ADS

Ahad, 11 November 2012

Panduan Menanam Halia






PENGENALAN

Halia atau nama botani Zingiber officinale Rsc. Ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah
mineral dan gambut.

JENIS-JENIS HALIA

  • Halia Bentong –Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (berlendir dan berair)
  • Halia Taiwan – Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.
  • Halia Indonesia – Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda.

PENANAMAN

Halia sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gambut) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi agar tidak menyekat pertumbuhan rizom. Halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walaubagaimanapun ianya boleh juga di tanam di tanah gambut yang pHnya 3.8.

Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.

PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN

Halia di tanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.
Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas.

Kemudian rizom di kerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.
Anggaran 25-33 keratan boleh didapati dari 1 kg rizom.Keperluan bahan tanaman di anggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar.

Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelum menanam.

Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan penyakit layu.

PENYEDIAAN TANAH

Bajak dan gembur tanah sebelum menanam. Buatkan batas 30 cm tinggi dan 61 cm antara batas.

MENANAM DI LADANG

Sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan. Ini membantu
percambahan rizom-rizom. Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu.
Petani-petani biasanya mengamalkan jarak tanaman 25-30 cm empat persegi di Bukit Tinggi dan 20 cm x 30 cm dua baris di Tanjung Sepat. Walaubagaimanapun jarak tanaman yang di syorkan ialan 60 cm dalam barisan. Jarak sebegini menggalakkan pembesaran rizom yang lebih subur dan memberi sejumlah 53,790 pokok sehektar.

Atur keratan-keratan rizom di atas batas. Gali lubang sedalam 15 cm dan letakkan rizom dengan ‘mata’ tunas menghala keatas. Kambus dan padatkan tanah. Beri naugan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4 minggu selepas menanam.

PEMBAJAAN

Tanah gambut – gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2O5 dan 236 kg K2O sehektar.

Untuk tanah bukan organan di syor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2O5, dan 112 kg K2O sehektar.

Baja di tabur secara selerak seminggu sebelum menanam dan dua bulan selepas menanam di tabur di keliling perdu.

MERUMPUT

Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.

PENUAIAN

Halia dituai sebagai halia muda bila berumur 4 ½ - 5 bulan dan halia tua bila berumur 9 bulan selepas menanam.


Kelewatan menuai akan meninggikan kandungan serabut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan