ADS

Selasa, 9 Disember 2014

Khasiat Belimbing Tanah

Terdapat pelbagai jenis belimbing yang telah Allah ciptakan untuk menjadi penawar & makanan berkhasiat ubatan. Mari kita lihat beberapa jenis belimbing. Info ini saya perolehi dari blog-blog yang berkongsi info mengenainya. Moga Allah merahmati dan memberkati usaha kita mencari penawar penyakit yang kita hadapi. 

Bila Allah turunkan penyakit buat kita sebenarnya Allah juga turunkan penawarnya hampir dengan kita, maka berusahalah untuk mendapatkannya. Insyaallah beroleh kesembuhan.


Perlu diingatkan, pokok berbeza & nama juga berbeza mengikut tempat. Ada yang dipanggil dengan nama yang sama tetapi pokoknya berbeza. Yang penting kenal, faham khasiatnya dan gunakan dengan yakin, kemudian bertawakkal pada Allah tentang kesembuhannya.


 

 

 _____________________________________________________________

Belimbing Tanah








Nama Botani : Tacca Cristata

Nama Lain : Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak

Famili : Taccaceae

Pengenalan : 

Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur (‘ovate’) dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.

Khasiat dan Kegunaan : 

Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

POKOK BELIMBING TANAH adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar di kawasan lembah, tanah lembab atau berlumut dan kaewasan lapang.

Tumbuhan uyang dalam botninya dikenali sebagai Averrhoa Spp ini adalah sejenis pokok yang bersaiz kecil dan mempunyai batang berwarna hijau.

Akarnya pula jenis serabut, daunnya bercabang tiga dan bunganya berwarna ungu keputihan.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genitik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Berdasarkan pengakuan pengamal perunbatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan sesuai untuk mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, pokok ini tidak boleh dianggap sebagai penawar untuk menyembuhkan dua jenis penyakit tersebut kerana fungsinya lebih kepada pencegahan. Ini bererti, khasiat pokok ini hanya berkesan apabila penggunaannya diamalkan selalu.

“Berdasarkan pengamal perubatan tradisional, khasiatnya berkesan jika kita menjadikannya sebagai amalan dalam penjagaan kesihatan diri,” katanya.

Bagi menghidari penyakit kencing manis,Tajuddin menjelaskan, daun belimbing tanah ini direbus sehingga mendidih dan bila sudah suam, tapiskan air sebelum diminum.
“Buahnya pula jika kita makan, rasannya agak masam tetapi dikatakan cukup sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi,” katanya.

Tajuddin berkata, jika kaedah ini diamalkan selalu, insya-Allah kedua-dua jenis penyakit itu dapat dijauhkan.


Penyediaan dan Khasiat :
1. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan airnya diminum

2 x sehari. Menurunkan tekanan darah tinggi, mengubati masalah buasir, kencing manis, lemah jantung, melancarkan perjalanan darah, menambahkan tenaga dan melawaskan kencing.

2. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan dijadikan air mandian. Untuk wanita lepas bersalin untuk membuang angin dalam badan.

3. Pelepah daun diramas-ramas. Merawat gatal-gatal kulit terkena ulat bulu.

4. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya dicampurkan dengan pokok Selayar Hitam (Goniothalamus malayanus) direbus sehingga mendidih dan diminum airnya 2 x sehari. Menguatkan buah pinggang.

Sebenarnya masih ada banyak lagi khasiat tumbuhan ini tetapi tidak kita ketahui. Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenainya, anda adalah dialu-alukan untuk mengemukakannya kepada kami.

Nama Vernakular:Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak
Nama Saintifik:Tacca cristata Jack
Sinonim:Tacca integrifolia Ker Gawl
Kegunaan:Rawatan penyakit darah tinggi, buasir, menguatkan buah pinggang, gatal ulat bulu, dan membuang angin dalam badan.
Rujukan:Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff, 2002. Tumbuhan Ubatan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi in collaboration with Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 797 pp.

Musa Yaacob, Azimah Abdul Kadir K., Zaharah Hassan. (2009): Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

7 ulasan:

  1. Soalan saya.
    Adakah Belimbing Tanah ini boleh merawat cholesterol juga?

    BalasPadam
  2. Soalan saya.
    Adakah Belimbing Tanah ini boleh merawat cholesterol juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kolestrol boleh di rawat guna air rebusan pokok letup2.

      Padam
  3. Nk tau pasal ulam,jom dgn sya 0199958133

    BalasPadam
  4. UBAT KENCING MANIS BERI KESAN PALING PANTAS 2020.RUGI KALAU TAK CUBA!

    Assalamualaikum slm sejahtera,berita hebat buat pengidap kencing manis!!.. Jom viralkan berita baik ni .Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.Ubat mampu beri kesan kurang dari 24jam!

    Kalau bukan kita pengidap kencing manis,tp bantu hebah kan kepada kwn2 , saudara mara,jiran2 smua yang ade masalah ini.Rawat terus kencing manis! Xkira bacaan berapa pun.

    Herba paling hangat di abad ini utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.bacaa gula boleh turun menjunam kurang dari 24jam.

    Herba istimewa yg diadun khusus untuk pesakit kencing manis,untuk menurun kan bcaan gula yang amat tinggi. Jus yg mudah diminum.Boleh cek bacaan gula selepas 5jam minum.

    -Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum

    Lepas ni nak makan minum apa2 xpyah was2 lagi dah...janji ada jus herba ini, minum selepas makan.
    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat, tanpa kandungan bahan kimia yang merosakkan tubuh badan kita.

    Gula turun dengan cepat selpas hanya 5 jam meminum jus herba ni dan rasa tidak pahit

    Stabil kan gula kembali..paling penting dapat menjaga buah pinggang!

    Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.

    Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte turun kan kencing manis dengan cepat dan pantas cara selamat 💪🏻

    PENGGUNA2 YANG TELAH BERJAYA MENURUNKAN BACAAN KENCING MANIS.
    🍀Tengku Aziah bt Tengku Ishak,bacaan gula 16 ,bertahun thun hidap kencing manis,minum herba ini bcaan sntiasa 6 shaja.
    🍀Pn.Hashimah,bacaan gula berbelas hingga disaran kn dktor utk insulin....skrng bcaan turun 6 sahaja.


    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.

    UNTUK DAPATKAN TESTIMONI LAIN SILA WHATSAPP
    Nk tanya je dlu blh jgn malu2.

    http://www.wasap.my/60174687570/EnMohdZuhairi

    http://www.wasap.my/601116382044/EnMohdZuhelmi

    #sharing is caring

    BalasPadam
  5. Pokok ni susah nk cari . Tapi pakcik ni ada jual,air rebusan dan pokok nya. Call pakcik ni 0176170679

    BalasPadam