ADS

Rabu, 7 November 2012

Panduan Menanam Kacang Panjang






PENYEDIAAN TANAH

Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 cm ke 22 cm (6 in ke 9 in) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 12 m (4 kaki ) lebar, 25 cm (10 in) tinggi dan panjangnya mengilut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 60 cm ( 2 kaki ). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput kedalam tanah bagi kawasan 100meter persegi.

Dalam Pasu dan Bekas

Gunakan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian [asir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.




MENANAM

Di Ladang

Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 cm (2 kaki) antara barisan dan 45 cm
(18 in ) antara pokok. Setelah benih bercambah dan membesar tinggalkan 1 pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi).

Dalam Pasu dan Bekas

Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 cm ( 1 in). Selepas 2 minggu ditanam tinggalkan satu pokok sahaja dalam satu pasu.

MENYEDIA JUNJUNG

Di Ladang

Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kau sokongan.

Dalam Pasu dan Bekas

Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan.

PENJAGAAN

Menyiram Air

Siram tanaman di ladang atau pasu pada waktu pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan.

MEMBAJA

Di Ladang

Gunakan baja kimia NPK 12:12:12:17:2 sebanyak 7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7 selepas menanam.

Dalam Pasu dan Bekas

Tabur 1 sudu the ( 5 kg ) baja NPK 12:12:17:2 sepasu setiap minggu.

MERUMPUT

Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan r

Panduan Menanam Limau Purut






PENGENALAN

Limau purut  atau nama botani Citrus hystrix biasa digunakan sebagai rempah ratus di dalam masakan dan ramuan perubatan pelbagai bangsa. Buahnya bulat dan kulitnya berwarna hijau menggerutu @ katak puru, daunnya mengeluarkan aroma yang harum, sesuai dibuat mandian dan perasa dalam pelbagai masakan
.
Ketinggian limau purut boleh mencapai hingga 5 meter tinggi.

IKLIM

Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita.

TANAH

Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.



CARA-CARA MENANAM

Membiak

 Limau purut senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

Menanam

Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6 m x 6 m. Gali lubangberukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m dan gaulkan bersama 100g baja tahi ayam reput, 100 g baja triple superphosphate dan 100 g kapur. Tanam anak pokok ke dalam lubang dan padatkan tanah keliling anak pokok.

Jika menanam dalam pasu, sediakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu. Buat lubang dan masukkan anak pokok, rata dan padatkan permukaan keliling anak pokok.

PENJAGAAN

Siram anak pokok pada awal pagi dan lewat petang 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama. Di ladang pembajaan dilakukan dengan menggunakan tahi ayam reput sebanyak 5 kg/pokok dua kali setahun bagi peringkat tumbesaran (1- 3 tahun).

Baja urea dua kali setahun sebanyak 50 g/pokok setiap kali pembajaan. Manakala di dalam pasu 1 kg/pokok dua kali setahun dan baja urea 20 g/pokok setiap kali pembajaan. Letak sungkupan daun-daun kering di keliling pokok sebagai sungkupan.

Cantasan dilakukan untuk membuang tunas air, ranting-ranting dan dahan yang berpenyakit atau kurang sihat.

KAWALAN RUMPAI

Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.

KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT

Kutip dan musnahkan serangga perosak yang menyerang pokok serta daun-daun yang dijangkiti oleh penyakit.

HASIL

Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Pada tahun ketiga sebanyak 100 g/pokok hasil boleh diperolehi setiap kutipan, manakala pada peringkat umur 5-10 tahun, setiap pokok dapat mengeluarkan hasil sebanyak 500-800 g/pokok/kutipan.

Panduan Penanaman Terung






PENANAMAN

Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 in). Sediakan batas berukuran 1.2 m ( 48 in) lebar dan 22- 30 cm (9-12 in) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in). Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi ( 500 kaki persegi).

Dalam Pasu atau Bekas

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

MENYEDIA ANAK BENIH

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm ( 18 in) panjang, 22 cm (9 in) lebar dan 10 cm (4 in) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau compos dan 1 bahagian pasir. Semai 3 g biji benih kedalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 in) dan 2 cm (1 in) antara benih. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

MENANAM

Di Ladang

Anak benih yang berumur 3 hingga 4 minggu boleh di ubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang di gali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 in) antara pokok dan 60 cm antara baris.




Dalam Pasu atau Bekas

Tanam terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm ( 1 in). Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

PENJAGAAN

Menyiram

Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja Di Ladang

Tabur baja NPK 12:12:17:2 di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu.

Dalam Pasu atau Bekas

Tabur 1 sudu teh atu 5 g baja NPK 12:12:17:2 sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Sungkupan Di Ladang

Gunakan kepingan plastik atau rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

Dalam Pasu atau Bekas

Gunakan rumput-rumput kering atau sabut kelapa.

Merumput

Bersihkan batas-batas daripada rumput rumpai dengan menggunakan tangan, cangkul atau tajak.

Menyedia Sokongan Di Ladang

Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1 ½ meter ( 5 kaki) dipacak berdekatan tiap-tiap pokok.
Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah.

Dalam Pasu atau Bekas

Cara sokongan yang di amalkan adalah sama dengan sokongan yang dibuat di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m ( 4 kaki ) panjang.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Sembur racum serangga carbaryl (Sevin pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air ) untuk mengawal ulat lipas daun, kumbang daun dan pengorek buah. Gunakan racun kulat maneb ( seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl ( seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air) untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL

Di Ladang

Mulalah memetik buah 6 minggu selepas mengubah. Pungutan hasil dibuat setiap 4 hari. Anggaran hasil ialah
sebanyak 75 – 125 kg bagi 50 meter persegi. Denagn harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM 45 – RM 75.

Dalam Pasu atau Bekas

Mulalah memetik buah 10 minggu selepas menanam. Anggaran hasil adalah 1 kg/pokok.

Selasa, 6 November 2012

Panduan Menanam Cili





PENYEDIAAN TANAH

Di Ladang 

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm ( 6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.

Dalam Pasu atau Bekas

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau
kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

Nota: Digalakkan menggunakan baja organik bukan berasaskan najis haiwan untuk penanaman cili.

MENYEDIA ANAK BENIH

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm(4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5g biji benih dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2 inci) antar baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok.

Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang.

Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.




PENANAMAN

Di Ladang 

Anak benih boleh terus diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak
benih senang di gali. Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 150 cm (60 inci) antara baris.

Dalam Pasu atau Bekas 

Semai terus 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya
sepokok setiap pasu selepas 2 minggu ditanam.

PENJAGAAN

Menyiram 

Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja

DiLadang – Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10g sepokok setiap 2 minggu.

Dalam Pasu atau Bekas – Tabur sebanyak 1 sudu the atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di kelliling pokok setiap minggu.

SUNGKUPAN

Di Ladang - Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Selalunya sungkupan plastik digunakan di ladang.

Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan rumput-rumput kering atau sabut kelapa.

MERUMPUT

Bersihkan batas atau pasu daripada rumpai dengan mencabut, menggunakan cangkul atau tajak.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Bintik Daun – Sembur racum kulat Benomyl

Antraknos Buah – Sembur racun kulat seperti mancozeb

Kutu Daun – Sembur racun serangga chlorphyrifos atau Imidachloprid

Hamama Merah – Sembur racun seperti dicofol atau malathion

Kerekot Daun dan Mozek Daun – a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun.Oleh itu kawalan kutu daun adalah penting.  b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit

Layu Pokok (Layu Bakteria) – Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.

Tentukan saliran tanah yang baik.

PENUAIAN

Di Ladang – Cili boleh dipetik selepas 8 minggu dubah ke ladang. Pungutan dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 m (500 kaki) persegi ialah 100 – 200 kg.

a) Cili Hijau – Anggaran harga antara RM4 – RM6 sekilo
b) Cili Merah – Anggaran harga antar RM5 – RM8 sekilo.

Dalam Pasu atau Bekas – Cili boleh di petik selepas 12 minggu ditanam. Anggaran hasil ialah 6 hingga 10kg sepokok.

Panduan Menanam Cili Api







PENYEDIAAN TANAH

Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm ( 6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2m (4  kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.

Dalam Pasu atau Bekas

Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan
pasu.

Nota: Digalakkan menggunakan baja organik bukan berasaskan najis haiwan untuk penanaman cili.


MENYEDIA ANAK BENIH

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm(4  inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5g biji benih dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2 inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 6 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang. Dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

PENANAMAN

Di Ladang 

Anak benih yang berumur 6 minggu boleh terus diubah ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak
semaian supaya anak benih senang di gali. Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 150 cm (60 inci) antara baris.

Dalam Pasu atau Bekas 

Semai terus 3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu selepas 2 minggu ditanam.

PENJAGAAN

Menyiram

Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja

DiLadang – Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10g sepokok setiap 2 minggu.

Dalam Pasu atau Bekas – Tabur sebanyak 1 sudu the atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di kelliling pokok setiap minggu.

MENYEDIA SOKONGAN

Sokong anak pokok dengan pancang kayu untuk mengelakkan pokok tumbang.

SUNGKUPAN

Di Ladang - Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Selalunya sungkupan plastik digunakan di ladang.

Dalam Pasu atau Bekas – Gunakan rumput-rumput kering atau sabut kelapa.

MERUMPUT

Bersihkan batas atau pasu daripada rumpai dengan mencabut, menggunakan cangkul atau tajak. Bagi tanaman pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.

PENUAIAN

Cili boleh dipetik selepas 3-4 bulan selepas ditanam. Satu pokok boleh mengeluarkan sebanyak 5000 gm untuk tempoh selama 8-9 bulan.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Bintik Daun - Sembur racum kulat Benomyl

Antraknos Buah - Sembur racun kulat seperti mancozeb

Kutu Daun - Sembur racun serangga chlorphyrifos atau Imidachloprid

Hamama Merah - Sembur racun seperti dicofol atau malathion


Kerekot Daun dan Mozek Daun

a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun.Oleh itu kawalan kutu daun adalah
penting.
b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit


Layu Pokok (Layu Bakteria) - Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.  Tentukan saliran tanah yang baik.





Panduan Menanam Kangkung








PENYEDIAAN TANAH

Tanah perlu dibajak dan digembur dua kali sedalam 15-20 cm. Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan. Alur dibuat merintangi batas denagn jarak 20cm dan sedalam 3cm untuk menabur benih.

MENANAM

Biji benih kangkung boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 46 g biji benig sebatas (30 kg biji benih sehektar) ditabur jarang-jarang ke dalam alur-alur. Selepas 10 – 14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang di syorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.

PEMBAJAAN

Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:

3 3 minggu NPK 15:15:15 0.5 kg 0.25 tan
2 2 minggu NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan
1 Sebelum menanam Baja Organan 6 kg 4 tan

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Batas (7.5m x 1.2m) Kadar/ha

PENGAIRAN

Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

KAWALAN RUMPAI

Kawalan rumpai dilakukan secara manual dengan kadar dua kali sepanjang umur pokok. Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Kangkung jarang diserang oleh serangga. Penyakit utama yang menyerang adalah:-
Karat Putih (Albugo pomoeae aquaticae) – Amalkan tanaman giliran. Sembur racun mancozeb.

PENGUTIPAN HASIL

Kangkung boleh dipungut hasilnya 30 hari selepas ditanam. Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air. Pengeluaran hasil adalah di antara 10-15 tan/ha. Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan/ha.

KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA

Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan aktif. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.

PENUAIAN

Di Ladang

Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi.

Dengan harga purata antara RM 4 – RM 6 /kg

Dalam Pasu dan Bekas

Anggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.

Panduan Menanam Pandan






PENGENALAN

Pandan atau nama botani Pandarus adorus adalah sejenis tanaman berperdu dan tumbuh tegak keatas. Daun tebal, sedikit lebar, panjang meruncing dan tajam dihujung. Warnanya hijau tua dipangkal dan hijau muda dihujung. Sejenis tumbuhan yang sejuk, daunnya berbau wangi sesuai dijadikan perasa makanan, pewarna dan pewangi. Khasiat daun yang ditumbuk dan diambil airnya bileh dipupur ke rambut dan rambut akan menjadi bersih, lebat dan menyejukkan kepala.

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

Pokok ini boleh membiak melalui akar dan anak pokok. Sediakan lunag berukuran 25 cm x 25 cm x 25 cm. Campurkan tanah bersama 100 g baja CIRP. Tanam anak sulur pandan ke dalam lubang dan padatkan tanah di keliling anak pokok.

Sekiranya menanam di dalam pasu, gunakan campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu. Gali lubang sebesar saiz polibeg dan tanam anak sulur ke dalam lubangdan padatkan tanah keliling pokok.

PENJAGAAN

Siram anak pokok pagi dan petang. Cabut dan buang rumpai yang tumbuh di keliling pokok. Elakkan penggunaan racun rumput. Tabur baja NPK (21:21:21) sebanyak 5 g sepokok bagi tanaman dalam pasu dan 10 g sepokok bagi tanaman di atas tanah.

Tiada perosak dan penyakit serius menyerang pokok pandan.

Daun boleh dipetik selepas 12 bulan di tanam.