ADS

Khamis, 1 November 2012

Tanaman Kelapa Sawit


1.   PENGENALAN POKOK KELAPA SAWIT
Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies  Arecaceae  atau family palma yang digunakan untuk pertanian  komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika, Elaeis  guineensis,  berasal dari Afrika  barat di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit amerika, Elaeis oleifera,  berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunganya berbentuk rumpun yang  padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan  kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.
2.   PENANAMAN KELAPA SAWIT
2.1.  PENGENALAN
Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam). Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.
2.2.  PERLAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit. Pembersihan ladang hendaklah mengambil kira kos buruh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula. Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang. Kaedah pembarisan tanaman pula haruslah dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima. Kekacang penutup bumi pula dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).
 2.3.  TANAMAN KACANG PENUTUP BUMI
Tanaman Kacang Penutup Bumi adalah untuk:
•           Mengawal hakisan
•           Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
•           Memelihara kelembapan tanah.
2.4.  PENGGUNAAN MEKANISASI DALAM PROSES PENANAMAN
Semasa proses penanaman pokok kelapa sawit penggunaan jentolak dan jengkaut digunakan untuk membersihkan kawasan ladang daripada tapak kawasan hutan, paya dan sebagainya. Backhoe pula digunakan bagi membuat lubang untuk tanaman pokok kelapa sawit iaitu 2 hingga 3 minggu sebelum proses penanaman.  


2.5.  PERUMPAIAN TANAMAN KELAPA SAWIT
Mengawal rumpai adalah satu aktiviti agronomi yang penting dalam penanaman sawit bagi mengelakkan persaingan supaya tanaman sawit hidup subur dan produktif.
Rumpai bersaing untuk mendapatkan sumber nutrien, air, cahaya dan ruang.
Persaingan mengganggu tumbesaran pokok, melewatkan proses kematangan dan  mengurangkan pengeluaran buah tandan segar.
Pengelasan rumpai bentuk morfologi daun dan ciri pertumbuhan dilakukan untuk kaedah kawalan.
Terdapat 4 jenis rumpai di ladang kelapa sawit :
i.    Jenis Rumput
Daun berbentuk tirus, memanjang serta berdaun selari.
Membiak melalui biji benih yang banyak dan disebar melalui angin, haiwan dan            aktiviti manusia.
Spesies rumpai yang terdapat di ladang sawit :
 i.            Imperata cylindrica (lalang)
 ii.            Ischaem muticum (rumput dawai)
 iii.            Pennisetum polystachion (rumput gajah)
  ii.         Jenis Menjalar
Daun lebar dan urat daun berbentuk jaring.
Batang yang lembut dan kecil serta tumbuh menjalar dan
merayap di permukaan tanah, memanjat tunggul kayu
mati atau batang pokok yang masih hidup.

Pembiakan utama melalui biji benih. Tunas boleh menghasilkan pokok baru jika tersentuh atau tertimbus dengan tanah.
Spesies rumpai yang terdapat di ladang sawit seperti Mikania micrantha(selaput tunggu).
ii.         Jenis Renek
Tumbuh merimbun, besar dan mempunyai banyak ranting kecil.
Sesetengah mempunyai batang yang keras, ada juga berbatang lembut.
Membiak melalui biji benih, tunas pada setiap ruas menghasilkan pokok baru apabila bersentuh dan tertimbus dengan tanah yang lembap.
Biji benih yang banyak dan disebar melalui angin, haiwan dan   aktiviti manusia.
Spesies rumpai yang terdapat di ladang sawit :
 i.            Chromolaena odorata (pokok kapal terbang)
 ii.            Melastoma malabathricum (senduduk)
 iii.            Clidemia hirta (senduduk bulu).
 iv)        Paku-pakis dan resam.
Sistem perakaran yang cetek dan tidak memberi persaingan kepada kelapa sawit dan hidup sebagai epifit pada batang sawit.
Membiak melalui spora yang terdapat di bawah permukaan daun dan rizom .
Spesies rumpai yang terdapat di ladang sawit :
 i.    Nephrolepis bisserata (paku larat)
 ii.   Stenochlaena palustris (paku rawan)
Serangga yang biasa menyerang sawit antaranya ‘bagworm and nettle caterpillar ‘.
Jenis-jenis racun yang digunakan antaranya :
 i.            Paraquat – rumput dan rumpai berdaun lebar
 ii.            Sulfosat  – rumput
Penggunaan Mekanisasi untuk Kawalan Rumpai dan Serangga Perosak.
Di ladang sawit yang besar , kaedah kawalan rumpai dan serangga  dilakukan menggunakan mekanisasi ladang yang canggih.
   i.    ‘Turbo Maizer’ 
Kegunaannya digunakan untuk mengawal rumpai dan serangga perosak.
Jentera ‘ Turbo Maizer ‘ beroperasi dengan menyebur ke arah pokok kelapa sawit.
Jenis racun yang digunakan adalah bersifat cecair.
i.   Tong racun yang terdapat di bahagian belakang jentera digunakan untuk mengisi bacuhan racun.
ii .   ‘Tractor mounted mistblower’
Kegunaannya digunakan untuk mengawal rumpai dan serangga perosak.
Racun serangga di sembur.
Berkeupayaan menyembur pokok sawit dengan isi padu 3 L boleh digunakan untuk 10 -12  pokok yang diserang oleh perosak.
 3.    PEMBAJAAN TANAMAN KELAPA SAWIT
Pembajaan tanaman kelapa sawit adalah tugas penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha menghasilkan pengeluaran yang tinggi. Unsur-unsur pemakanan utama yang menyumbang kepada tumbesaran dan penghasilan buah kelapa sawit yang sempurna merangkumi:
i.   Nitrogen (N):         – Jenis ammonia sulfat; untuk membentuk daun hijau yang sempurna. Kekurangan zat nitrogen menyebabkan daun kekuningan dan tumbesaran pokok terencat.
ü  Posforus (P):         – Jenis fosfat asli (Christmas Island Rock Phosphate); untuk perkembangan akar. Kekurangan zat posforus boleh melambatkan kemasakan buah dan terbantutnya saiz pelepah-pelapah kelapa sawit. 
ü  Kalium (K):           -  Jenis kalium (muriate of potash); untuk membentuk buah, tandan bauh, tangkai, sabut dan tempurung buah. Kekurangan zat kalium menyebabkan bintik-bintik oren pada pelepah-pelapah daun.
ü  Magnesium (Mg): -  Jenis kieserite, untuk membentuk klorofil bersama unsur nitrogen. Kekurangan zat ini membuat daun berwarna kekuningan atau jingga terutama di bahagian bawah daun.
4.     PENGGUNAAN MEKANISASI DALAM PROSES PEMBAJAAN
Emdek turbo-spin fertiliser spreader digunakan bagi proses membaja di ladang. Kaedah ini adalah menyembur baja ke arah kiri dan kanan laluan jalan iaitu disisi pokok. Ini merupakan kaedah yang mudah, cepat dan tidak menggunakan tenaga buruh yang ramai seperti sistem pembajaan manual.  Pembajaan dibuat dua hingga tiga kali setahun bergantung kepada jenis tanah dan umur pokok. Kekerapan pembajaan juga bergantung kepada jumlah dan taburan hujan di sesuatu kawasan.
5.    PENUAIAN BUAH KELAPA SAWIT
Penuaian yang sempurna akan menjamin buah sawit bermutu tinggi dan pulangan hasil yang maksimum. Buah sawit yang bermutu akan menghasilkan kandungan dan kadar perahan minyak yang tinggi serta mutu minyak yang baik serta mutu minyak yang baik. Ini akan mencapai melalui pelaksanaan amalan penuaian yang betul.
6.   TEKNOLOGI PENUAIAN
Semenjak 1982, beberapa jentera penuai buah sawit tandan segar (BTS) yang kebanyakkannya di bawa dari luar negara telah diuji. Sehingga kini, PORIM terus menggalakkan pembangunan mesin penuai BTS dengan kerjasama pengeluar asing dan tempatan. Dalam usaha membangunkan mesin penuai BTS, bahagian yang paling rumit ialah untuk merekabentuk pemotong yang sesuai bagi memotong tangkai BTS dan pelepah sawit. Faktor-faktor berikut perlu diambil kira dalam membangunkan mesin penuai BTS mekanikal:
•           Tekanan permukaan keseluruhan
•           Kendalian pokok ke pokok dan pergerakan umum
•           Kapasiti pembawaan
•           Sistem pemunggahan
•           Capaian menegak dan mendatar
•           Alat pemotong bagi pelepah dan tandan
•           Alat pengumpul bagi tandan dan buah lerai
•           Sistem kawalan
•           Keselamatan

Objektif utama  untuk membangunkan jentera adalah dapat:
-mengurangkan kos pengeluaran dan penggantungan terhadap buruh
-meningkatkan produktiviti
-meningkatkan kecekapan kerja
-meminimumkan kerosakan alam sekitar
7.    PENGGUNAAN MEKANISASI DALAM PROSES PENUAIAN
Di ladang-ladang kelapa sawit menggunakan ‘mini tractor’ dan ‘mechanical grabber’ untuk mengharverst buah kelapa sawit iaitu buah tandan segar (BTS). Mekanisasi ini dapat mengurangkan tenaga buruh, mempercepatkan proses penuaian selain mendapat mutu BTS yang memuaskan. Beberapa jenis jentera telah dicipta dan diuji oleh PORIM dan pihak industri sawit. Berikut adalah antara jentera yang telah menjalani ujian ladang, tetapi tidak diterima pakai kerana tidak ekonomikal. 
Jentera Penuai Mini Crawler
         Sebuah mini crawler yang dipasangkan pelongsor di kedua-dua sisinya.
         Seorang pemotong BTS buah menggunakan sabit berdiri di atas platform, yang menaikkannya sehingga tinggi 4 meter untuk membolehkan penuaian BTS dilakukan. BTS yang dipotong itu jatuh ke dalam pelongsor dan terkumpul dalam bekas.
         Produktiviti 6-8 tan/hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan