ADS

Jumaat, 7 Mac 2014

Panduan Ternakan LOBSTER AIR TAWAR(BLUE CHERAX)

Rawatan Air

Rawatan air untuk ternakan tidaklah sesukar rawatan air kumbahan yang memerlukan banyak proses. Rawatan air merupakan proses membuang bahan cemar daripada air mentah bagi menghasilkan air yang selamat untuk digunakan dari segi kimia dan bakteriologikal. Air juga perlu diterima dari segi estetiknya, bebas dari kekeruhan yang nyata, bau dan warna yang tidak menyenangkan.
Pra-keklorinan - untuk kawalan alga dan menangkap mana-mana pertumbuhan biologi.
 Penternak sering kali tertanya-tanya apakah teknik terbaik untuk merawat sumber air kolam mereka.

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk merawat sumber air ke dalam kolam ternakan. Bergantung kepada jenis ternakan dan kolam yang diguna pakai.

Saya ingin berkongsi satu teknik paling asas dalam merawat sumber air kolam ternakan. Teknik ini murah dan senang digunakan.

Setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air tersendiri sama ada dari sungai dan bekalan air bawah tanah (air boring atau telaga). Air dari sumber sebegini kaya dengan kandungan mineral.

Sebarang sumber air yang digunakan dalam kolam ternakan sumber air ini perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan (dibiarkan) sekurang-kurangnya sehari semalam. Ini bertujuan memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak atau lumpur.

Hasilnya, air yang lebih bersih dapat digunakan untuk kolam ternakan. Teknik diguna meluas terutamanya bagi sumber air bawah, kerana kandungan bahan terlarutnya lebih tinggi.

Kandungan klorin dalam air juga harus dihapuskan terlebih dahulu dan anti-klorin diperlukan dalam hal ini. kuantiti anti-klorin adalah berbeza mengikut jenama. Persoalan ini boleh ditanya sebelum membeli anti-klorin di kedai aquarium.
Antara contoh anti-klorin
 Selain itu juga PH air perlu diuji juga sebelum digunakan. di bawah adalah contoh PH reader.
PH reader jenis elektronik

PH up
 Suhu juga memainkan peranan penting kerana suhu yang terlalu tinggi @ terlalu rendah akan menyebabkan kematian. Untuk Lobster Air Tawar suhu yang sesuai adalah 26-29.
Temp reader yang boleh ditampal dalam cermin

Keperluan Kolam


-Pam
  • Digunakan untuk pastikan air sentiasa mengalir dan menghasilkan buih oksigen.
  • keperluan pam adalah mengikut sais aquarium dan kolam.

-Filter
  • Digunakan untuk menapis kekotoran.
  • harus dicuci jika dah kotor, sekurang-kurangnya sekali seminggu.

-Pipe pvc
  • Untuk rumah udang atau ikan.
  • guna paip mengikut kesesuaian.

-kayu hanyut/batu
  • anak udang dan ikan suka bermain di batu/ kayu.

-tumbuhan seperti keladi bunting atau kangkung
  • hidupan atas air adalah baik jika diletakkan di dalam kolam ternakan.
  • antara kebaikan nya ialah menapis sinaran UV dari terus masuk ke dalam kolam.
  • selain itu juga kehidupan ini akan membekalkan oksigen.
Gambar selepas digabungkan kesemua elimen di atas.

Penjagaan Baby Lobster

Penjagaan baby lobster semasa ia baru jatuh dari perut induk sangat kritikal, dan di sini saya ingin berkongsi cara penjagaannya..=) 
    • Ketika semua anak lobster telah turun dari tubuh induknya, segera pisahkan si anak dengan induk untuk mencegah agar anak lobster itu tidak dimakan oleh induk. 
    • jagalah suhu air aquarium pada suhu 27 – 29 , suhu yang panas boleh menyebabkan kematian, dan disebabkan itu juga pam air pusing hendaklah beroperasi 24jam.
    Baby lobster yg baru jatuh dari perut induk


    Baby lobster yang berusia sekitar 3minggu
    • Berikan makanan sekitar 2x sehari pada waktu siang dan malam hari dan sebolehnya pastikan makanannya ditumbuk halus ataupun beli palet tenggelam yang halus.
    • Jagalah air agar tetap jernih, jika air sudah mulai kotor seaiknya ganti 20-30% volume air yang ada di bagian bawah.
    • Berikan garam air secukupnya(tergantung volume air). Garam air ini juga dapat dibeli di kedai aquarium/ikan.
    • baby lobster akan mulai kuat selepas pengantian kulit pertama kira-kira selepas seminggu penetasan.

    Di Mana Ternak Lobster Air Tawar???

    Kolam simen
      
    Kolam kanvas

      
    Bak Fiber
    Poly Tank
    Aquarium
    kesemua di atas sangat sesuai diguna untuk penternakan Lobster Air Tawar. tetapi aquarium lebih kepada penjagaan dalam rumah dan sesuai untuk jadikan hiasan, tetapi yang lain sangat sesuai untuk penternakan secara komensial. Guna lah mengikut kesesuaian.

    Lobster Sebagai Hiasan

    Selain dimasak untuk hidangan kesihatan, Lobster juga boleh dijadikan hiasan aquarium kerana ada sesetengah Lobster Air Tawar(LAT) mempunyai warna dan corak yang menarik.
     JOM TENGOK GAMBAR TERPILIH..!



    Kelebihan Lobster Air Tawar(LAT)

    MANFAAT LOBSTER AIR TAWAR
    •  Protein Lobster adalah sumber protein yang sangat baik. Protein penting bagi tubuh kita untuk energi dan pemantapan produksi gula darah. Hal ini juga membantu menurunkan berat badan. Kandungan protein lobster lebih tinggi dari ayam dan sapi, sedangkan kalori nya lebih rendah daripada daging ayam dan sapi.
    • Asam lemak omega-3 Daging lobster mengandung asam lemak omeg-3 dalam jumlah tinggi. Asam lemak omega-3 penting untuk mencegah penyakit jantung dan menjaga kesehatan jantung. Telah terbukti bahwa orang-orang yang beresiko tinggi terhadap gangguan jantung,mendapat manfaat dari lobster karena kandungan omega-3 di dalamnya. 
    •  Membantu menurunkan berat badan Lobster adalah makanan pilihan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengubah gaya hidup, dan membuatnya menjadi lebih sehat dan lebih baik. Lobster sangat rendah lemak, rendah kalori dan rendah kolesterol, tetapi masih memberikan nutrisi yang diperlukan. 
    •  Daging lobster mengandung, vitamin ,seng, kalium, vitamin B12 dan selenium. Semua itu sangat penting bagi kesehatan. Kandungan seng di dalam lobster dapat meningkatkan vitalitas, libido menjadi lebih kuat dan tahan lama serta meningkatkan stamina. 
    •  Makan daging lobster sama hal nya dengan makan multi vitamin tablet atau suplemen kesehatan. Jadi apakah lobster baik untuk kesehatan?jawabnya YA. Asal ingat satu hal, dalam mengkonsumsi apapun, semuanya jangan berlebihan. Sebab segala sesuatu yang berlebihan atau kekurangan tidak baik akibatnya. 

    Pengenalan Lobster Air Tawar


    • Lobster air tawar (LAT) saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan jenis Red Claw, jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia.
    • Ada lebih 1,000 jenis udang kara seluruh dunia. 
    • Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak.
    • Sepanjang hidup seekor LAT, ia akanmelalui beberapa kali proses salin kulit. Iaberlaku bila tubuhnya membesarmenyebabkan cengkerang lamanya tidakdapat menampung saiz bentuk badan lamanya.
    • Rupa Bentuk Am, Spesies yang tidak memiliki tulang dalam., Permukaan badan, organ luar diliputicengkerang• Terbahagi dua kepala & badan. Cengkerang menutup kepala untuk melindungi organ otak, insang, hati & tepi organ.• Enam ruas badan (abdomen) agak menipis,lebar badan rata-rata hampir sama dgn kepala.• Sepasang penyepit yg lebar & panjang• Sepasang antena berfungsi menghidumakanan.• Sepasang antena berperanan merasa,meraba makanan & persekitaran.• Enam pasang kaki berperanan untukberenang.• Kaki renang digunakan utk bersihkan telor &larva dari kekotoran.• Empat pasang kaki utk berjalan.
    • Mengenali Jantina. Cara membezakannya ialah  bagi Lobster Jantan di kaki ke 3 dari ekornya, tidak memiliki bulatan seperti betina, melainkan adanya tonjolan di sisi kiri dan kanan kaki pertama dari ekor.
    • Bentuk Jantina, Udang kara jantan memiliki sepit lebih besar dari induk betina. . Jantina udang kara dapat dilihat melalui perbezaan pada bahagian kaki & ukuran sepit.. Kecerahan warna kulit & warna pada hujung sepit dapat bezakan jantan & betina.. Induk betina yg sedang bertelur, kaki renangnya memiliki rangsangan utk bergerak bagi meningkatkan oksigen terlarut disekitarnya sehingga keperluan oksigen telur &larva dapat dipenuhi. 
    • Saiz matang induk. Saiz matang Lobster Air Tawar utk dijadikan induk adalah yg berumur 7-10 bulan. Jantan yg bersaiz 4in ke atas sesuai utk di jadikan induk penjantan. manakala yg betina pula saiz 3.5in- 4in keatas boleh di jadikan induk betina yg akan menghasilkan 80- 300 biji telur setiap kali bertelor.
    • Lobster Air Tawar jenis Clarkii yang boleh mencapai 5 tahun. Jenis Red Claw / Cherax yang saya bela boleh mencapai sehingga umur 5tahun, Record life span LAT terpanjang & terlama menurut GaleryCrayfish oleh pemegang record LAT terbesar di dunia, Astacopsis Gouldi (nama lainThe Tasmanian Giant Freshwater Crayfish ) dengan life span lebih 40 tahun. Lobster Air Tawar juga layak menjadi penghias akuarium, kerana ada sesetengah warna nya mempunyai corak warna yang menarik. sesuai juga dijadikan hiasan selain ikan perhiasan.
    • Penyebaran LAT Freshwater Crayfish adalah satu genus termasuk dalam kelompok UDANG (Crustacea) air tawar yg memiliki ukuran tubuh relatif besar & hidup di air tawar. Nama lainnya crayfish, crawfish, crawdad. Ada 3 famili lobster air tawar, iaitu Astacidae, Cambaridae & Parastacidae. LAT Astacidae & Cambaridae tersebar di dunia utara, Parastacidae menyebar di dunia selatan, seperti Australia, Indonesia bahagian timur, Papua.
    •  
    • Habitat alam nya di tasik dan sungai di daerah pegunungan. Ia aktif cari makan pada malam/ waktu keadaan gelap (lebih kurang seperti burung hantu). Makanan nya berupa biji- bijian, ubi-ubian, bangkai haiwan dan palet. Cara makan guna antena panjang mendekati makanan dahulu. Jika ia sesuai dengan keinginannya, ia menangkapnya guna sepit, & menyerahkan pada kaki jalan pertama sebagai tangan pemegang makanan utk di makan. Ia memiliki gigi halus dipermukaan mulut, cara makan sedikit demi sedikit. Dihabitat nya, ia makan biji- bijian, ubi ubian, tumbuhan, haiwan mati (scavenger), memangsa haiwan hidup lain dari kelompok udang. Oleh itu udang LAT termasuk haiwan omnifora. Ia suka makan udang kecil yg hidup di habitatnya atau memangsa cherax itu sendiri, kerana ia memiliki sifat kanibal dan atas sebab ini jika menternak cherax anak udang yang baru menetas harus diasingkan bagi mengelakkan ia dimakan udang lebih besar.
    • Setakat ini lobster di Malaysia kita akan jumpa sekadar di hotel berbintang dan sesetengah restoran. tetapi masyarakat Amerika, Kanada, Perancis, Belanda, Australia menjadikan lobster sebagai makanan favorit kerana yakin LAT lebih menyehatkan dibanding makanan laut. dan LAT juga lebih dikenali di Indonesia jika dibandingkan dengan Malaysia.Ramai percaya bahawa LAT adalah makanan penguat tenaga batin dan awet muda untuk wanita dan harganya ada yang mencapai sehingga RM160 siap masak. dan untuk info kaum melayu, LAT selamat dimakan dan ianya halal.!!
    • Lobster mengandungi protein melebihi kandungan protein ayam. Juga ia tidak banyak kalori seperti daging ayam(terutama ayam yang diinjet). Ia menjadi pilihan lebih baik berbanding ayam. LAT mengandung asam lemak omega-3 tinggi. Omega-3 mencegah penyakit jantung &menjaga kesihatan jantung. Lobster juga elok menjadi makanan pilihan bagi orang ingin menurun berat badan sebab ia rendah lemak & kalori. dan kelebihanya juga LAT tidak diberi sebarang ubat untuk lebih cepat membesar seperti ayam.
    • Pembesaran Lobster Air Tawar memerlukan waktu agak lama lebihkurang 6-7 bulan, tidak seperti menternak ikan keli. jadi untuk membuat perniagaan terpaksa menunggu masa lama, perlu bertahan menanggung kos operasi. Kebersihan air kolam dan pemberian makan juga perlu diperhatikan, kerana lobster adalah haiwan air yang perlukan kualiti air yg baik dan kandungan oksigen tinggi, Lobster akan mati jika perawatannya kurang terjaga.
    • Salah satu penyakit LAT ialah ekor melepuh, (blister) disebab dasar kolam kotor. Cara mengubat ialah memicit hingga cairan yg ada pada ekor keluar, kemudian bersihkan cairan tersebut.

    Rabu, 16 Oktober 2013

    Panduan Menanam Kelapa


    Bagi meningkat bekalan kelapa bagi kegunaan tempatan, Jabatan Pertanian mempromosi tanaman kelapa yang dikenali dengan nama kelapa MATAG, hasil daripada kacukan kelapa Rendah Malaya dengan kelapa Tinggi Tagnanan dari Filipina.
    Varieti-varieti kelapa yang terdapat di Malaysia ialah:-
    1. Kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall )
    2. Kelapa Rendah Merah Malaya (Malayan Red Dwarf, MRD)
    3. Kelapa Rendah Kuning Malaya (Malayan Yellow Dwarf, MYD)
    4. Kelapa Rendah Hijau Malaya (Malayan Green Dwarf, MGD)
    5. Kelapa MAWA (Malayan Dwarf X West Afrcan Tall)
    6. Kelapa MATAG (MYD/MRD X Tagnanan Tall)
    7. Kelapa Tinggi Afrika Barat
    8. Kelapa Tinggi Tagnanan
    9. Kelapa Tinggi Rennel
    10. Kelapa Wangi (Aromatic Dwarf)
    11. Kelapa MAREN (MYD.MRD X Rennel Tall)
    12. Kelapa MAMA (MYD/MRD X Malayan Tall)
    13. Kelapa Sawit
    1. KELAPA TINGGI MALAYA

      Kelapa Tinggi Malaya ialah kelapa tinggi yang berasal dari Malaysia dan ditanam meluas di kawasan pantai.  Jenis ini boleh hidup selama 80 hingga 90 tahun.  Pokok bersaiz besar dan tinggi.  Ketinggiannya boleh mencapai 15-18 meter.  Kelapa jenis ini mempunyai pertumbuhan yang cergas serta dapat tumbuh dipelbagai jenis tanah.

      Buah bersaiz besar, berbentuk bulat, berbiku tiga, leper di bahagian bawah serta mengandungi air yang banyak.  Ciri-ciri ini menjadikan ianya sesuai untuk dijual sebagai kelapa muda.  Purata buah setandan ialah 3-5 biji.
    2. KELAPA MAWA

      Kelapa MAWA ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tinggi Afrika Barat.  Ketinggian pokok boleh mencapai sehingga 15 meter.  Warna daun, bunga dan buahnya sama ada hijau atau jingga pucat bergantung kepada pokok induk (Pokok Kelapa Rendah Malaya).  Bilangan buah setandan ialah 14-16 biji.

    3.     KELAPA RENDAH MALAYA

    Kelapa Rendah Malaya berasal dari Malaysia.  Terdapat tiga jenis Kelapa Rendah Malaya iaitu kuning, merah dan hijau berdasarkan warna buahnya.  Kelapa Rendah Malaya merupakan pokok kelapa yang bersaiz kecil dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga enam meter.  Saiz buahnya kecil manakala bilangan buah setandan boleh mencapai sehingga 15 biji atau lebih.  Pada masa ini pokok Kelapa Rendah Malaya tidak ditanam secara komersil dan hanya digunakan sebagai pokok hiasan dan pokok induk dalam pengeluaran benih hibrid kelapa seperti MAWA dan MATAG.
     
    4.     KELAPA WANGI (KELAPA PANDAN)

    Kelapa Wangi ialah kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971.  Di Thailand kelapa ini dipanggil sebagai 'Makprow Nam Horm' dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai 'aromatic dwarf'.  Keistimewaan kultivar kelapa wangi ialah isi dan buahnya berbau wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar.  Ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter.  Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk bulat berbiku tiga. 

    Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman 6 m x 6 m.  Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur 3-4 tahun selepas ditanam di ladang.  Ketika berumur 3 tahun pengeluarannnya hanya 40-50% dan mencapai 100% apabila berumur 4 tahun.  Pokok kelapa wangi mengeluarkan 12-18 jambak bunga setahun.  Purata bilangan buah setandan di antara 10-15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika kawasan dibanjiri air.  Setahun (tahun ke 13) ia boleh mengeluarkan 130-175 biji buah kelapa muda sepokok.  Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000-49,000 buah kelapa muda setahun.  Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang 330 ml.  Anak kelapa pokok wangi boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung akar yang dihancurkan. 

    Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6-6 1/2 bulan selepas persenyawaan.  Kaedah yang digunakan ialah dengan melihat tandan buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan buah kecil tersebut.  Tandan kelapa muda yang dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil (T-2) dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.

    5.    Pengedar dan pembekal anak benih kelapa pandan:

    Untuk tempahan sila hubungi Ketua Stesen,
    Pusat Pembangunan Komoditi Telok Bharu
    36400 Hutan Melintang, Perak
    Tel:  +605-6421100


    Peringkat yang sesuai untuk kelapa botak
    Di peringkat ini seludang (T-3) terbentuk penuh (70-90 cm) panjang tetapi belum memecah.  Di bawah seludang ini terdapat tandan buah kecil (T-2) di mana saiz lilitan adalah diantara 18-24 cm atau sebesar bola tenis.  Dengan ini tandan yang sebaris di bawah iaitu T-1 boleh dipetik untuk menghasilkan kelapa botak.

    Peringkat yang sesuai untuk kelapa telur
    Di peringkat ini seludang (t-3) telah pecah dan mengeluarkan mayangnya sebaris di bawah T-3 terdapat tandan buah kecil (T-2) di mana saiz lilitan adalah besar sedikit iaitu antara 22-26 cm, dengan ini tandan yang sebaris di bawah (T-2) iaitu (T-1) adalah tandan yang sesuai untuk menghasilkan kelapa telur.

    *Benih kelapa ini boleh didapati daripada Pusat Pembangunan Komiditi, Teluk Bharu, Perak.
    6.    Petua Memilih Kelapa Pandan
    (sumber:  Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)
    7.    Sekiranya anda ingin membeli anak benih kelapa pandan dan tidak yakin sama ada benih yang dijual itu benih kelapa pandan atau tidak, ada satu petua yang boleh anda lakukan.  Patahkan sedikit bahagian hujung akar muda daripada anak pokok yang hendak dibeli.  Gentil bahagian akar yang dipatahkan tadi dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk sehingga hancur dan hidu baunya.  Sekiranya benih itu benar benih kelapa pandan anda pasti dapat menghidu bau harum daun pandan.  Selain bahagian akar, bahagian daun anak pokok benih kelapa pandan juga boleh dilakukan perkara yang sama tetapi biasanya pengusaha tapak semaian tidak membenarkan kerana akan mencacatkan anak benih.  Bau harum pandan lebih kuat di bahagian daun berbanding bahagian akar.(sumber:  Wawasan Pertanian Bil. 10 Vol.1 Jilid 11)
    KELAPA MATAG
    Kelapa MATAG ialah kelapa hibrid yang dihasilkan daripada pendebungaan silang Kelapa Rendah Malaya dan Kelapa Tagnanan.  Ketinggian pokok MATAG boleh mencapai 15 meter.  Daun, bunga dan buahnya berwarna sama ada hijau atau jingga pucat, bergantung kepada jenis pokok induk Kelapa Rendah Malaya.  Hasil purata bilangan buah kelapa dan berta kopra adalah lebih tinggi daripada hibrid MAWA. 

    Kelapa MATAG boleh mengeluarkan antara 25 hingga 30 ribu biji buah setahun sehektar.  Buah kelapa yang dihasilkan sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti untuk air kelapa muda, pengeluaran santan dan juga untuk kelapa (kopra).

    Varieti ini mempunyai ciri-ciri agronomi yang baik seperti pertumbuhan yang 'robust' dan 'vigorous' di ladang.  Dengan pengurusan ladang yang baik dan hujan yang mencukupi, kelapa MATAG mula berbunga pada tahun ke 3 dan proses penuaian bolehlah dilakukan pada tahun ke 4.

    Kelapa MATAG sesuai ditanam mengikut sistem penanaman tiga segi sama atau 'double hedge row pattern' sekiranya mengutipan hasil dirancangkan secara mekanisasi. (sila lihat rajah sistem tanaman). Kepadatan optimum yang disyorkan ialah 178-180 pokok sehektar.

    Berbanding dengan kelapa MAWA, kelapa MATAG mengeluarkan buah yang lebih besar daripada MAWA walaupun isinya sama tebal.  Hasil MATAG pada enam tahun pertama didapati agak rendah sedikit (61-139 biji sepokok) daripada MAWA (75-151 biji sepokok).   Walau bagaimanapun, hasil kelapa MATAG meningkat mulai tahun ke tujuh ke atas, iaitu 153 biji sepokok dan boleh mencapai sehingga 161 biji sepokok berbanding dengan 157 biji bagi kelapa MAWA.

    Dari segi pengeluaran kopra pula, MATAG mengeluarkan hasil kopra yang rendah pada enam tahun pertama iaitu 12.1 - 36.4 kg. berbanding dengan 16.4 - 33.0 kg. kopra bagi kelapa MAWA.  Selepas tahun ke 7 dan ke atas, hasil kopra daripada kelapa MATAG lebih tinggi, iaitu 42.2 kg. berbanding 34.3 kg. kopra daripada kelapa MAWA.

    Secara keseluruhannya, kelapa varieti MATAG memberikan hasil buah kelapa yang tinggi dalam jangka masa panjang.  Saiz buah MATAG yang besar, bukan sahaja memberi kelebihan dari segi kos mengutip dan mengopek kulit, tetapi juga popular di kalangan pengguna domestik.
    KEPERLUAN ASAS TANAMAN KELAPA
    Faktor Iklim
    Tanaman kelapa tidak sesuai ditanam di kawasan yang kurang hujan atau di kawasan yang mengalami musim kering yang panjang kerana kelapa tidak mempunyai akar tunjang.  Tanaman kelapa memerlukan jumlah hujan sebanyak 1300-2300 mm/tahun.  Musim kering yang berterusan selama 3 bulan (<50 mm/bulan) tidak sesuai untuk tanaman kelapa.  Suhu optimum untuk tanaman kelapa ialah 27-28oC.  Kawasan yang terlindung atau sentiasa mendapat tiupan angin kencang juga tidak sesuai untuk tanaman kelapa.
    Tanaman kelapa memerlukan sinaran matahari tidak kurang daripada 2,000 jam/tahun dan kelembapan relatif antara 80-90%.  Kebanyakan tanaman kelapa ditanam pada ketinggian kurang dari 100 meter daripada aras laut.  Tanaman kelapa yang ditanam pada ketinggian melebihi ketinggian 900 meter lambat membesar dan mengeluarkan buah yang kecil dan sedikit.
    Faktor Tanah
    Kelapa boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah.  Pada umumnya, tanaman kelapa memerlukan tanah yang rata, bersaliran baik, berprofil dalam, berstruktur lom berpasir dan subur. 
    Zon Tanaman Kelapa
    Di Semenanjung Malaysia, kebanyakan tanaman kelapa ditanam di kawasan pantai di atas tanah berlempung atau berpasir dan sedikit sahaja ditanam di kawasan pendalaman.  Di kawasan Pantai Barat, tumpuan tanaman kelapa ialah di Bagan Datuk, Perak;   Sabak Bernam, Selangor;   Batu Pahat, Muar dan Pontian, Johor.  Di Pantai Timur pula, tanaman kelapa tertumpu di Bachok, Kelantan;  Kuala Terengganu dan Besut, Terengganu.
    PEMILIHAN BUAH KELAPA DAN PENYEMAIAN
    Buah yang dipilih mestilah berwarna perang dan cukup matang, bersabut nipis, bebas daripada serangan perosak dan penyakit serta berkocak air di dalamnya.  Buah-buah ini perlu disimpan di tempat terlindung daripada cahaya matahari selama dua minggu untuk percambahan yang seragam.
    Buah-buah kelapa perlu dicambah terlebih dahulu sebelum disemai.  Untuk mempercepatkan percambahan, buah kelapa yang dipilih dipotong sedikit bahagian sabut atas (widest hump of the nut) sepanjang 5 cm garis pusat dan lebih kurang 1.0 cm dalam.  Biji benih disusun rapat secara mendatar pada jarak 30 cm dalam baris x 30 cm antara baris di dalam petak semaian dengan mendedahkan satu pertiga bahagian kelapa di atas permukaan pasir.  Penyiraman dilakukan 1-2 kali sehari bergantung kepada keadaan cuaca.  Jangka masa percambahan biji benih mengikut kultivar ialah:-
     
    Kelapa Tinggi Malaya
    Kelapa Rendah
    Kelapa MATAG
    Kelapa Pandan
    -
    -
    -
    -
    10 - 12 minggu
    4 - 7 minggu
    4 - 6 minggu
    4 - 7 minggu
    Biji benih yang normal dan cergas dipilih dan dicabut menggunakan cangkul.  Bahagian akarnya dipotong sepanjang 5 cm daripada pangkal sebelum diubah ke polibeg atau tapak semaian ladang.
    Semaian menggunakan polibeg
    Kaedah ini mempunyai kebaikan seperti kadar pertumbuhan yang lebih cergas dan serata dengan adanya pembajaan, akar tidak rosak semasa menanam di ladang, kerosakan semasa pengangkutan dari tempat semaian di ladang pokok dapat dikurangkan, kadar pertumbuhan akar yang baik dan cepat selepas ditanam dan tiada atau kurang masalah trasplanting shock.  Anak benih di dalam polibeg boleh disimpan selama 10 bulan selepas diubah.
    Campuran tanah yang disyorkan ialah 3 bahagian tanah atas dan 1 bahagian pasir.  Bagi setiap polibeg sejumlah 113 gm baja fostat dan 113 gm kapur digunakan.  Pemulihan dan penakaian anak benih di dalam polibeg yang tidak subur dibuat empat bulan selepas diubah dan diteruskan sehingga anak benih berumur 8 bulan.  Naungan 30% - 50% diberi kepada anak benih semasa proses pengerasan.  Anak benih sesuai ditanam di ladang apabila berumur 6-8 bulan.  Anak benih yang cergas dicabut dengan berhati-hati selepas menggemburkan tanah di pangkalnya.  Semasa mencabut anak benih elakkan daripada memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan kecederaan.  Jarak susunan polibeg yang disyorkan adalah seperti di bawah:-
    Saiz polibeg
    Jarak susunan
    Jangkamasa disimpan selepas diubah
    Jumlah polibeg sehektar
    45 cm x 45 cm
    45 cm x 45 cm
    60 cm x 60 cm x 60 cm
    80 cm x 80 cm x 80 cm
    6-7 bulan
    8-9 bulan
    20,000 pokok
    18,000 pokok

    Semaian di ladang
    Untuk tapak semaian di ladang, kawasan yang dipilih hendaklah mempunyai sistem saliran yang baik, tidak ditenggelami air dan berdekatan dengan sumber air.  Petak-petak selebar 1.2 m  - 1.5 m dengan ketinggian 0.2 m dan panjang mengikut kesesuaian tempat dibuat.  Jarak semaian anak benih yang disyorkan ialah 0.5 m x 0.5 m.  Anak benih yang berumur 6-8 bulan, normal dan cergas dicabut dengan berhati-hati selepas menggemburkan tanah di pangkalnya.  Semasa mencabut anak benih elakkan daripada memegang bahagian pucuk dan daunnya bagi mengelakkan kecederaan.  Aktiviti penakaian dijalankan sama seperti penyelasan penakaian anak benih semaian menggunakan polibeg.
    Pembersihan tanah
    Kawasan yang hendak dimajukan dengan kelapa perlulah kawasan terbuka dan bebas daripada pokok-pokok dan anak pokok kayu yang tidak dikehendaki.  Bagi kawasan bekas kelapa tua, sebaik-baiknya pembersihan kawasan dilakukan dengan menggunakan jentolak.  Jentolak ini akan menumbangkan, menghancur batang kelapa dan menyusunnya mengikut barisan tertentu.  Dengan cara ini proses pereputan dan aktiviti-aktiviti ladang seterusnya dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
    Menanam kekacang penutup bumi
    Setelah pembersihan kawasan selesai, penanaman tanaman kekacang penutup bumi perlu dijalankan.  Penanaman ini bertujuan untuk mengawal hakisan tanah, kehilangan nutrien melalui larut resap, menyuburkan tanah dengan penambahan nitrogen dalam tanah, mengekal kelembapan tanah, memperbaiki struktur tanah dan pengudaraan dalam tanah serta mencegah pertumbuhan rumpai.
    Campuran jenis kekacang yang sesuai ialah 3 bahagian Calapogonium mucunoides, 2 bahagian Pueraria phaseoloides dan 1 bahagianCeutrosema pubescens.  Tanaman kekacang ditanam di kawasan selebar dua meter diantara tiap baris anak benih kelapa.  Bagi tanah BRIS disyorkan menanam kekacang jenis Stylosauthes gracillis secara berbaris dengan jarak satu meter ataupun secara berpetak 1.0 meter x 1.0 meter.  Biji benih kekacang penutup bumi hendaklah yang bermutu tinggi dengan kadar percambahan melebihi 80%.  Rawatan dengan air panas bersuhu 75oc (campuran dua bahagian air yang mendidih dengan satu bahagian air sejuk) disyorkan untuk memecahkan kulit biji benih yang keras.  Rendamkan biji benih di dalam air panas suam selama 2 jam sebelum ditoskan.  Biji benih yang telah dirawat dengan rawatan air panas mesti ditanam pada keesokan harinya.
    Pembajaan bagi tanaman kekacang
    Umur Tanaman
    Jenis Baja
    Kuantiti Baja (Kg/Ha)
    Semasa menanam (sepanjang laur tanaman)
    3-4 minggu
    3 bulan
    8 bulan
    Baja debu fostat asli
    12:12:17:2 + TE
    Baja debu fostat asli
    Baja debu fostat asli
    125
    63
    250
    125
    Jarak tanaman mengikut sistem tiga segi sama
    Jenis Kelapa
    Jarak Tanaman
    Bilangan Pokok/Ha
    Kelapa Tinggi
    Kelapa MAWA
    Kelapa Rendah
    Kelapa Wangi
    9 m x 9 m
    8 m x 8 m
    6 m x 6 m
    6 m x 6 m
    124
    156
    278
    278
    Penanaman di ladang
    Saiz lubang tanaman berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m perlu disediakan.  Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah atas.  Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut.  Anak-anak kelapa ini hendaklah terlebih dahulu disiram sebelum ditanam.  Aktiviti menanam perlu dirancang supaya dapat bermula pada awal musim hujan.  Menanam anak kelapa dijalankan dengan meletak anak pokok ke dalam lubang tanaman dan ditegakkan.  Tanah dimasukkan ke dalam lubang dan dipadatkan dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa.  Elakkan daripada memijak akar pokok.
    Pemangkasan
    Aktiviti pemangkasan dijalankan secara minima dengan penumpuan kepada pembuangan pelepah-pelepah tua sahaja.

    KAWALAN PEROSAK SERANGGA
    Serangan yang teruk boleh menyebabkan pokok berbuah kecil, tidakk mengeluarkan buah atau boleh menyebabkan mati.  Perosak-perosak serangga yang penting bagi tanaman kelapa adalah seperti berikut:-
    • Kubang Tanduk (Orycetes rhinocerous)
      Warna hitam berstruktur sumbu di atas kepalanya.  Menyebabkan kerosakan dengan mengorek ke dalam pucuk dan memakan tisu-tisu lembut kelapa.  Apabila pelepak membesar, daun kelapa akan membentuk seakan-akan kipas.  Serangan yang teruk menyebabkan air bertakung di dalam lubang yang dikorek.  Pucuk akan rebut dan musnah.

      Tindakan:
      Semua batang kelapa yang tumbang / dipotong perlu dipotong kecil-kecil dan bakar (menghapuskan tempat pembiakan kumbang tanduk di ladang).  Bagi pokok yang masih kecil, letakkan 1-2 biji 'moth ball', 3-4 butiran racun carbofuran di pelepah muda bagi mengurangkan serangan kumbang tanduk.
       
    • Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus schach)Mempunyai kepak berwarna hitam, torek berwarna hitam dengan jalur-jalur merah.  Larva memakan pucuk sehingga boleh menyebabkan pokok mati.

      Tindakan:
      Suntik batang kelapa dengan racun monocrotphos / methamidosphos sebanyak 5-10 ml/pokok.  Bagi pokok yang masih kecil, letakkan 3-4 butiran carbofuran pada lubang di pucuk pokok bagi membunuh serangga ini.
       
    • Rama-rama Artona (Artona catoxantha)Berwarna merah perang dan hujung kepak berwarna kuning.  Larva memakan daun kelapa daripada bawah dan meninggalkan kesan makan yang berlajur-jalur di atas daun.  Daun yang teruk diserang akan kelihatan seperti terbakar.

      Tindakan:
      Jika serangan berlaku di musim kering, kawal secara suntikan batang dengan racun monocrotophos (azordin) atau metamidophos (tamaron) pada kadar 5-10 m/pokok (sebelum larva membentuk pupa).  Hujan lebat semasa serangan berlaku mengawal perosak ini menjatuhkan larva ke tanah.
       
    • Ulat Beluncas (Setora nitens)Berwarna perang dan bertelur di bawah daun kelapa.  Larva memakan daun daripada tepi ataupun tengah sehingga tembus dan meninggalkan bergerigi pada daun.

      Tindakan:
      Kawal secara suntikan batang racun monocrotophos atau metamidophos pada 5-10 ml/pokok.
       
    • Rama-rama Haidari (Hidari irava)
      Berwarna perang dengan empat titik kuning di tengah-tengah kepak.  Larva hidup di bawah lipatan daun kelapa dan memakan daun daripada atas ke bawah dengan tanda daun tingga lidi.

      Tindakan:
      Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.
       
    • Kumbang Plesispa (Plesispa reichei)Berbadan leper dan berwarna coklat tua. Larva berwarna kuning.  Dewasa dan larva memakan permukaan daun menyebabkan daun-daun sedikit bergulung.  Terdapat tompok-tompok bekas makan di atas daun.  Serangan pada anak benih boleh menyebabkan pokok terencat.

      Tindakan:
      Tiada kawalan kimia disyorkan bagi perosak ini.
       
    • Kumbang Tandok (Oryctes rhinoceros, L)Sila lihat ulasan mengenai kumbang tandok di sini (klik) !
       
    KAWALAN PENYAKIT
    • Bintik-bintik Daun:
      Jarangkan anak benih di tapak semaian.  Jika perlu, disyorkan semburan dengan racun kulat Captan pada kadar 0.2% bahan aktif.
       
    • Hawa Bebenang Putih
      Jaga kebersihan dan pengaliran air yang baik di tapak semaian.  Musnahkan anak benih yang teruk diserang.
       
    • Lagi Penyakit-penyakit Kelapa
      Sila klik di sini untuk maklumat seterusnya!

    KEMATANGAN BUAH
    Bagi semua jenis kelapa, buah matang dalam masa 14 bulan selepas seludang pecah.  Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.  Di ladang-ladang, kutipan hasil dibuat 45 hari sekali iaitu 8 kali setahun, kerana jika kutipan dibuat 60 hari sekali didapati banyak buah yang telah gugur.
    Kelapa jenis rendah mula berbuah 4 tahun dan kelapa jenis tinggi 6 tahun selepas menanam dan jika dijaga dengan sempurna akan berbuah sehingga berumur 60 tahun atau lebih.  Kelapa jenis MAWA pula mulai berbuah selepas 3 1/2 tahun.
    PENGENDALIAN PASCA TUAI
    Pengendalian di rumah pembungkusan:

    Buah kelapa dikutip dan dihimpun di ladang dan dihantar ke rumah pembungkusan untuk digredkan.  Buah kelapa digredkan kepada Gred A, AB, ABC, ABCD / LONG dan Kelapa Belah berdasarkan lilitan buah seperti berikut:-
     
    Gred
    Lilitan (cm)
    Harga (sen)
    A
    AB
    ABC
    ABCD /LONG
    Kelapa Belah
    Lebih 45 cm
    40-45 cm
    35-40 cm
    30-35 cm
     
    26
    24
    22
    16
    14
    Pembungkusan dan pengangkutan hasil
    Buah-buah kelapa tidak dirawat atau dibungkus selepas dikutip.  Buah-buah kelapa tua diangkut dengan lori.  Tandan kelapa muda juga diangkut dengan lori tanpa pembungkusan.

    Pusat Komoditi Teluk Bharu - Pengeluar Benih Kelapa Pandan di Perak
    Stesen Pembangunan Komoditi Teluk Bharu yang ditubuhkan pada tahun 1965 dengan keluasan 80 hektar mempunyai germplasma kelapa Matag, Mawa, Maren, Tagnanan, West African Tall, Renell, Rambai, Manis, Macapuno dan pelbagai asessi Malayan Tall.  Terdapat blok Kelapa Pandan seluas 15.25 ha. dengan bilangan 3,500 pokok yang digunakan untuk pengeluaran benih.  Stesen ini mengeluarkan benih Kelapa Pandan diantara 15,000 hingga 30,000 anak pokok setahun bagi menampung keperluan seluruh Malaysia khususnya projek kelapa Jabatan Pertanian.
    Anak benih berumur lebih 120 hari yang telah lulus peringkat penakaian sedia untuk edaran dan dijual dengan harga RM4.00 sepokok.   Untuk tempatan, sila hubungi