ADS

Rabu, 14 November 2012

Ingin Menanam Kunyit?




PENGENALAN

Kunyit (Cucuma domestica val. Adalah dari keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dipercayai telah lama di tanam di India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa sanskrit. India dan Indo-Malesia dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari expedisi Marco Polo. Pada lingkungan tahun 1280 ia menyebut bahawa Koncha (berjiranan Fokien, China) terdapat sejenis sayuran bercirikan betul-betul saffron (bahan pewarna dari stigma kuning Crocus sativus) tetapi bukan saffron yang sebenar.

Apa yang dimaksudkan oleh pelayar ini mungkin serbuk kunyit seperti saffron itu. Walaubagaimanapun, sekarang ini kunyit umumnya dijumpai diserata rantau tropika dan beberapa kawasan subtropika.

Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalan Sankrit ia dipanggil Harida; Arab, Kukum; Tamil, Manja; Inggeris, Tumeric; Cina, Kiang-hoang; Jawa, Kunyir. Daripada perkataan Arab kita dapat sebutan Latin Cucuma.


BOTANI

Kunyit merupakan tanaman herba saka tetapi ditanam sebagai tanaman tahunan. Tingginya boleh mencapai 1 meter berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai. Pelepah-pelepah daunnya menbentuk batang. Ubi utamanya dipanggil rizom, bulat panjang mempunyai tunas-tunas cabang berkembang membentuk anak-anak ubi sisi yang mempunyai gelang-gelang rapat.

Bahgian rizom dan ubi sisi inilah yang digunakan sebagai rempah-rempahan. Ubi sisi ini bercabang-cabang lagi sehingga keseluruhannya membentuk suatu rumpun. Bekas-bekas akar nampak jelas pada ubi-ubi sisi ini yang berwarna jingga kecoklatan dari luar. Pada bahagian dalamnya berwarna jingga terang atau agak kuning.

Rasa ubi ini agak pahit dan getir dengan bau yang khusus. Ia berbunga dihujung batang dan panjangnya 10-15 cm. Daun-daun pelindung bunganya berwarna putih atau putih bergaris-garis hijau dan merah jambu dihujungnya, manakala yang terletak di bahagian bawah hijau muda. Bunganya putih atau kuning pucat dan mekar atau kembang bersama-sama.

IKLIM DAN TANAH

Kunyit sesuai ditanam dikebanyakan tempat di Malaysia yang mempunyai iklim panas dan lembap dengan suhu 15- 35oC. Ia boleh ditanam di dataran rendah dari paras laut hinggalah pada paras 1220 meter atas paras laut.

Curahan hujan yang berterusan terutamanya di kawasan tadahan hujan adalah baik untuk penanaman kunyit. Hujan tahunan yang optima untuk kunyit adalah sekitar 100 hingga 200 cm. Hujan sederhana lebat diperlukan semasa menanam dan hujan lebat semasa peringkat awal vegetatif. Keadaan kering selama sebulan diperlukan sebelum penuaian dijalankan.

Keadaan tanah sesuai bagi tanaman kunyit, biasanya bersaliran sempurna dan subur yang terdapat pada tanah jenis lom. Tanah rendah yang boleh bertakung air tidak sesuai kerana ianya peka terhadap keadaan terendam. Ketahanan pH tanah bagi tumbuhan ini adalah antara 4.3 dan 7.4. Pada tanah yang terlalu kering ketika musim yang agak panjang, bantuan pengairan diperlukan.

VARIETI

Varieti tang khusus dari tempatan jarang ditemui melainkan dari India dimana pelbagai varieti dikeluarkan dan dibiakbaik untuk tanaman komersial. Varieti-varieti yang ditanam di India yang sama keperluan ekologi-fisiologinya dengan Malaysia adalah seperti jadual dibawah.

BAHAN TANAMAN

Cebisan rizom dari bahan yang terpilih berat 20kg tiap-tiap satu digunakan sebagai bahan tanaman pada kadar 2.0 tan/hektar. Rizom perlu cukup tua, sihat dan mempunyai 1-2 mata tunas. Untuk mendapatkan cebisan bahan tanaman yang sihat, dinasihati memperolehinya terus dari ladang tanaman yang telah mengeluarkan hasil.

Untuk memastikan cebisan rizom ini bebas dari penyakit, racun kulat digunakan. Bagi tujuan ini cebisan rizom direndam dalam larutan kulat selama 15-30 minit. Untuk mendapatkan pokok yang seragam pra-cambahan selalunya diamalkan. Ini memastikan tiada berlaku kegagalan pertumbuhan pada sesuatu lubang tanaman itu.

PENANAMAN

Kunyit ditanam dengan bermulanya musim hujan diatas batas berukuran 1-1.5 meter lebar dan tinggi 20 cm serta panjang yang bersesuaian. Ianya ditanam sedalam lebih kurang 6-8cm. Jarak tanaman yang disyorkan 45-60cm antara baris dan 25cm antara pokok. Setelah ditanam cebisan pra-cambah, ianya diberikan lindungan sementara, sehingga tanaman berumur kira-kira 3 bulan.

PEMBAJAAN

Baja organik (tahi ayam) pada kadar 4-5 tan/ha/musim digaulkan ke dalam tanah 3-5 hari sebelum menanam. Baja sebatian dengan kadar 60kg N, 30kg P, 90kg K per hektar di bubuh 3 kali sepanjang penanaman (Edison,et.,1990)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan