ADS

Selasa, 9 Disember 2014

Khasiat Belimbing Buluh

Manfaat dan Khasiat Daun dan Buah Belimbing Wuluh: 


Adapun khasiat dari belimbing wuluh adalah sebagai berikut. 

1. Pengobatan jerawat

Untuk mengobati jerawat siapkan 3 buwah belimbing wuluh segar. Cuci hingga bersih. Buah diparut dan diberi sedikit garam. Tempelkan pada kulit yang berjerawat. Lakukan 2 kali sehari. Atau siapkan 6 buah belimbing wuluh dan 1/2 sendok teh bubuk belerang, digiling halus lalu diremas dengan 2 sendok makan air jeruk nipis. Ramuan ini dipakai untuk menggosok dan melumas muka yang berjerawat. Lakukan 2-3 kali sehari. 

2. Pengobatan Tekanan Darah Tinggi

Siapkan 3 buah belimbing wuluh dan biji sari gading 25gr yang sudah dicuci bersih. Biji sari gading ditumbuk halus. Masukan kedalam panci berisi 4 gelas air dan rebuslah bersama belimbing wuluh. Dinginkan lalu saring sebelum diminum. Cukup diminum 1 gelas sehari. Buah yang besar dan berwarna hijau diparut, ambil air nya dan diminum. Atau bisa juga dengan cara menyiapkan 3 buah belimbing wuluh yang dicuci lalu dipotong-potong seperlunya, direbus dengan 3 gelas air bersih sampai tinggal tersisa 1 gelas. Setelah dingin disaring, Minum setelah makan pagi. 

3. Obat batuk 

Caranya: Daun, bunga, buah yang masing-masing sama banyaknya direbus dalam air yang mendidih selama 1/2 jam, dan minum air nya. Untuk batuk pada anak, ambilah 25 kuntum bunga belimbing wuluh, 1 jari rimpang temugiring, 1 jari kulit kayu manis, 1 jari rimpang kencur, 2 butir bawang merah, 1/4 genggam pegagan, 1/4 genggam daun saga, 1/4 genggam daun inggu, 1/4 genggam daun sendok, dicuci dan dupotong-potong seperlunya, direbus dengan 5 gelas air bersih sampai tersisa 2 1/4 gelas. Setelah dingin lalu disaring, diminum dengan madu seperlunya. sehari 3 kali 3/4 gelas. 


belimbing buluh

4. Pengobatan Diabetes 

Sementara unutuk anda yang menderita diabetes, siapkan 6 buah belimbing wuluh, lalu dilumatkan, direbus dengan 1 gelas air sampai airnya tinggal setengah, Saring, minum 2 kali sehari. 

5. Pengobat Gondongan 

Caranya: Setengah genggam daun belimbing wuluh ditumbuk dengan 3 bawang putih. Kompreskan pada bagiyan gondongan. 10 ranting muda belimbing wuluh berikit daunya dan 4 butir bawang merah setelah dicuci bersih lalu ditumbuk halus. Barurkan ketempat yang sakit. 

6. Rematik 

Caranya: Segenggam daun belimbing wuluh dicuci, tumbuk sampai halus, tambahkan kapur sirih, gosokan kebagiyan yang sakit itu. 100 gr daun muda belimbing wuluh, 10 biji cengkih dan 15 biji merica dicuci lalu digiling halus, tambahkan cuka secukupnya sampai menjadi adonan seperti bubur. Oleskan adonan bubur tadi ketempet yang sakit. Atau bisa juga dengan cara menyiapan 5 buah belimbing wuluh, 8 lembar daun kantil (Michelia Champaca L.), 15 biji cengkih, 15 butir lada hitam, di cuci lalu ditumbuk halus, diremas dengan 2 sendok makan air jeruk nipis dan 1 sendok makan minyak kayu putih. Dipakai untuk menggosok dan mengurut bagiyan tubuh yang sakit. Lakukan dengan 2-3 kali sehari. 

7. Pegal linu 

Caranya: Satu genggam daun belimbing wuluh yang masih muda, 10 biji cengkih, 15 biji lada, digiling halus lalu ditambahkan cuka secukupnya. Lumukan ke tempat yang sakit. 

8. Panu 

Caranya: Sepuluh buah belimbing wuluh dicuci lalu digiling halus, tambahkan kapur sirih sebesar biji asam, diremas sampai rata. Ramuan ini dipakai untuk menggosok kulit yang terasa panu. Lakukan 2 kali sehari.

Khasiat Belimbing Besi

belimbing besi

Adlah tumbuhan penghasil buah berbentuk khas yang berasal dari IndonesiaIndia, dan Sri Langka. Saat ini, belimbing telah tersebar ke penjuru Asia TenggaraRepublik DominikaBrasilPeruGhanaGuyanaTonga, dan Polinesia. Usaha penanaman secara komersial dilakukan di Amerika Serikat, yaitu di Florida Selatan dan Hawaii. Di Indonesia, buah ini menjadi ikon kota Depok, Jawa Barat, sejak tahun 2007.


Rasa gatal atau terdapat ruam: 

Petik daun belimbing besi sebagai rawatan.

Untuk merawat kulit yang gatal, anda perlu memetik daun belimbing besi yang boleh mengisi satu beg plastik yang besar. Basuh daun tersebut dan kemudian rebus dalam air yang telah ditambah garam. Rebus selama satu jam. Lepas itu, mandi dengan air rebusan itu. 

Biar air itu di kulit untuk seketika sebelum basuh.Insyaallah.

Khasiat Belimbing Tanah

Terdapat pelbagai jenis belimbing yang telah Allah ciptakan untuk menjadi penawar & makanan berkhasiat ubatan. Mari kita lihat beberapa jenis belimbing. Info ini saya perolehi dari blog-blog yang berkongsi info mengenainya. Moga Allah merahmati dan memberkati usaha kita mencari penawar penyakit yang kita hadapi. 

Bila Allah turunkan penyakit buat kita sebenarnya Allah juga turunkan penawarnya hampir dengan kita, maka berusahalah untuk mendapatkannya. Insyaallah beroleh kesembuhan.


Perlu diingatkan, pokok berbeza & nama juga berbeza mengikut tempat. Ada yang dipanggil dengan nama yang sama tetapi pokoknya berbeza. Yang penting kenal, faham khasiatnya dan gunakan dengan yakin, kemudian bertawakkal pada Allah tentang kesembuhannya.


 

 

 _____________________________________________________________

Belimbing Tanah








Nama Botani : Tacca Cristata

Nama Lain : Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak

Famili : Taccaceae

Pengenalan : 

Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur (‘ovate’) dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut). Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.

Khasiat dan Kegunaan : 

Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

POKOK BELIMBING TANAH adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh secara meliar di kawasan lembah, tanah lembab atau berlumut dan kaewasan lapang.

Tumbuhan uyang dalam botninya dikenali sebagai Averrhoa Spp ini adalah sejenis pokok yang bersaiz kecil dan mempunyai batang berwarna hijau.

Akarnya pula jenis serabut, daunnya bercabang tiga dan bunganya berwarna ungu keputihan.

Menurut Pegawai di Pusat Sumber Genitik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan ini mempunyai khasiat dalam mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Berdasarkan pengakuan pengamal perunbatan tradisional, tumbuhan ini dikatakan sesuai untuk mencegah penyakit kencing manis dan darah tinggi,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun katanya, pokok ini tidak boleh dianggap sebagai penawar untuk menyembuhkan dua jenis penyakit tersebut kerana fungsinya lebih kepada pencegahan. Ini bererti, khasiat pokok ini hanya berkesan apabila penggunaannya diamalkan selalu.

“Berdasarkan pengamal perubatan tradisional, khasiatnya berkesan jika kita menjadikannya sebagai amalan dalam penjagaan kesihatan diri,” katanya.

Bagi menghidari penyakit kencing manis,Tajuddin menjelaskan, daun belimbing tanah ini direbus sehingga mendidih dan bila sudah suam, tapiskan air sebelum diminum.
“Buahnya pula jika kita makan, rasannya agak masam tetapi dikatakan cukup sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi,” katanya.

Tajuddin berkata, jika kaedah ini diamalkan selalu, insya-Allah kedua-dua jenis penyakit itu dapat dijauhkan.


Penyediaan dan Khasiat :
1. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan airnya diminum

2 x sehari. Menurunkan tekanan darah tinggi, mengubati masalah buasir, kencing manis, lemah jantung, melancarkan perjalanan darah, menambahkan tenaga dan melawaskan kencing.

2. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan dijadikan air mandian. Untuk wanita lepas bersalin untuk membuang angin dalam badan.

3. Pelepah daun diramas-ramas. Merawat gatal-gatal kulit terkena ulat bulu.

4. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya dicampurkan dengan pokok Selayar Hitam (Goniothalamus malayanus) direbus sehingga mendidih dan diminum airnya 2 x sehari. Menguatkan buah pinggang.

Sebenarnya masih ada banyak lagi khasiat tumbuhan ini tetapi tidak kita ketahui. Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenainya, anda adalah dialu-alukan untuk mengemukakannya kepada kami.

Nama Vernakular:Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak
Nama Saintifik:Tacca cristata Jack
Sinonim:Tacca integrifolia Ker Gawl
Kegunaan:Rawatan penyakit darah tinggi, buasir, menguatkan buah pinggang, gatal ulat bulu, dan membuang angin dalam badan.
Rujukan:Kamarudin Mat-Salleh, A. Latiff, 2002. Tumbuhan Ubatan Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi in collaboration with Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar. 797 pp.

Musa Yaacob, Azimah Abdul Kadir K., Zaharah Hassan. (2009): Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia. Serdang: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Ahad, 7 Disember 2014

Tanaman herba Untuk Lelaki Supaya Kuat Dan Tahan Lama

Untuk menambah daya hidup lelaki, ada pelbagai tanaman herba yang boleh dimakan. Apa sajakah? Berikut di antaranya:
ginseng
l. Ekstrak ginseng
Ginseng merupakan tumbuhan dengan khasiat meningkatkan stamina tubuh, prestasi fizikal, meningkatkan ghairah seksual, memperbaiki aliran darah, dan menunda proses penuaan dan penurunan fungsi rangkaian atau organ.
2. Ekstrak damiana Damiana (Turnera aphrodisiaca) berkhasiat dalam meningkatkan stamina kaum lelaki merupakan tumbuhan belukar kecil dengan daun beraroma khas. Tanaman ini digunakan sebagai afrodisiak (bahan-bahan yang digunakan untuk merangsang daya seksual), antidepresi, tonikum, dan diuretik.
3. Ekstrak yohimbe
Ekstrak yohimbe merupakan alkaloid yang berasal dari tanaman Pausinystalia yohimbe, dan bermanfaat untuk meningkatkan stamina lelaki. Kesannya melebarkan pembuluh darah, meningkatkan aliran darah, khususnya di rangkaian erektil.
4. Muira puama
Muira puama (Ptychopetalum olacoides) merupakan tumbuhan belukar dari Brazil yang digunakan sebagai afrodisiak dan perangsang sistem saraf.
5. Ginseng Siberia
Ginseng Siberia (Eleutherococcus senticosus) digunakan untuk meningkatkan stamina dan meningkatkan daya tahan terhadap stres.
6. Arginine
Arginin merupakan asid amino yang berfungsi meningkatkan aliran darah melalui pembentukan nitrik oksida yang merelaksasikan saluran darah.
7. Halia
Halia (Zingiber officinale Rosc) merupakan tumbuhan semusim yang banyak ditemui di Malaysia dan nusantara amnya dan belahan dunia lain. Halia mengandungi minyak atsiri, damar, mineral sineol, fellandren, kamfer, zingiberin, zingiberol, gigerol, lipidas, asam aminos, niacin, vitamin A, B1, C dan protein. Di balik rasanya yang pedas, halia mempunyai khasiat merangsang pelepasan hormon adrenalin, melebarkan pembuluh darah dan mempercepatkan aliran darah. Halia juga mengandungi antioksidan yang membantu meneutralkan kesan merosakkan yang disebabkan radikal bebas didalam tubuh.

10 TANAMAN HERBAL TERBAIK UNTUK OBAT KUAT

tanaman herba untuk ubat kuat

Kehidupan yang indah dan harmoni setiap pasangan boleh dibina dengan hubungan seksual yang intim dan berkualiti.Permasalahan seksual boleh menyebabkan keharmonian terganggu seperti: gangguan seksual seperti ejakulasi awal , mati pucuk dan kekurangan ghairah yang umumnya disebabkan oleh stres dan cemas atau kurangnya sukan dan bertambah usia.
Gangguan tersebut boleh diatasi dengan pola hidup yang teratur serta dengan mengambil makanan tambahan herba semula jadi. Khasiat dari tumbuhan herba ini sudah terkena sejak dulu sebagai ubat kuat sehingga banyak digunakan dalam pelbagai makanan tambahan penambah ghairah di dunia.Walaupun menurut doktor tidak ada makanan tambahan herba yang mampu menyembuhkan tetapi tanaman herba semulajadi ini disyorkan untuk membantu dan mengurangkan gangguang seksual tersebut. 
Ini dia 10 tanaman herba yang baik sebagai ubat kuat untuk membantu mengatasi gangguan seksual:
1. Ginseng
Tanaman ini mampu mempengaruhi sistem dopamin, iaitu sistem kompleks dari otak yang dipercayai oleh para penyelidik mampu mencetuskan keghairahan seks. Selain itu dapat  memperlancar aliran darah juga menambah stamina bagi lelaki serta membantu wanita meningkatkan ghairah dan orgasme.  Dalam sebuah kajian, lebih dari separuh lelaki dan wanita yang menggunakan Ginseng mengalami peningkatan mood saat bercinta.Ginseng sangat selamat untuk digunakan kecuali pada wanita hamil atau menyusui.
2. L-Arganine
Berupa asam amino yang boleh didapati pada makanan kaya protein seperti kacang, daging, susu dan beberapa jenis sayur-sayuran sehingga sering kali digunakan sebagai makanan tambahan bagi pembentukan otot . Tidak hanya itu  L-Arganine menurut kajian digunakan juga sebagai pengganti ubat kuat kerana kemampuannya meningkatkan aliran darah disekitar organ intim lelaki. Hal ini memberikan kesan langsung pada kesihatan organ intim lelaki serta menjadikan ereksi lebih kuat dan tahan lama. 
3. Kava
Kava herbsMerupakan jenis tumbuhan berdaun lebar yang berasal dari Pasifik Selatan dan telah digunakan sebagai ubat kuat tradisional sejak lama. Setelah dilakukan penelitian dan didokumentasikan, Kava mempunyai kemampuan untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan baik pada lelaki mahupun wanita. Untuk itulah Kava digunakan sebagai tanaman herba yang boleh membantu masalah seksual kerana masalah mental yang disebabkan oleh diri sendiri.
4. Horny Goat Weed
Telah digunakan oleh para pengamal lebih dari 2000 tahun,  Horny Goat Weed adalah tanaman yang tumbuh di dataran tinggi. Tanaman herba ini merupakan ubat kuat tradisional di China selama berabad-abad kerana khasiatnya yang mampu mengembalikan ghairah seksual, meningkatkan fungsi erektil, menambah stamina dan mengurangkan gejala-gejala menopause. S aat ini Horny Goat Weed menjadi sangat pepuler di seluruh dunia sebagai ubat kuat dipercayai kualiti dan khasiatnya serta tidak ada kesan sampingan.
5. Yohimbe
Tanaman herba lain yang digunakan sebagai ubat kuat lelaki adalah Yohimbe. Berasal dari pohon cemara asli Afrika Barat, kulit Yohimbe secara tradisional telah digunakan untuk meningkatkan ghairah seksual dan disfungsi erektil bahkan digunakan pula untuk merawat demam dan batuk. Berdasarkan kajian, tanaman herba ini mampu mengatasi mati pucuk lelaki kerana bekerja seperti ubat kuat atau viagra. Kehebatan lain adalah Yohimbe tidak menimbulkan kesan sampingan seperti jantung berdebar-debar, pusing, mapun selsema.
6. Muira Puama
Muira Puama merupakan tanaman herba yang b erasal dari hutan hujan di Peru. Telah  terbukti berkesan dalam meningkatkan ghairah seksual maka tanaman herba ini sering digelar sebagai "Dadah Kuat dari Amazon". Selain itu juga mampu mempercepatkan proses pencernaan dan menambah stamina. Berdasarkan kajian UCLA, penggunaan Muira Puama menunjukkan peningkatan ketara dalam fungsi erektil dan Gairan seksual.
7. Ginkgo
Sekarang kajian mengenai Gingko Biloba semakin marak bukan lagi untuk meningkatkan memori melainkan untuk seksualiti.  Kajian tentang penggunaan Gingko Biloba pada disfungsi atau masalah seksual yang disebabkan oleh antidpresan telah terbukti 84% berkesan, sehingga menjadi tambahan laris di Amerika Syarikat dan Eropah. Tanaman herba ini memberikan manfaat melancarkan aliran darah dan mengatasi mati pucuk pada lelaki dan meningkatkan ghairah pada wanita.
8. Pasak Bumi
Sudah tidak asing lagi bahawa Tongkat Ali atau Tongkat Ali terkenal membantu masalah seksualiti pada lelaki. Tumbuh di pedalaman Kalimantan, Indonesia yang secara tradisional digunakan oleh masyarakat Dayak.Menurut kajian, Tongkat Ali mengandungi ethanolic yang mampu jumlah hormon testosteron dan tidak hanya itu kompaun didalamnya berperanan sebagai antleukemia dan meningkatkan kekebalan tubuh bagi pesakit HIV.
9. Purwoceng
Purwoceng atau dalam bahasa latin disebut Pimpinella alpina berupa tanaman ubat tradisional yang dulu sering digunakan sebagai ubat kuat oleh para raja dan kalangan bangsawan di Jawa. Seluruh bahagian tanaman ini baik akar, batang atau daun terbukti mempunyai manfaat sebagi ubat kuat, mampu meningkatkan kadar hormon testosteron, ghairah seksual serta melancarkan peredaran darah dan menguatkan daya tahan tubuh. 
10. Piperis Folium
Satu lagi tanaman herba yang diketahui mampu mengatasi disfungsi erektil iaitu Piperis Folium atau Sirih. Awalnya Sirih, tanaman yang tumbuh di benua Asia ini lebih terkenal sebagai antiseptik untuk mengatasi masalah kesihatan dan kecantikan pada wanita khususnya Indonesia. Tapi ternyata rawatan tradisional di India telah menggunakan sirih untuk meningkatkan ghairah seksual serta sebagai pemanasan.
Walaupun 10 tanaman herba tersebut dapat digunakan dengan selamat sebagai ubat kuat bagi lelaki, namun dianjurkan untuk menggunakan tanaman tersebut berdasarkan cadangan penggunaan mengikut doktor atau yang tertera pada bungkusan makanan tambahan. 

Sabtu, 19 April 2014

Ternakan Ikan Hiasan

Pemeliharaan ikan hiasan  menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak  dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai  sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria.  Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.  Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.

KEPENTINGAN IKAN HIASAN

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran antarabangsa. Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi, kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik  dan berbeza mengikut jenis ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan.  Ia juga merupakan satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan hiasan dan juga tabiat hidupnya.  Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.


Jenis-jenis ikan hiasan

a.Terdapat berbagai jenis ikan hiasan  yang menjadi kegemaran pengemar-penggemar ikan hiasan.  Berikut adalah jadual yang menunjukkan beberapa spesies ikan hiasan yang terdapat dalam pasaran di Malaysia yang boleh dipelihara.

Memilih bekas (akuarium).

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:
• jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)
• jenis ikan hiasan
•bilangan ikan hiasan
•saiz ikan hiasan
•saiz akuarium

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran  75 cm – 90 cm sesuai digunakan untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang  lebih besar. 

Memilih tumbuhan akuatik yang sesuai

Jenis-jenis tumbuhan akuatik yang selalu digunakan oleh penternak adalah seperti berikut :

·   Alternanthera  spp.
•Bacopa spp.
•Anubias spp.
•Lobelia spp.
•Sumatra fern spp.
•Java fern spp

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan kelihatan cantik sepanjang masa.

Langkah-langkah menyediakan  akuarium   
           
Bagi memastikan kejayaan ternakan ikan hiasan  dalam akuarium , langkah- langkah berikut    
perlu di ikuti ;

•bersihkan bekas terlebih dahulu
•pasangkan penapis
•masukkan pasir
•masukkan hiasan dalaman ke dalam bekas
•masukkan aksesori yang dikehendaki
•masukkan tumbuhan hiasan ( jika ada )
•masukkan air dan tambahkan anti klorin secukupnya
•pasang dan hidupkan  pam  dan biarkan selama 2 jam
•masukkan ikan hiasan .

Pengurusan akuarium

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas/akuarium. Perkara-perkara tersebut 
adalah seperti berikut :


•Sistem pengudaraan bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah kandungan oksigen dalam air.

•Sistem penapis air-Terdapat banyak sistem penapis yang digunakan.Biasanya penternak yang baru akan menggunakan penapis jenis atas tangki kerana ianya lebih murah dan mudah di dapati. Sistem penapis yang lebih baik dan berkesan ialah jenis “under gravel filter” kerana air lambat menjadi kotor. Penapis yang paling baik ialah jenis sistem biologi kerana ianya bukan sahaja dapat menapis kekotoran tetapi dapat menapis hidupan seni yang boleh membawa penyakit kepada ikan.

•Perawatan air-Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu di amalkan ialah  merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl) bagi membunuh bakteria.

•Aksesori-Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh merbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar-Pemilihan batu juga perlu di telitikan kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu  tidak luntur dan tidak toksik kepada ikan hiasan.

•Hiasan dalam akuariumReka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup untuk ikan berenang dan tidak menggangu habitatnya.

Cara mudah menanam cili di rumah


Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.
Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.
  • Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.
  • Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.
  • Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.
  • Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.
  • Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.
  • Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram sepokok.
Bagaimanapun bagi mereka yang mempunyai tanah yang luas, panduan berikut boleh diikuti.
  • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-22 cm. Sediakan batas berukuran 1.2 meter lebar dan 22 – 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan manakala jarak antara batas pula ialah 45 cm. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan.

Semaian anak benih cili
  • Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput dan satu bahagian pasir.
  • Semai lima gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutp benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok.
  • Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.
  • Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.
  • Ubah anak benih ke ladang 3 – 4 minggu selepas disemai .
  • Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.
MENANAM
  • Anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas.
  • sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudia, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
  • Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris.
PENJAGAAN
  • Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu.
  • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.
  • Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tanah, cangkul atau tajak.
TUAIAN HASIL

Tuaian hasil cili merah
  • Cili boleh dipetik lapan minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari.
  • Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.