ADS

Sabtu, 3 November 2012

Panduan Menanam Ulam Raja








PENGENALAN


Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di FloridaAmerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budusambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengankalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.


Ulam raja terkenal di kalangan orang-orang Melayu. Pucuknya yang muda sangat berkhasiat untuk dibuat ulam atau kerabu. Ia boleh ditanam di kawasan rumah sebagai pokok perhiasan kerana mempunyai bunga yang menarik.

Pokok ulam raja tersebar melalui hembusan angin. Benih-benih dari sekuntum bunganya tersebar apabila dihembus angin. Pokok ulam raja tumbuh menegak, batangnya kehijauan, lembut dan senang dipatahkan, daunnya bergerigi, lembut dan kecil. Ulam raja tidak sesuai ditanam di tanah lembap atau tempat takungan air. Ia sesuai di kawasan lapang dan terbiar.

PENYEDIAAN TANAH

Ia sesuai ditanam di tanah gembur yang mengandungi banyak bahan organan.

MENANAM

Semai biji benih dalam kotak/tapak semaian yang mengandungi tanah subur.
Apabila tingginya 10-15 cm, pilih pokok yang sihat dan ubah ke tempat yang disediakan. Tanam denagn jarak lebih kurang 30 cm x 30 cm atau 30 cm x 45 cm.

Siram pokok 2 kali sehari terutama ketika masih kecil.

Bubuh baja tahi ayam/tahi lembu reput sebanyak 2-3 tin susu sepokok. Baja kimia seperti baja sebatian NPK 15:15:15 boleh digunakan jika perlu.

PERHATIAN

Ulam raja boleh didapati di pasart (di gerai orang Melayu) dengan harga RM 0.50 – RM 1.00 seikat.
Apabila pokoknya telah tua elok ditanam semula.

Ia juga boleh ditanam untuk mengawal pertumbuhan lalang.

Pokok ulam raja yang sering dijakikan ulam-ulaman dalam hidangan. Tumbuhan ini juga sangat dikenali sebagai tumbuhan herba yang berkhasiat. Ia sering ditanam di halaman rumah dan sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan.


KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA

Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan aktif. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.

PENUAIAN

Di Ladang. Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara RM 4 – RM 6 /kg

Dalam Pasu dan Bekas. Anggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.

Panduan Menanam Limau Nipis





PENGENALAN

Limau nipis atau nama botani Citrus aurantifolia adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk
kegunaan sebagi air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5 cm garispusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Pokoknya pulaadalah lebih kurang 5 m tinggi.

IKLIM

Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita.

TANAH

Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

CARA-CARA MENANAM

Membiak

Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

Menanam

Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6 m x 6 m. Ia boleh di tanam dalam susunan empat segi sama. Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok. Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m. Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang.

Siram sejurus selepas menanam. Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.
Selain daripada itu, pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi lembu. Sebanyak 30- 40kg/pokok/tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40-60 kg/pokok/tahun.


CANTASAN

Cantasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu dilakukan.

KAWALAN RUMPAI

Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.

PENJAGAAN

Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:


  • Baja Tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4)
  • Baja Buah : NPK Mg (12:12:17:2)

Baja di tabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun.

HASIL

Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara
20-25 kg/pokok/tahun boleh diperolehi.

Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.


Panduan Menanam Jagung


Panduan ringkas untuk menanam jagung samaada untuk diladang atau dikawasan rumah.







PENYEDIAAN TANAH

Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22cm (6-9 in). Sekiranya tanah senang bertakung air, penanaman hendaklah dilakukan di atas batas yang berukuran 30cm ( 12 in) lebar, 22cm (9in) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in). Gunakan 300 biji benih bagi kawasan seluas 300m (3200 kaki) persegi.

Dalam Pasu dan Bekas

Gunakan yanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

PENANAMAN

Di Ladang

Semai 2 atau 3 bii benih terus ke batas sedalam 2.5 cm ( 1 in ). Jarak tanaman ialah 75 cm ( 30 in) antara barisan dan 30 cm ( 12 in ) antara pokok. Penjarangan di buat 2 minggu selepas menanam dengan meninggalkan satu pokok yang sihat sahaja selubang.

Dalam Pasu dan Bekas

Semai 2 biji terus ke dalam pasu sedalam 2.5 cm. Penjarangan anak pokok dilakukan 2 minggu selepas menanam. Tinggalkan satu pokok sahaja sepasu.

PEMBAJAAN

Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepanjang baris pada minggu ke 2,3 dan 4 selepas menanam. Setiap kali menabur dengan kadar 10 kg baja untuk setiap 300 m persegi.

Dalam Pasu dan Bekas

Tabur 1 sudu the (5 g) NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.

PENGAIRAN

Di syorkan penyiraman dilakukan 2 kali sekali pada musim panas.

MERUMPUT

Kawal rumpai sepanjang masa. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan atau cangkul.

MENGAWAL SERANGGA DAN PENYAKIT

Sembur racun serangga jika perlu.  . Jika terdapat kutu daun, sembur racun serangga Malathion (seperti Malathion 80 pada kadar 1 sudu besar atau 14 cc segelen air).  Untuk membasmi ulat pengorek batang dan tongkol, sembur racun serangga carbaryl ( seperti Sevin pada kadar 1 sudu besar atau 10g

MEMUNGUT HASIL

Hasil mula dituai 10 minggu selepas ditanam. Kira-kira 900 hingga 1200 tongkol boleh di dapati dari kawasan seluas 300 m persegi.



Khamis, 1 November 2012

Pokok Pegaga





Pegaga 

Juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggerispennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal juga dirujuk sebagai 'Indian pennywort' kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling. Ia adalah asli di MalaysiaSri LankaIndiautara AustraliaIndonesiaIranMelanesiaNew Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi.


Jenis-jenis pegaga

Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
  1. Pokok Pegaga Cina atau Pokok Pegaga Nyonya yang biasanya berdaun kecil,
  2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
  3. Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
  4. Pokok Pegaga Kelantan,
  5. Pokok Pegaga Renek
  6. Pokok Pegaga Salad
  7. Pokok Pegaga Gajah
  8. Pokok Pegaga Brunei


Ciri morfologi

Pegaga adalah tumbuhan herba sukulenmalar hijautumbuhan saka yang hidup melata di atas tanah. Bunganya adalah ungu pucat ke merah jambu-merah, dan umbel punya dua hingga ke lima buah. Ia sedikit aromatik, dengan rasa pahit sederhana. Tanaman matang dalam tiga bulan dan seluruh pokok termasuk akar dituai secara manual.

Kegunaan

Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia, khususnya Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai "Wira Ajaib Hutan Hujan Tropika".

Ia mudah mengadaptasi dengan persekitaran yang luas, lapang, panas dan lembab. Pokok ulam pegaga ini boleh ditemui dari Iran di bahagian barat sehinggakan di Australia di bahagian timur. Ia juga kadang-kala dijumpai di Afrika Timur dan timur Madagaskar.

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada ialah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.

Saiz diameter daun pegaga sebenarnya kecil sebesar perut ibu jari tangan. Daunnya seperti semanggi tidak menarik perhatian, dan ia selalu dianggap tumbuhan penyibuk seperti rumput-rumput kecil oleh kebanyakan orang. Namun hakikatnya, daun pegaga inilah mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan. Daun pegaga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, namun rasanya sedikit pahit. Ia sedap dimakan dengan sambal belacan. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.

Khasiat

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti proteingentianzat besivitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. [perlu rujukan] Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah.
  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik
  • menurunkan tekanan darah

Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. Diakhir penyediaan hidangan seperti karimi goreng atau nasi goreng, penyudah hiasan makanan tersebut biasanya diletakkan hiasan seperti hirisan daun pegaga, dan daun bawang. Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu

Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. MasyarakatIndia pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.

Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.

Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda





Khasiat Daun Salam


KHASIAT DAUN SALAM




Daun salam adalah jenis rempah daun yang biasa digunakan untuk berbagai masakan. Dibalik itu, daun salam juga memiliki khasiat obat yang dapat dimanfaatkan dalam kehidupan sehari-hari.

Pohon salam (Syzygium polyanthum) yang biasa tumbuh liar di hutan dan di pegunungan bisa mencapai ketinggian 25 meter dan lebar pohon 1,3 meter itu berkhasiat mengobati diare, kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis, dan maag. Sementara, buahnya yang berbentuk bulat kecil bisa digunakan untuk mengobati mabuk akibat alkohol.

Kandungan kimia yang dikandung tumbuhan tersebut adalah minyak atsiri, tannin, dan flavonoida. Bagian pohon yang bisa dimanfaatkan sebagai obat adalah daun, kulit batang, akar, dan buah.

Jika Anda atau anggota keluarga mengalami diare, ambil 15 lembar daun salam segar direbus dengan dua gelas air sampai mendidih selama 15 menit. Setelah dingin tambahkan sedikit garam kemudian diminum.

Untuk mengatasi radang lambung, ambil 30 gram daun salam, 30 gram sambiloto kering, dan gula batu secukupnya direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc. Kemudian airnya diminum untuk dua kali sehari. Lakukan secara teratur.

Air rebusan daun salam juga dapat mengatasi asam urat yang tinggi, 10 lembar daun salam direbus dengan 700 cc air hingga tersisa 200 cc, kemudian airnya diminum selagi hangat. Lalu untuk mengatasi stroke, 10 lembar daun salam dan 50 gram jantung pisang dibuat masakan sesuai selera lalu dimakan.

Bagi penderita kolesterol tinggi, 7 lembar daun salam dan 30 gram daun ceremai direbus dengan 600 cc air hingga tersisa 300 cc. Kemudian airnya diminum secara teratur. Untuk melancarkan peredaran darah, 7 lembar daun salam dan 30 gram daun dewa segar direbus dengan 700 cc air hingga tersisa 350 cc. Lalu ramuan disaring dan diminum sebanyak dua kali sehari.

Buah salam yang masak dapat mabuk akibat alkohol. Satu genggam buah salam masak ditumbuk sampai halus, peras dan saring. Airnya dapat diminum sekaligus.

Untuk pengobatan luar seperti kudis atau gatal-gatal pada kulit ambil daun dan kulit batang atau akar salam. Cuci bersih lalu giling hingga halus, tambahkan minyak kelapa secukupnya kemudian balurkan pada bagian yang gatal.

Tanaman Kelapa Sawit


1.   PENGENALAN POKOK KELAPA SAWIT
Kelapa sawit terdiri daripada dua spesies  Arecaceae  atau family palma yang digunakan untuk pertanian  komersil dalam pengeluaran minyak kelapa sawit. Kelapa sawit afrika, Elaeis  guineensis,  berasal dari Afrika  barat di antara Angola dan Gambia, manakala kelapa sawit amerika, Elaeis oleifera,  berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pokok yang matang mempunyai satu batang pokok yang tunggal dan tumbuh sehingga 20 meter tingginya. Daunnya merupakan daun majmuk yang anak-anak daunnya tersusun lurus pada kedua-dua belah tulang daun utama seolah-olah bulu dan mencapai 3 hingga 5 meter panjangnya. Pokok yang muda menghasilkan lebih kurang 30 daun setiap tahun, dengan pokok yang matang yang melebihi 10 tahun menghasilkan lebih kurang 20 daun. Bunganya berbentuk rumpun yang  padat. Setiap bunganya kecil sahaja, dengan tiga sepal dan tiga kelopak. Buahnya memakan 5 hingga 6 bulan untuk masak dari masa pendebungaan. Ia terdiri daripada lapisan luar yang berisi dan berminyak (perikarp), dengan biji tunggal (isirung) yang juga kaya dengan minyak. Berbanding dengan  kelapa, kelapa sawit tidak menghasilkan tunas susur. Pembiakannya adalah melalui penyemaian biji-biji.
2.   PENANAMAN KELAPA SAWIT
2.1.  PENGENALAN
Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam). Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.
2.2.  PERLAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit. Pembersihan ladang hendaklah mengambil kira kos buruh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula. Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang. Kaedah pembarisan tanaman pula haruslah dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima. Kekacang penutup bumi pula dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).
 2.3.  TANAMAN KACANG PENUTUP BUMI
Tanaman Kacang Penutup Bumi adalah untuk:
•           Mengawal hakisan
•           Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
•           Memelihara kelembapan tanah.
2.4.  PENGGUNAAN MEKANISASI DALAM PROSES PENANAMAN
Semasa proses penanaman pokok kelapa sawit penggunaan jentolak dan jengkaut digunakan untuk membersihkan kawasan ladang daripada tapak kawasan hutan, paya dan sebagainya. Backhoe pula digunakan bagi membuat lubang untuk tanaman pokok kelapa sawit iaitu 2 hingga 3 minggu sebelum proses penanaman.  


2.5.  PERUMPAIAN TANAMAN KELAPA SAWIT
Mengawal rumpai adalah satu aktiviti agronomi yang penting dalam penanaman sawit bagi mengelakkan persaingan supaya tanaman sawit hidup subur dan produktif.
Rumpai bersaing untuk mendapatkan sumber nutrien, air, cahaya dan ruang.
Persaingan mengganggu tumbesaran pokok, melewatkan proses kematangan dan  mengurangkan pengeluaran buah tandan segar.
Pengelasan rumpai bentuk morfologi daun dan ciri pertumbuhan dilakukan untuk kaedah kawalan.
Terdapat 4 jenis rumpai di ladang kelapa sawit :
i.    Jenis Rumput
Daun berbentuk tirus, memanjang serta berdaun selari.
Membiak melalui biji benih yang banyak dan disebar melalui angin, haiwan dan            aktiviti manusia.
Spesies rumpai yang terdapat di ladang sawit :
 i.            Imperata cylindrica (lalang)
 ii.            Ischaem muticum (rumput dawai)
 iii.            Pennisetum polystachion (rumput gajah)
  ii.         Jenis Menjalar
Daun lebar dan urat daun berbentuk jaring.
Batang yang lembut dan kecil serta tumbuh menjalar dan
merayap di permukaan tanah, memanjat tunggul kayu
mati atau batang pokok yang masih hidup.

Pembiakan utama melalui biji benih. Tunas boleh menghasilkan pokok baru jika tersentuh atau tertimbus dengan tanah.
Spesies rumpai yang terdapat di ladang sawit seperti Mikania micrantha(selaput tunggu).
ii.         Jenis Renek
Tumbuh merimbun, besar dan mempunyai banyak ranting kecil.
Sesetengah mempunyai batang yang keras, ada juga berbatang lembut.
Membiak melalui biji benih, tunas pada setiap ruas menghasilkan pokok baru apabila bersentuh dan tertimbus dengan tanah yang lembap.
Biji benih yang banyak dan disebar melalui angin, haiwan dan   aktiviti manusia.
Spesies rumpai yang terdapat di ladang sawit :
 i.            Chromolaena odorata (pokok kapal terbang)
 ii.            Melastoma malabathricum (senduduk)
 iii.            Clidemia hirta (senduduk bulu).
 iv)        Paku-pakis dan resam.
Sistem perakaran yang cetek dan tidak memberi persaingan kepada kelapa sawit dan hidup sebagai epifit pada batang sawit.
Membiak melalui spora yang terdapat di bawah permukaan daun dan rizom .
Spesies rumpai yang terdapat di ladang sawit :
 i.    Nephrolepis bisserata (paku larat)
 ii.   Stenochlaena palustris (paku rawan)
Serangga yang biasa menyerang sawit antaranya ‘bagworm and nettle caterpillar ‘.
Jenis-jenis racun yang digunakan antaranya :
 i.            Paraquat – rumput dan rumpai berdaun lebar
 ii.            Sulfosat  – rumput
Penggunaan Mekanisasi untuk Kawalan Rumpai dan Serangga Perosak.
Di ladang sawit yang besar , kaedah kawalan rumpai dan serangga  dilakukan menggunakan mekanisasi ladang yang canggih.
   i.    ‘Turbo Maizer’ 
Kegunaannya digunakan untuk mengawal rumpai dan serangga perosak.
Jentera ‘ Turbo Maizer ‘ beroperasi dengan menyebur ke arah pokok kelapa sawit.
Jenis racun yang digunakan adalah bersifat cecair.
i.   Tong racun yang terdapat di bahagian belakang jentera digunakan untuk mengisi bacuhan racun.
ii .   ‘Tractor mounted mistblower’
Kegunaannya digunakan untuk mengawal rumpai dan serangga perosak.
Racun serangga di sembur.
Berkeupayaan menyembur pokok sawit dengan isi padu 3 L boleh digunakan untuk 10 -12  pokok yang diserang oleh perosak.
 3.    PEMBAJAAN TANAMAN KELAPA SAWIT
Pembajaan tanaman kelapa sawit adalah tugas penting yang perlu diberi perhatian dalam usaha menghasilkan pengeluaran yang tinggi. Unsur-unsur pemakanan utama yang menyumbang kepada tumbesaran dan penghasilan buah kelapa sawit yang sempurna merangkumi:
i.   Nitrogen (N):         – Jenis ammonia sulfat; untuk membentuk daun hijau yang sempurna. Kekurangan zat nitrogen menyebabkan daun kekuningan dan tumbesaran pokok terencat.
ü  Posforus (P):         – Jenis fosfat asli (Christmas Island Rock Phosphate); untuk perkembangan akar. Kekurangan zat posforus boleh melambatkan kemasakan buah dan terbantutnya saiz pelepah-pelapah kelapa sawit. 
ü  Kalium (K):           -  Jenis kalium (muriate of potash); untuk membentuk buah, tandan bauh, tangkai, sabut dan tempurung buah. Kekurangan zat kalium menyebabkan bintik-bintik oren pada pelepah-pelapah daun.
ü  Magnesium (Mg): -  Jenis kieserite, untuk membentuk klorofil bersama unsur nitrogen. Kekurangan zat ini membuat daun berwarna kekuningan atau jingga terutama di bahagian bawah daun.
4.     PENGGUNAAN MEKANISASI DALAM PROSES PEMBAJAAN
Emdek turbo-spin fertiliser spreader digunakan bagi proses membaja di ladang. Kaedah ini adalah menyembur baja ke arah kiri dan kanan laluan jalan iaitu disisi pokok. Ini merupakan kaedah yang mudah, cepat dan tidak menggunakan tenaga buruh yang ramai seperti sistem pembajaan manual.  Pembajaan dibuat dua hingga tiga kali setahun bergantung kepada jenis tanah dan umur pokok. Kekerapan pembajaan juga bergantung kepada jumlah dan taburan hujan di sesuatu kawasan.
5.    PENUAIAN BUAH KELAPA SAWIT
Penuaian yang sempurna akan menjamin buah sawit bermutu tinggi dan pulangan hasil yang maksimum. Buah sawit yang bermutu akan menghasilkan kandungan dan kadar perahan minyak yang tinggi serta mutu minyak yang baik serta mutu minyak yang baik. Ini akan mencapai melalui pelaksanaan amalan penuaian yang betul.
6.   TEKNOLOGI PENUAIAN
Semenjak 1982, beberapa jentera penuai buah sawit tandan segar (BTS) yang kebanyakkannya di bawa dari luar negara telah diuji. Sehingga kini, PORIM terus menggalakkan pembangunan mesin penuai BTS dengan kerjasama pengeluar asing dan tempatan. Dalam usaha membangunkan mesin penuai BTS, bahagian yang paling rumit ialah untuk merekabentuk pemotong yang sesuai bagi memotong tangkai BTS dan pelepah sawit. Faktor-faktor berikut perlu diambil kira dalam membangunkan mesin penuai BTS mekanikal:
•           Tekanan permukaan keseluruhan
•           Kendalian pokok ke pokok dan pergerakan umum
•           Kapasiti pembawaan
•           Sistem pemunggahan
•           Capaian menegak dan mendatar
•           Alat pemotong bagi pelepah dan tandan
•           Alat pengumpul bagi tandan dan buah lerai
•           Sistem kawalan
•           Keselamatan

Objektif utama  untuk membangunkan jentera adalah dapat:
-mengurangkan kos pengeluaran dan penggantungan terhadap buruh
-meningkatkan produktiviti
-meningkatkan kecekapan kerja
-meminimumkan kerosakan alam sekitar
7.    PENGGUNAAN MEKANISASI DALAM PROSES PENUAIAN
Di ladang-ladang kelapa sawit menggunakan ‘mini tractor’ dan ‘mechanical grabber’ untuk mengharverst buah kelapa sawit iaitu buah tandan segar (BTS). Mekanisasi ini dapat mengurangkan tenaga buruh, mempercepatkan proses penuaian selain mendapat mutu BTS yang memuaskan. Beberapa jenis jentera telah dicipta dan diuji oleh PORIM dan pihak industri sawit. Berikut adalah antara jentera yang telah menjalani ujian ladang, tetapi tidak diterima pakai kerana tidak ekonomikal. 
Jentera Penuai Mini Crawler
         Sebuah mini crawler yang dipasangkan pelongsor di kedua-dua sisinya.
         Seorang pemotong BTS buah menggunakan sabit berdiri di atas platform, yang menaikkannya sehingga tinggi 4 meter untuk membolehkan penuaian BTS dilakukan. BTS yang dipotong itu jatuh ke dalam pelongsor dan terkumpul dalam bekas.
         Produktiviti 6-8 tan/hari