ADS

Rabu, 24 Disember 2014

Jarum Emas : Ubat tradisi Orang Melayu

Rumput Jarum Mas juga dikenali sebagai rempah padang kerana khasiat perubatannya. Ia biasa dijumpai dikawasan padang yang terbuka dan tumbuh dicelah-celah rumput. Ia muadah dikenali melalui bunganya yag berwarna kuning terang yang akan muncul dicelah-celah rumput.Ini menyebabkan ia dipanggil jarum mas.

Nama Tempatan: Jarum Mas Nama Saintifik: Striga Asiatica Nama Lain: Rempah padang, witchweed Famili: Scrophulariaceae Lokasi dijumpai: Dipadang-padang rumput. 
Jarum mas adalah sejenis rumput yang selalu akan tumbuh diantara rumput biasa dipadang-padang rumput dan ditepi-tepi lebuh raya. jenisnya dibezakan oleh warna bunganya yang selalunya berwarna kuning, merah dan ungu. Jenis berbunga kuning ialah jenis yang paling mudah dijumpai di Malaysia. 
Kegunaan:
Khasiatnya untuk perubatan telah diketahu turun temurun, menurut satu cerita jarum mas mula digunakan untuk mengembalikan kecergasan seleoas bersalin selepas melihat kucing yang baru melahirkan anak selalunya akan mencari dan mengunyah rumput ini. 

cara digunakan ialah satu atau dua batang rumput jarum mas yang dikeringkan direbus hingga mendidih dan diminum airnya dua kali sehari. pastikan tidak terlalu banyak tumbuhan ini dimasukkan kedalam rebusan kerana pengambilan berlebihan boleh menimbulkan kesan sampingan seperti mual dan loya.
Selain dari mengembalikan kesihatan rahim dan sistem reproduktif ia juga dapat mengubat penyakit keputihan dan menghilangkan sakit urat dan sengal badan dengan penyedianya yang sama.

Selasa, 23 Disember 2014

Tumbuh liar di tepi rumah namun sebenarnya berkhasiat tinggi?

Khasiat_Ketumpang_1
Pasti ada ketikanya, kita akan mencabut pokok ini untuk bersihkan kawasan rumah. Ini kerana ia tumbuh liar tanpa diminta tetapi ia dikatakan mempunyai pelbagai khasiat.
Pokok ini dikenali sebagai sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang. Ia juga ada dijual di kedai sinsei Cina dalam bentuk yang telah dikeringkan dengan harga RM10 untuk 100gram.
Dicatatkan penulisnya, amat mujarab untuk kayap. Pesan seorang hamba Allah, ambil pokok ketumpang dan ditumbuk serta disapu pada bahagian tempat yang terkena kayap tersebut. Alhamdulillah setelah kayap dua hari disapu, ia mulai kering dan selepas 5 hari,  lega kerana bahagian yang terkena kayap tinggal parut sahaja.
Khasiat_Ketumpang_2

Sebagai pengetahuan, pokok ini juga boleh dibuat sayur goreng kerana tidak pahit dan rasanya sedap. Air rebusannya juga boleh diminum.
Khasiat lain pokok tersebut.
Merawat Gout
Penawar sakit sendi dan perut
Jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
Cirit-birit
Batuk
Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
Buasir
Selsema
Jangkitan pada pundi kencing
Kayap
Darah tinggi
Kencing manis
Khasiat_Sireh_Air

Sebenarnya pokok yang kita anggap penyemak kawasan rumah ini berkhasiat dalam bidang perubatan. Sambil-sambil mencabut rumput, boleh asingkan pokok ini untuk dibuat sayur.

Selasa, 9 Disember 2014

Tumbuhan herba 'Purwaceng' menguatkan kelamin lelaki

Tanaman Purwoceng.jpg

Purwaceng ( Pimpinella pruatjan ) tumbuhan herba dari genus Apiaceae . Terkenal kerana khasiatnya yang dapat meningkatkan stamina bagi si peminum. Biasanya diproses dalam bentuk serbuk Purwaceng, kopi Purwaceng dan susu Purwaceng.
Meski agak sukar mencarinya, namun tak sedikit orang rela bersusah payah mendapatkan Purwaceng. Tanaman yang dikenali dengan viagra tradisional ini memang tersohor kerana khasiatnya yang bikin stamina lebih greng.
Purwaceng adalah tanaman legenda yang dijadikan ubat kuat oleh para raja atau kalangan istana di daerah Jawa. Di Indonesia tumbuhan atau tanaman ubat yang mempunyai khasiat penambah stamina (aprosidiak) umumnya digunakan atas dasar mitos, kepercayaan dan pengalaman. Namun khasiat tanaman Purwaceng ini bukan sekadar mitos belaka kerana kajian sudah membuktikannya.
Purwaceng banyak ditemui di pergunungan seperti di dataran tinggi Dieng, Jawa Tengah. Nama latin Purwaceng adalah Pimpinella pruatjan (alpina). Pertama kali ditemui di Alps, Switzerland dengan ketinggian 2000-3000 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini dikenali juga dengan nama lain Suripandak abang (pergunungan lyang, Jawa Timur) dan gebangan Depok (Gunung Tengger).
Penampakan fizikal Purwaceng adalah semak kecil menjalar di atas permukaan tanah seperti tumbuhan pegagan dan semanggi gunung. Daunnya kecil-kecil berwarna hijau kemerahan dengan garis pusat 1-3 cm.

Manfaat 

Dari pelbagai kajian yang dilakukan beberapa perguruan tinggi dalam negeri diketahui bahawa ada kesan nyata antara tanaman Purwaceng terhadap peningkatan kemampuan seksual. Oleh kerana itu, Purwaceng sering disebut sebagai Viagra tradisional atau Viagra Indonesia.
Seperti dikutip dari hasil kajian penyelidik Institut Pertanian Bogor (IPB) tahun 2007, seluruh bahagian tanaman Purwaceng boleh digunakan sebagai ubat tradisional, namun bahagian yang paling berkhasiat adalah akarnya.
Badan Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan juga membenarkan bahawa akarnya mempunyai sifat diuretika dan digunakan sebagai aprosidiak, iaitu khasiat ubat yang boleh meningkatkan atau menambah stamina.
Umumnya tumbuhan atau tanaman yang berkhasiat sebagai aprosidiak mengandungi kompaun-kompaun turunan saponin, alkaloid, tanin, dan sebatian-sebatian lain yang berkhasiat sebagai penguat tubuh serta melancarkan peredaran darah.
Bahan aktif Purwaceng paling banyak terdapat pada bahagian akarnya yang menyerupai lobak dan berwarna putih, panjangnya sekitar 10 cm. Akar Purwaceng mengandung turunan senyawa kumarin yang sering digunakan dalam industri ubat moden, tetapi bukan untuk aprodisiak melainkan untuk anti bakteria, anti fungi dan anti kanser.
Namun sebuah kajian yang dipetik dari buku Mitos Mengenai Masalah Seksual dan Kesihatan Reproduktif, Sabtu (23/1/2010) menyebutkan, Purwaceng dapat meningkatkan ghairah seks, meningkatkan hormon testosteron dan meningkatkan jumlah spermatozoid, merupakan ubat kuat herba.
Untuk mendapatkan khasiat secara nyata, Purwaceng harus diminum teratur selama 7-15 hari. Selain itu tanaman ini juga berkhasiat menghangatkan tubuh, saraf dan otot, menghilangkan masuk angin dan pegal linu, melancarkan buang air kecil, ubat analgetika (menghilangkan rasa sakit), menurunkan panas, ubat cacing, antibakteria serta anti kanser. Purwaceng yang asli mempunyai rasa khas, iaitu pedas, yang dihasilkan oleh akar dan bijinya.
Purwaceng sebenarnya tergolong tanaman jarang, namun kini boleh diselamatkan dengan budi daya menggunakan kaedah kultur in vitro.

Khasiat Air Rebusan "Kucing Galak"

Acalypha indica.JPG

Kucing Galak (Acalypha Indica) merupakan satu lagi tanaman herba yang berkhasiat. Malah akarnya dikatakan boleh dihidu oleh kucing walaupun dari jauh. Ini kerana ia ibarat ubat kuat kepada kucing. Mungkin senario tersebut secara tak langsung menyebabkan tumbuhan herba ini dinamakan sebegitu.


Tapi apa pula khasiatnya kepada manusia?


Menurut Dr. Mohd Said Saad(Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.


Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulutkuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan.

Ohh... kalau begitu, bagaimana pula kaedah untuk saya mendapatkan khasiatnya?

Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;

1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).


2. Bersihkannya terlebih dulu.


3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.


4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.


Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:


Ulser Mulut


Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.


Amalkan sehingga anda sembuh.


Penyakit Kulit


Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.


Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat


Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya. 

RAMUAN UNTUK KUATKAN TENAGA BATIN LELAKI

Tak perlu "Viagra" atau mana-mana pil yang terdapat dipasaran. Boleh cuba cara tradisional lagi selamat yang diamalkan oleh orang-orang tua dahulu walaupun berumur 70 tahun tetapi tenaga batin mereka setanding dengan anak muda yang usia 25 tahun. Apa rahsia mereka ini??
Anda boleh mencuba ramuan tradisional di bawah. Ramuan ini dikatakan mampu menguatkan dan mengembalikan tenaga batin lelaki. Apabila tenaga batin sudah kuat, manfaat pada jalan yang betul dan jangan salahguna kelebihan yang anda perolehi. 

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 ulas halia yang saiznya sebesar ibu jari
  • 17 biji lada hitam
  • 17 biji lada putih
  • 1 sudu teh minyak sapi tulen
  • 1 biji kuning telur ayam kampung
Cara melaksanakannya:
  • Tumbuk kesemua lada hitam dan lada putih sampai lumat.
  • Halia pula diparut dan diperah untuk mendapatkan airnya.
  • Kemudian, campurkan kesemua bahan-bahan di atas termasuklah minyak sapi dan kuning telur ke dalam satu bekas.
  • Kacau hingga semuanya sebati.
  • Akhir sekali, minumlah ramuan di atas kira-kira 1 jam sebelum berjimak dengan isteri. Jangan lupa tinggalkan ia sedikit untuk disapu pada batang z@&%r.
Mudah-mudahan petua ini berguna buat anda yang baru bergelar suami ataupun yang dah lama menempuh alam perkahwinan.

Petua kedua

Bahan-bahan yang anda perlukan adalah:

3 batang kayu manis yang berukuran sekitar 2 inci
1 biji kuning telur ayam kampung

Cara mengamalkannya:
  • Tumbuk lumat kesemua kayu manis tadi sehingga ia berubah bentuk menjadi serbuk.
  • Kemudian, campurkannya dengan kuning telur ayam kampung tadi dalam gelas.
  • Kacaukan ia hingga sebati dan minum.
Amalkan meminum ramuan ini dua kali sehari. Iaitu sekali pada waktu pagi dan petang. Sebagai tambahan, anda boleh meminumnya kira-kira 1 jam sebelum bersama isteri. InsyaAllah anda akan merasakan perubahannya dengan mampu bertahan lebih lama.

Tanaman Selaseh


Nama Botani: Ocimum basilicum Linn.

Nama lain: Sweet Basil, French Basil(Inggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic),Bai horapa (Thai)

Famili: Lamiaceae

Pengenalan: 

Selasih merupakan satu darpadai spesies tumbahan yang secara umumnya di kenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. Ia telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak pati. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan.


Kini tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemispera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam dikawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri.Selasih ialah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30–90 cm. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur (‘ovate’). 

Di negara ini pada kebiasaannya pembungaan bagi tanaman dari biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang. Bunganya terdapat dibahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma.

Khasiat dan Kegunaan: 

Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan. Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Di Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan. Di samping itu ia dianggap sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal dan juga dijual sebagai bunga segar dan produk kering.


 Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga digunakan dalam industri minyak wangi, farmasiutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaatkan bauan dan perisa yang asli. 

Pelbagai Khasiat Pokok Katak Puru


Nama Tempatan:  Katak puru
Nama Saintifik:  Cynometra Cauliflora
Nama Lain:       Nam Nam, amphawa, nang-ai, hima,namu-namu, kopi anjing
Famili:         Ceasalpinioideae/Leguminosae
Asal: dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan India


Pokok kecil Katak puru atau nam nam merupakan antara tumbuhan yang dijadikan hiasan laman dikampung-kampung di pantai timur dan kawasan utara di Malaysia. Ia memerlukan kawasan yang bersaliran baik dengan sinaran matahari yang cukup untuk tumbuh subur. Beberapa bahagian tanaman nam nam atau kopi anjing (Cynometra cauliflora) ini ternyata mempunyai manfaat sebagai ubat herbal.

Pokok Nam-nam atau nama saintifiknye Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan yang berbuah di pangkal pokok dan mempunyai  ketinggian kira-kira d iantara 2 hingga 6 meter. Batang pokok nam nam tegak, bulat, berwarna kelabu-coklat dan berbonggol-bonggol. Nam nam diketahui ditanam di seluruh Malaysia, seluruh Indonesia, Asia Tenggara dan India. Di sebelah pantai timur Malaysia seperti di Kelantan, memanggil buahnya sebagai buah katak puru kerana bentuk dan keadaan permukaan kulit buahnya yang berkerutu seakan katak puru. Manakala di sebelah pantai barat Malaysia pula kebanyakan memanggilnya nam nam.

Bunganya yang berwarna merah jambu pucat atau putih keluar dari pangkal pokok bersaiz kecil dan dalam bentuk gugusan. Buahnya pula mempunyai isi yang tebal, berukuran di antara 3-9 sm panjang dan 2-6 sm ketebalan itu rasa masam serta kelat ketika muda dan akan berubah warna menjadi coklat atau kekuningan serta berasa masam manis apabila ianya masak. Manakala terdapat sebutir biji berbentuk pipih di dalamnya. Buah nam nam ini dikatakan kaya dengan vitamin C juga boleh dijadikan jus.

Daun majmuk yang berpasangan, bertangkai 2-8 mm. Anak daun berbentuk lonjong atau bujur telur serta belahan daun yang tidak seimbang. Daun yang matang berwarna hijau tua berkilat manakala daun muda pula berwarna merah jambu terang atau putih.

Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam kumpulan nadir kerana ianya semakin sukar untuk dijumpai.

Dalam beberapa bahasa daerah dikenal juga sebagai namu-namu (Manado dan Maluku), namo-namo (Ternate), namet (Halmahera), namute, lamute, lamuta, klamute (Maluku bagian tengah), arepa (Bugis), dan puti anjeng (Makasar). Di Sunda buah namnam dikenal sebagai pukih. Juga sebagai kopi anjing, namnam (Sunda, Jawa, dan Madura), puci anggi (Bima), kuwanjo (Bali), aloma (Seram), dan kfamute (Buru).

Kegunaan
Buah – Boleh dimakan segar atau mentah, dicicah dengan garam atau dijadikan bahan rojak, jeruk atau manisan (halwa). Boleh juga digunakan sebagai campuran sambal.

Daun muda :- Rebusan daun muda nam nam sebanyak 5, 7 atau 9 helai ini berkhasiat
untuk :

– meringankan gejala cirit-birit atau ‘diare’ .
– melancarkan air mani
– mengubati penyakit kencing batu.
– penawar darah tinggi dan kencing manis
– kuruskan badan.


air herba dari rebusan daun ini warnanya seperti air teh, tidak pekat dan rasanya seperti air masak biasa.