semakin pupus dari sungai di Malaysia. Biasanya berwarna Meraha, Eams dan Hijau. Memerlukan modal yang tinggi untuk membelanya kerana harganya yang sangat mahal bergantung kepada saiz, umur dan warna.Walaupun bermuka ganas,ikan ini semakin berkurangan kerana tangkapan yang beleluasa.




Ikan Hiasan dalam Akuarium Jenis Balang Kaca

Persenyawaan
  • Induk jantan jenis ‘polygamous’ iaitu mengawan dengan beberapa ekor  ikan betina.
  • Ikan jantan akan mengejar ikan betina dan memusingkan kedudukan badannya agar hujung ganopodium masuk ke dalam alat kelamin ikan betina,ketika ini sperma akan dimasukkan dan mempersenyawakan telur yang berada di rongga obarian (obarian cavity) dimana telur ini akan menetas.
  • Anak bergantung hidup pada `yolk sac´ sehingga masa kelahirannya.
  • Telur tersebut mengambil masa 30-40 hari sebelum di lahirkan.
  • Apabila dilahirkan anak-anak ikan ini sudah boleh berenang bebas dan memakan bahan makanan di dalam air.

Proses Pembiakan
  • Induk diletakkan didalam tangki dan diasing menggunakan bakul, tudung saji atau jaring.
  • Letakkan media seperti keladi bunting atau kiambang, untuk memberi perlindungan bagi anak yang baru lahir.
  • Tambahkan garam pada medium untuk merangsang pembiakan.






Panduan Menanam Halia






PENGENALAN

Halia atau nama botani Zingiber officinale Rsc. Ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah
mineral dan gambut.

JENIS-JENIS HALIA

  • Halia Bentong –Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (berlendir dan berair)
  • Halia Taiwan – Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.
  • Halia Indonesia – Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda.

PENANAMAN

Halia sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gambut) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi agar tidak menyekat pertumbuhan rizom. Halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walaubagaimanapun ianya boleh juga di tanam di tanah gambut yang pHnya 3.8.

Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.

PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN

Halia di tanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.
Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas.

Kemudian rizom di kerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.
Anggaran 25-33 keratan boleh didapati dari 1 kg rizom.Keperluan bahan tanaman di anggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar.

Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelum menanam.

Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan penyakit layu.

PENYEDIAAN TANAH

Bajak dan gembur tanah sebelum menanam. Buatkan batas 30 cm tinggi dan 61 cm antara batas.

MENANAM DI LADANG

Sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan. Ini membantu
percambahan rizom-rizom. Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu.
Petani-petani biasanya mengamalkan jarak tanaman 25-30 cm empat persegi di Bukit Tinggi dan 20 cm x 30 cm dua baris di Tanjung Sepat. Walaubagaimanapun jarak tanaman yang di syorkan ialan 60 cm dalam barisan. Jarak sebegini menggalakkan pembesaran rizom yang lebih subur dan memberi sejumlah 53,790 pokok sehektar.

Atur keratan-keratan rizom di atas batas. Gali lubang sedalam 15 cm dan letakkan rizom dengan ‘mata’ tunas menghala keatas. Kambus dan padatkan tanah. Beri naugan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4 minggu selepas menanam.

PEMBAJAAN

Tanah gambut – gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2O5 dan 236 kg K2O sehektar.

Untuk tanah bukan organan di syor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2O5, dan 112 kg K2O sehektar.

Baja di tabur secara selerak seminggu sebelum menanam dan dua bulan selepas menanam di tabur di keliling perdu.

MERUMPUT

Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.

PENUAIAN

Halia dituai sebagai halia muda bila berumur 4 ½ - 5 bulan dan halia tua bila berumur 9 bulan selepas menanam.


Kelewatan menuai akan meninggikan kandungan serabut.