ADS

Isnin, 5 November 2012

Panduan Mananam Pokok Serai





PENGENALAN

Serai makan adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai ‘lemongrass’ iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Spesis C. citrates tersebar luas dikawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia, manakala penanaman C. Flexus lebih tertumpu dikawasan Malabar, India.

Negara-negara utama yang menanam serai makan secara komersial adalah India, China, Guatemala dan Brazil. Di negara-negara ini serai makan diusahakan untuk pengeluaran minyak pati. Pengeluaran minyak pati dunia dalam tahun 80an ialah kira-kira 310 tan setahun. Di Malaysia, industri pengeluaran minyak pati serai makan atau minyak-minyak pati lain hampir tidak wujud. Oleh itu, serai makan hanya ditanam untuk kegunaan segar sebagai perisa makanan.

KEPERLUAN IKLIM DAN TANAH

Tanaman serai makan sesuai di tanam dikawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak memuaskan. Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik.




BAHAN TANAMAN

Tanaman serai makan C. citrates dibiak menggunakan anak berakar. Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 hingga 9 bulan. Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai tanaman. Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

PENYEDIAAN TANAH

Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa permulaan musim hujan. Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur. Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

PENANAMAN

Dua hingga tiga ‘batang’ serai ditanam bagi setiap lubang tanaman. Jarak tanaman dan kepadatan tanaman
bergantung kepada kesuburan tanah. Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur. Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m. Pemerhatian di MARDI menunjukkan jarak tanaman 1.0 m antar baris x 0.5 m dalam baris iaitu memberi kepadatan 20,000 rumpun sehektar sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

PEMBAJAAN

Serai makan dikenali sebagai tanaman yang ‘menghauskan’ tanah. Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang. Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah. Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan. Baja asas di tabur dan digaul kedalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan.

Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam. Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman ditanah mineral ialah 80-100 kg N, 40-60 kg P2O5 dan 40-80 kg K2o. Bagi Tanah gambut, kapur atau zeolite sebanyak 2.5 tan/ha perlu juga di tabur. Baja asas : Sebatian NPK 12:12:17:2. Baja Tambahan : Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas menanam.

KAWALAN RUMPAI

Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya diperingkat awal pertumbuhan. Sekiranya
penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi. Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.

PENUAIAN

Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6 hingga 8 bulan selepas ditanam. Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul. Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10 – 15 cm. Bagi tanaman yang berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40 batang yang boleh dipasarkan. Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak pati.

Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6 hingga 8 bulan. Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah. Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan dipotong semula setiap 3-4 bulan. Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah. Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 hingga 12 tan/ha bergantung kepada umur dan kesuburan tanaman. Oleh itu, anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32-48 tan/ha.

KOS PENGELUARAN DAN PENDAPATAN

Dalam keadaan sekarang, dimana bilangan petani yang menanam serai makan secara komersial masih terhad, pendapatan yang didapati adalah agak lumayan untuk kegunaan segar. Dengan harga di peringkat ladang antara 2 dan 3 sen/batang (harga di Lembah Kelang). Pendapatan kasar semusim antara RM 10,000 dan RM 20,000 boleh diperolehi dari sehektar tanaman. Kos pengeluaran dianggarkan antar RM 3,000 hingga RM 4,000 sehektar

Ahad, 4 November 2012

Panduan Menanam Selom






PENGENALAN

Selom (Oevanthe javanice) adalah dari keluarga Umbelliferae. Ia merupakan sayuran ulam pembuka selera yang sangat digemari terutama oleh orang-orang melayu. Selom juga digunakan sebagai ramuan nasi ulam dan laksa.

Selom biasanya tumbuh liar di tempat-tempat lembap seperti di tepi paya dan sawah tetapi kini ia ditanam secara teratur untuk kegunaan harian dan untuk jualan di pasar. Ia mengandungi banyak zat terutama vitamin C dan zat galian. Ia senang ditanam dan mudah dijaga.




KEADAAN POKOK

Selom merupakan tanaman herba yang tumbuh menegak mencapai sehingga 150 cm. Ia mempunyai batang yang berongga berwarna hijau. Buku yang terdapat pada batang mengeluarkan akar sekiranya di rendam di dalam air.

Daunnya berbentuk bujur telur, bergerigis di tepinya dan hujungnya tirus. Sekiranya diramas daun mengeluarkan bau yang sedap. Bunganya kecil berwarna putih tersusun dalam satu jambak.

TANAH DAN PENYEDIAANNYA

Selom boleh tumbuh di kebanyakan jenis tanah tetapi paling sesuai ditanam di tanah yang subur, berkeadaan lembap, banyak mengandungi bahan organik serta mempunyai saliran yang baik. Ia elok ditanam di atas batas yang telah digemburkan berukuran 120 cm lebar, 20 cm tinggi dan panjangnya 7.5 m atau ikut keadaan tanah.

PENANAMAN

Selom selalunya ditanam dengan menggunakan keratan-keratan. Panjang keratan lebih kurang 20 cm. Tanamlah dua atau tiga keratan selubang dan kejapkan tanah di sekeliling keratan selepas menanam. Keratan-keratan ini boleh juga disemai dahulu di dalam bekas berpasir untuk menggalakkan pengeluaran akar dan kemudiannya diubah ke batas.

Biji benih boleh jugan digunakan. Bagaimanapun menanam dengan keratan akan lebih cepat mengeluarkan hasil. Selom bolehlah ditanam berbaris-baris iaitu dengan jarak 25 cm antara pokok dan 25cm antara baris.

PENJAGAAN

> Menyiram

Di peringkat awal pertumbuhan pokok selom memerlukan air yang cukup untuk membesar dengan sempurna. Siram pokok dua kali sehari iaitu di sebelah pagi dan sebelah petang. Biasanya keratan-keratan batang akan mula berakar dua atau tiga minggu selepas ditanam. 4 hingga 6 minggu kemudian apabila pokok-pokok ini sudah tumbuh, penyiraman boleh dikurangkan kecuali bila keadaan terlalu kering.

> Membaja

Pembajaan adalah perlu untuk pertumbuhan yang cepat, subur dan pengeluaran hasil daun yang tinggi. Sebagai panduan umum, syor pembajaan seperti berikut boleh digunakan:

> Jenis Baja

Baja-baja organik seperti najis haiwan yang reput (tahi ayam atau tahi lembu) dan baja-baja kimia atau dagangan boleh digunakan. Baja organan meningkatkan kesuburan tanah manakala baja kimia membei makanan yang cukup untuk pokok. Baja kimia yang seimbang kandungan NPK samada dalam bentuk campuran atau sebatian adalah sesuai untuk hasil daun yang tinggi.

> Kadar dan Cara Pembajaan Untuk Tanaman Utama

Tabur lebih kurang 5 hingaa 8 kg baja yang reput ke atat tiap-tiap batas dan digaul ke dalam tanh seminggu sebelum menanam. Semasa menanam, tabur baja N:P2O5:K2O 15:15:15 sebanyak lebih kurang 250 g bagi setiap batas di dalam alur-alur yang dibuat di antara baris-baris pokok dan kemudian timbus dengan tanah.
Di minggu ke-3, 6 dan 9, tabur baja N:P2O5:K2O 15:15:15 dengan cara yang sama sebanyak lebih kurang 200 g bagi setiap batas sekali tabur.

> Kadar Dan Cara Pembajaan Untuk Tanaman Ratun

Selepas hasil-hasil dipungut, pokok-pokok yang tinggal perlulah dibaja supaya cepat membesar dan membentuk daundaun baru. Kadar baja boleh dicuba seperti berikut:

-Selepas memungut hasil, tabur baja sebanyak lebih kurang 200 g bagi detiap batas.
-Taburkan baja dengan kadar yang sama seperti di atas di minggu ke-3

MERUMPUT

Rumpai yang tumbuh di kawasan tanaman perlu dibersihkan supaya hasil tidak merosot. Rumpai bukan sahaja bersaing dengan tanaman untuk mendapat zat makanan, air dan ruang tetapi juga ia menjadi perumah kepada musuh dan penyakit. Gunakan cangkul atau cabut dengan tangan.

MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKIT

Selom tidak mempunyai banyak musuh dan penyakit. Bagaimanapun penyakit yang didapati menyerang ialah penyakit kulat jelaga (Sooty mould) yang disebabkan oleh kulat Asteridiella sp. Kerosakannya tidaklah teruk dan pengawalan dengan racun kulat tidak diperlukan. Belalang dan kumbang daun didapati memakan daunnya tetapi serangan serangga ini tidaklah teruk.

MEMUNGUT HASIL

Selom boleh dipungut hasilnya lebih kurang 3 atau 4 bulan selepas menanam. Potong batangnya dengan
menggunakan pisau yang tajam. Tunas-tunas baru akan tumbuh selepas dipotong. Hasil seterusnya boleh dipungut 4 hingga 6 minggu kemudian.

Panduan Menanam Emas Cotek






PENGENALAN

Mas cotek atau nama saintifiknya ficus deltoidea dari famili moraceae adalah sejenis tumbuhan yang menumpang diatas pokok lain(epifit). tapi ia juga boleh hidup diatas tanah seperti tumbuhan lain juga.Ia juga dikenali dengan nama telinga beruk, mas secotek dan serapat angin.Pokok ni ada pokok jantan dan pokok betinanya.Jantina pokok ini dibezakan oleh saiz daunnya, daun yang lebih besar menunjukkan pokok betina.selalunya ia tumbuh pada ketinggian lebih kurang 20 kaki dari permukaan bumi(atas pokok lain).

Emas Cotek (Ficus Deltoidea) dikenali juga sebagai serapat, sempit-sempit dan agoluran (Sabah) dalam keluarga Moraceae. Sejenis tumbuhan ubatan yang popular dan banyak digunakan oleh pengamal perubatan termasuk penduduk di Sabah, Sarawak dan Kalimantan. Tumbuhan ini sejenis tanaman epifit dan hidup menumpang pada tumbuhan lain yang lebih besar untuk mendapatkan cahaya matahari dan biasanya terdapat di celah-celah pokok atau batu besar. Banyak di dapati tumbuh secara liar di hutan dan belukar di tepi laut atau di pergunungan.






CIRI-CIRI MORFOLOGI

Tumbuhan ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m tinggi tanpa pemangkasan. Bentuk daun berbeza mengikut varieti samada bulat, bujur telur atau lonjong. Permukaan atas daun berwarna hijau berkilat dengan bintik berwarna emas. Permukaan bawah pula berwarna kuning keemasan dengan tompok-tompok hitam antara urat daun utama yang bercabang. Pangkal dan hujung daun kebiasaannya membulat. Bunga terbentuk di bahagian ketiak tangkai daun samada berpasangan atau tunggal. Bunganya berwarna hijau muda bertukar menjadi kuning dan merah apabila matang. Daun Emas Cotek jantan mempunyai daun yang kecil dan tirus.

KEPERLUAN IKLIM DAN TANAH

Tumbuhan ini sesuai ditanam di tanah bertekstur ringan dan mempunyai saliran yang baik dan tidak mudah
ditenggelami air seperti tanah bris. Kadar taburan hujan bulanan yang optimum dalam lingkungan 180-200 cm.

PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN

Tanaman Emas Cotek boleh dibiakkan melalui biji benih atau keratan bahagian ranting dan berpucuk muda.
Penggunaan keratan ranting (pucuk muda) adalah lebih mudah dan cepat pertumbuhannya selain dari boleh
memastikan ketulenan baka. Keratan ranting muda sedia untuk ditanam di ladang selepas 7-8 minggu di petak semaian, manakala bahan tanaman dari biji benih memerlukan 12 – 14 minggu selepas penyemaian.

PENANAMAN DI LADANG

Saiz batas yang disyorkan adalah 1.5 m lebar dan tinggi 0.5 m. Manakala jarak antara pokok dalam baris adalah 1.2 m dan berukuran 2 m antara batas. Ini akan menghasilkan kepadatan tanaman sebanyak 4,200 pokok sehektar. Tandan kelapa sawit reput hendaklah diberi pada kadar 5-7 kg sepokok dengan menggaulkannya sedalam 30 cm dari permukaan tanah bagi meningkatkan lembapan di kawasan pertumbuhan dan mengurangkan larut resap nutrien. Ia sesuai digunakan bagi tanah yang mengandungi pasir lebih dari 90 %.

PEMBAJAAN

Bagi tanah berpasir, dua jenis baja disyorkan iaitu baja najis ayam sebagai baja asas sebelum menanam dan diberi setiap 6 bulan pada kadar 10 tan/ha. Manakala baja secara tak organik atau separa organik seperti NPK ( 10:10:10 ) dengan kadar 2 tan/ha diberi setiap 6 bulan.

KAWALAN RUMPAI

Sungkupan menggunakan plastik dapat mengawal rumpai selain dari boleh memastikan lembapan batas sentiasa terjaga.

PENGURUSAN MUSUH DAN PENYAKIT

Tanaman ini sensitif terhadap serangan nematod ( puru akar ). Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut dan mati. Sehubungan dengan itu pasir untuk medium penyemaian hendaklah dari lapisan bawah (melebihi 60 cm dari permukaan tanah ) kerana ia bebas dari cacing nematod. Penggunaan bahan gambut sebagai bahan tanaman di dalam pasu atau bekas tanaman juga dapat mengelakkan jangkitan cacing nematod.

HASIL

Secara tradisi penuaian Emas Cotek adalah dengan mencabut keseluruhan pokok. Setiap satu perdu boleh mencapai kira-kira 20 kg basah termasuk akar, buah dan batang untuk ramuan ubat-ubatan. Penuaian juga boleh dilakukan dengan memotong rendah pada tahap ketinggian 30 cm dari aras tanah dan ia boleh dituai setiap 4-5 bulan sekali.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Emas Cotek dikeringkan terlebih dahulu sebelum dipasar atau diproses dijadikan ubat-ubatan. Bahan basah Emas Cotek dipercayai mengandungi getah menyebabkan keracunan jika diambil secara segar.
Biasanya ia dijemur 4-5 hari di bawah pancaran matahari sebelum diproses dan disimpan di tempat kering hingga beberapa bulan.

Anggaran kos pengeluaran bagi sehektar tanaman Emas Cotek adalah dalam lingkungan Rm 28,000 termasuklah kos tenaga buruh dan bahan input. Kos pengeluaran bagi sekilogram daun kering adalah dalam lingkungan RM 23.00 – RM28.00 / kg.

KEGUNAAN

untuk perubatan pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (cmpuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. minum airnya bila suam.ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair.selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan untuk menyhatkan badan sebanyak 3-5 biji sehari

Sabtu, 3 November 2012

Panduan Menanam Ulam Raja








PENGENALAN


Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di FloridaAmerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN. Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budusambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Berdasarkan kajian tempatan, ulam raja mengandungi 3 peratus protein, 0.4 peratus lemak dan karbohidrat serta kaya dengankalsium dan vitamin A.
Herba ini adalah herba semusim mencapai ketinggian hampir satu meter. Batangnya berwarna hijau tua dan keunguan sedikit. Kebiasaannya herba ini bercabang banyak di bahagian atas.
Daunnya bergaris bentuk ovat atau segi tiga dengan anak daunnya yang runcing, kesat dan berwarna hijau tua. Bunganya bertangkai panjang, berwarna kuning keunguan. Daun herba ini mengeluarkan bau apabila diramas.


Ulam raja terkenal di kalangan orang-orang Melayu. Pucuknya yang muda sangat berkhasiat untuk dibuat ulam atau kerabu. Ia boleh ditanam di kawasan rumah sebagai pokok perhiasan kerana mempunyai bunga yang menarik.

Pokok ulam raja tersebar melalui hembusan angin. Benih-benih dari sekuntum bunganya tersebar apabila dihembus angin. Pokok ulam raja tumbuh menegak, batangnya kehijauan, lembut dan senang dipatahkan, daunnya bergerigi, lembut dan kecil. Ulam raja tidak sesuai ditanam di tanah lembap atau tempat takungan air. Ia sesuai di kawasan lapang dan terbiar.

PENYEDIAAN TANAH

Ia sesuai ditanam di tanah gembur yang mengandungi banyak bahan organan.

MENANAM

Semai biji benih dalam kotak/tapak semaian yang mengandungi tanah subur.
Apabila tingginya 10-15 cm, pilih pokok yang sihat dan ubah ke tempat yang disediakan. Tanam denagn jarak lebih kurang 30 cm x 30 cm atau 30 cm x 45 cm.

Siram pokok 2 kali sehari terutama ketika masih kecil.

Bubuh baja tahi ayam/tahi lembu reput sebanyak 2-3 tin susu sepokok. Baja kimia seperti baja sebatian NPK 15:15:15 boleh digunakan jika perlu.

PERHATIAN

Ulam raja boleh didapati di pasart (di gerai orang Melayu) dengan harga RM 0.50 – RM 1.00 seikat.
Apabila pokoknya telah tua elok ditanam semula.

Ia juga boleh ditanam untuk mengawal pertumbuhan lalang.

Pokok ulam raja yang sering dijakikan ulam-ulaman dalam hidangan. Tumbuhan ini juga sangat dikenali sebagai tumbuhan herba yang berkhasiat. Ia sering ditanam di halaman rumah dan sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan.


KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA

Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan aktif. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.

PENUAIAN

Di Ladang. Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara RM 4 – RM 6 /kg

Dalam Pasu dan Bekas. Anggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.

Panduan Menanam Limau Nipis





PENGENALAN

Limau nipis atau nama botani Citrus aurantifolia adalah sejenis limau yang sangat digemari di negara ini untuk
kegunaan sebagi air minuman dan juga untuk dicampur dalam masakan. Buahnya kecil dan bulat, berukuran 2.5cm – 5 cm garispusat. Kulitnya berkilat dan licin dan isinya berwarna hijau kekuningan, berair tetapi masam. Pokoknya pulaadalah lebih kurang 5 m tinggi.

IKLIM

Limau nipis sesuai dengan iklim yang panas dan lembab seperti di negara kita.

TANAH

Boleh ditanam di atas berbagai jenis tanah tetapi didapati lebih sesuai ditanam di atas tanah jenis lom berpasir.

CARA-CARA MENANAM

Membiak

Limau senang dibiakkan melalui biji tetapi biasanya ia dibiak secara tampang iaitu secara tut. Jika dibiak secara ini pokok-pokok mengeluarkan buah lebih awal.

Menanam

Jarak tanaman yang sesuai untuk limau ini ialah 6 m x 6 m. Ia boleh di tanam dalam susunan empat segi sama. Ini menjadikan jumlah pokok sehektar sebanyak 270 pokok. Gali lubang sebesar 0.4m x 0.4m x 0.2m. Campurkan 10 hingga 12 kg baja organan ke dalam lubang.

Siram sejurus selepas menanam. Penyiraman boleh dibuat 1-2 kali sehari selama 2-3 bulan pertama.
Selain daripada itu, pembajaan juga dilakukan dengan menggunakan baja organan seperti tahi lembu. Sebanyak 30- 40kg/pokok/tahun boleh digunakan bagi peringkat tumbesaran (umur pokok 1-3 tahun) dan 40-60 kg/pokok/tahun.


CANTASAN

Cantasan untuk membuang pucuk-pucuk air, ranting-ranting mati dan ranting-ranting yang tidak dikehendaki adalah perlu dilakukan.

KAWALAN RUMPAI

Bagi pokok-pokok muda, kerja-kerja merumput hendaklah dilakukan dengan mencabut atau menggunakan cangkul dikeliling pokok. Bila pokok sudah cukup besar dan matang, kawalan rumpai secara kimia boleh dijalankan dengan menggunakan racun rumpai.

PENJAGAAN

Dua jenis campuran baja kimia boleh digunakan:


  • Baja Tumbesar : NPK Mg (15:15:6:4)
  • Baja Buah : NPK Mg (12:12:17:2)

Baja di tabur di sekeliling pokok di bawah hujung julai daun.

HASIL

Pokok mula berbuah antara umur 2-3 tahun iaitu bagi pokok-pokok yang ditanam dari anak tut. Hasil antara
20-25 kg/pokok/tahun boleh diperolehi.

Jangkamasa ekonomi bagi pokok yang ditanam dari anak tut adalah dalam lingkungan 10 tahun.


Panduan Menanam Jagung


Panduan ringkas untuk menanam jagung samaada untuk diladang atau dikawasan rumah.







PENYEDIAAN TANAH

Di Ladang

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22cm (6-9 in). Sekiranya tanah senang bertakung air, penanaman hendaklah dilakukan di atas batas yang berukuran 30cm ( 12 in) lebar, 22cm (9in) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (18 in). Gunakan 300 biji benih bagi kawasan seluas 300m (3200 kaki) persegi.

Dalam Pasu dan Bekas

Gunakan yanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 in) dari permukaan pasu.

PENANAMAN

Di Ladang

Semai 2 atau 3 bii benih terus ke batas sedalam 2.5 cm ( 1 in ). Jarak tanaman ialah 75 cm ( 30 in) antara barisan dan 30 cm ( 12 in ) antara pokok. Penjarangan di buat 2 minggu selepas menanam dengan meninggalkan satu pokok yang sihat sahaja selubang.

Dalam Pasu dan Bekas

Semai 2 biji terus ke dalam pasu sedalam 2.5 cm. Penjarangan anak pokok dilakukan 2 minggu selepas menanam. Tinggalkan satu pokok sahaja sepasu.

PEMBAJAAN

Di Ladang

Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepanjang baris pada minggu ke 2,3 dan 4 selepas menanam. Setiap kali menabur dengan kadar 10 kg baja untuk setiap 300 m persegi.

Dalam Pasu dan Bekas

Tabur 1 sudu the (5 g) NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.

PENGAIRAN

Di syorkan penyiraman dilakukan 2 kali sekali pada musim panas.

MERUMPUT

Kawal rumpai sepanjang masa. Kerja merumput biasanya dilakukan dengan tangan atau cangkul.

MENGAWAL SERANGGA DAN PENYAKIT

Sembur racun serangga jika perlu.  . Jika terdapat kutu daun, sembur racun serangga Malathion (seperti Malathion 80 pada kadar 1 sudu besar atau 14 cc segelen air).  Untuk membasmi ulat pengorek batang dan tongkol, sembur racun serangga carbaryl ( seperti Sevin pada kadar 1 sudu besar atau 10g

MEMUNGUT HASIL

Hasil mula dituai 10 minggu selepas ditanam. Kira-kira 900 hingga 1200 tongkol boleh di dapati dari kawasan seluas 300 m persegi.



Khamis, 1 November 2012

Pokok Pegaga





Pegaga 

Juga dikenali sebagai antanan (bahasa Inggerispennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal juga dirujuk sebagai 'Indian pennywort' kerana rupanya yang seakan satu keping duit syiling. Ia adalah asli di MalaysiaSri LankaIndiautara AustraliaIndonesiaIranMelanesiaNew Guinea dan beberapa bahagian Asia lagi.


Jenis-jenis pegaga

Terdapat pelbagai jenis pegaga di Malaysia seperti:
  1. Pokok Pegaga Cina atau Pokok Pegaga Nyonya yang biasanya berdaun kecil,
  2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
  3. Pegaga Embun - Hydrocotyle sibthorpiodes
  4. Pokok Pegaga Kelantan,
  5. Pokok Pegaga Renek
  6. Pokok Pegaga Salad
  7. Pokok Pegaga Gajah
  8. Pokok Pegaga Brunei


Ciri morfologi

Pegaga adalah tumbuhan herba sukulenmalar hijautumbuhan saka yang hidup melata di atas tanah. Bunganya adalah ungu pucat ke merah jambu-merah, dan umbel punya dua hingga ke lima buah. Ia sedikit aromatik, dengan rasa pahit sederhana. Tanaman matang dalam tiga bulan dan seluruh pokok termasuk akar dituai secara manual.

Kegunaan

Pokok pegaga terkenal di kebanyakan negara di Asia, khususnya Asia Timur dan Asia Tenggara sebagai "Wira Ajaib Hutan Hujan Tropika".

Ia mudah mengadaptasi dengan persekitaran yang luas, lapang, panas dan lembab. Pokok ulam pegaga ini boleh ditemui dari Iran di bahagian barat sehinggakan di Australia di bahagian timur. Ia juga kadang-kala dijumpai di Afrika Timur dan timur Madagaskar.

Pegaga tumbuh di kawasan tropika yang terbuka dan tumbuh melata di padang rumput biasa, kebun, ladang, tepi jalan dan sebagainya. Di Indonesia, jenis-jenis pegaga yang ada ialah daun kaki kuda, tikusan, pani gowang, pegagan.

Saiz diameter daun pegaga sebenarnya kecil sebesar perut ibu jari tangan. Daunnya seperti semanggi tidak menarik perhatian, dan ia selalu dianggap tumbuhan penyibuk seperti rumput-rumput kecil oleh kebanyakan orang. Namun hakikatnya, daun pegaga inilah mempunyai banyak khasiat yang amat menakjubkan. Daun pegaga boleh dimakan mentah atau dimasak sebagai sup, namun rasanya sedikit pahit. Ia sedap dimakan dengan sambal belacan. Daun pegaga mempunyai nilai kualiti yang memberikan kesan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan.

Khasiat

Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti proteingentianzat besivitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.

Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.

Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. [perlu rujukan] Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.

Antara khasiat lain pegaga adalah.
  • penawar alahan
  • merawat asthma dan sesak nafas
  • merawat jangkitan paru-paru
  • merawat kegusaran dan kegigilan
  • anti kanser
  • melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
  • penawar batu karang
  • penawar kencing berdarah
  • penawar ulser
  • merangsang peredaran darah
  • merawat cirit birit dan gastrik
  • menurunkan tekanan darah

Pegaga boleh dimaklumkan sebagai ulam yang bernutrisi dan berkhasiat. Ia boleh dimakan mentah atau dimasak. Rasanya agak sedikit pahit, dan sering digunakan oleh orang Asia untuk memasak sebagai sayuran tambahan. Diakhir penyediaan hidangan seperti karimi goreng atau nasi goreng, penyudah hiasan makanan tersebut biasanya diletakkan hiasan seperti hirisan daun pegaga, dan daun bawang. Masyarakat Nusantara juga menjadikan ekstrak pegaga sebagai minuman herba atau tonik herba atau jamu

Pegaga juga sering dimakan bersama nasi putih yang berlauk-pauk, daun pegaga dicicah dengan sambal belacan juga dijadikan pencuci mulut tradisional yang sedap dan pedas. MasyarakatIndia pula menjadikan ekstrak daun pegaga sebagai minuman musim panas yang dicampur ais dinamakan “thandaayyee”.

Pegaga telah digunakan sejak zaman dahulu kala khususnya dalam sistem perubatan yang mengamalkan kaedah Ayurvedic di India dan kaedah perubatan Cina.

Lebih lagi, pegaga dipercayai mempunyai kelebihan dalam memberi kesan terus kepada masalah tekanan darah rendah dan selalu dirujuk sebagai ubat tradisional untuk mengembalikan keserian wajah dan awet muda