ADS

Sabtu, 17 November 2012

Menanam Sayur Bendi




PENGENALAN

Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah di tanam dan kurang diserang penyakit dan perosak.

Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh
dipelbagaigunakan seperti buahnya boleh dibuat ulam dan dimasak dengan pelbagai cara; kari, salad dan
digoreng.

Buahnya juga boleh diproses iaitu ditinkan, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula
digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.

PENANAMAN

Bendi boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik.

PENYEDIAAN TANAH

Bajak dan gembur tanah sedalam 15 cm hingga 22 cm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.

CARA-CARA MENANAM

Tanam biji benih sedalam 2.5 cm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 cm antara pokok. Selepas 2 minggu cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gram biji benih diperlukan untuk satu batas berukuran 1.2m lebar dan 30 m panjang.

MEMBAJA

Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar tanah, 1 tan baja diperlukan.

MENYIRAM

Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan
pembentukan buah.



MERUMPUT

Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

SUNGKUPAN

Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering ataupun kepingan plastik bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan tanah.

MEMANGKAS

Setelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu di pangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru di biarkan menbesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.

KAWALAN MUSUH DAN PENYAKIT

Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon.

Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada adaun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hatam dan berjelaga. Penyakit ini boleh di kawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.


PENUAIAN

Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 cm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mut buah.

Penuaian mula dilakukan ketika:

a. 50 hingga 55 hari selepas menanam
b. 5 hingga 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan
c. Buah berukuran 10 hingga 12 cm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang
    dipatahkan dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan.

 Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil di anggarkan 10 tan hingga 15 tan sehektar.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan ditempat teduh dan dimasukkan kedalam bakul ( plastik atau buluh) yang telah di alas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh di simpan selama 2 hingga 3 hari tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu di percikkan supaya pengudaraan menjadi lembap.

Buah-buah yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 hari hingga 8 hari dalam keadaan suhu 24oC hingga 26oC dan kelembapan bandingan 70 hingga 75 peratus.

Rabu, 14 November 2012

Ingin Menanam Kunyit?




PENGENALAN

Kunyit (Cucuma domestica val. Adalah dari keluarga Zingiberaceae. Tumbuhan ini dipercayai telah lama di tanam di India sejak zaman silam lagi dengan nama kunyit ini wujud dalam bahasa sanskrit. India dan Indo-Malesia dianggap dari Cochin-China dengan terdapat rekod dari expedisi Marco Polo. Pada lingkungan tahun 1280 ia menyebut bahawa Koncha (berjiranan Fokien, China) terdapat sejenis sayuran bercirikan betul-betul saffron (bahan pewarna dari stigma kuning Crocus sativus) tetapi bukan saffron yang sebenar.

Apa yang dimaksudkan oleh pelayar ini mungkin serbuk kunyit seperti saffron itu. Walaubagaimanapun, sekarang ini kunyit umumnya dijumpai diserata rantau tropika dan beberapa kawasan subtropika.

Nama kunyit boleh didapati dalam berbagai bahasa di Asia. Dalan Sankrit ia dipanggil Harida; Arab, Kukum; Tamil, Manja; Inggeris, Tumeric; Cina, Kiang-hoang; Jawa, Kunyir. Daripada perkataan Arab kita dapat sebutan Latin Cucuma.


BOTANI

Kunyit merupakan tanaman herba saka tetapi ditanam sebagai tanaman tahunan. Tingginya boleh mencapai 1 meter berbatang pendek dan daun-daunnya berjumbai. Pelepah-pelepah daunnya menbentuk batang. Ubi utamanya dipanggil rizom, bulat panjang mempunyai tunas-tunas cabang berkembang membentuk anak-anak ubi sisi yang mempunyai gelang-gelang rapat.

Bahgian rizom dan ubi sisi inilah yang digunakan sebagai rempah-rempahan. Ubi sisi ini bercabang-cabang lagi sehingga keseluruhannya membentuk suatu rumpun. Bekas-bekas akar nampak jelas pada ubi-ubi sisi ini yang berwarna jingga kecoklatan dari luar. Pada bahagian dalamnya berwarna jingga terang atau agak kuning.

Rasa ubi ini agak pahit dan getir dengan bau yang khusus. Ia berbunga dihujung batang dan panjangnya 10-15 cm. Daun-daun pelindung bunganya berwarna putih atau putih bergaris-garis hijau dan merah jambu dihujungnya, manakala yang terletak di bahagian bawah hijau muda. Bunganya putih atau kuning pucat dan mekar atau kembang bersama-sama.

IKLIM DAN TANAH

Kunyit sesuai ditanam dikebanyakan tempat di Malaysia yang mempunyai iklim panas dan lembap dengan suhu 15- 35oC. Ia boleh ditanam di dataran rendah dari paras laut hinggalah pada paras 1220 meter atas paras laut.

Curahan hujan yang berterusan terutamanya di kawasan tadahan hujan adalah baik untuk penanaman kunyit. Hujan tahunan yang optima untuk kunyit adalah sekitar 100 hingga 200 cm. Hujan sederhana lebat diperlukan semasa menanam dan hujan lebat semasa peringkat awal vegetatif. Keadaan kering selama sebulan diperlukan sebelum penuaian dijalankan.

Keadaan tanah sesuai bagi tanaman kunyit, biasanya bersaliran sempurna dan subur yang terdapat pada tanah jenis lom. Tanah rendah yang boleh bertakung air tidak sesuai kerana ianya peka terhadap keadaan terendam. Ketahanan pH tanah bagi tumbuhan ini adalah antara 4.3 dan 7.4. Pada tanah yang terlalu kering ketika musim yang agak panjang, bantuan pengairan diperlukan.

VARIETI

Varieti tang khusus dari tempatan jarang ditemui melainkan dari India dimana pelbagai varieti dikeluarkan dan dibiakbaik untuk tanaman komersial. Varieti-varieti yang ditanam di India yang sama keperluan ekologi-fisiologinya dengan Malaysia adalah seperti jadual dibawah.

BAHAN TANAMAN

Cebisan rizom dari bahan yang terpilih berat 20kg tiap-tiap satu digunakan sebagai bahan tanaman pada kadar 2.0 tan/hektar. Rizom perlu cukup tua, sihat dan mempunyai 1-2 mata tunas. Untuk mendapatkan cebisan bahan tanaman yang sihat, dinasihati memperolehinya terus dari ladang tanaman yang telah mengeluarkan hasil.

Untuk memastikan cebisan rizom ini bebas dari penyakit, racun kulat digunakan. Bagi tujuan ini cebisan rizom direndam dalam larutan kulat selama 15-30 minit. Untuk mendapatkan pokok yang seragam pra-cambahan selalunya diamalkan. Ini memastikan tiada berlaku kegagalan pertumbuhan pada sesuatu lubang tanaman itu.

PENANAMAN

Kunyit ditanam dengan bermulanya musim hujan diatas batas berukuran 1-1.5 meter lebar dan tinggi 20 cm serta panjang yang bersesuaian. Ianya ditanam sedalam lebih kurang 6-8cm. Jarak tanaman yang disyorkan 45-60cm antara baris dan 25cm antara pokok. Setelah ditanam cebisan pra-cambah, ianya diberikan lindungan sementara, sehingga tanaman berumur kira-kira 3 bulan.

PEMBAJAAN

Baja organik (tahi ayam) pada kadar 4-5 tan/ha/musim digaulkan ke dalam tanah 3-5 hari sebelum menanam. Baja sebatian dengan kadar 60kg N, 30kg P, 90kg K per hektar di bubuh 3 kali sepanjang penanaman (Edison,et.,1990)

Ahad, 11 November 2012

Ternakan Ikan Hiasan






Pendahuluan

Industri ikan hiasan  menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. 

Ikan hiasan merupakan antara satu industri yang sangat berpotensi tinggi untuk dimajukan.  Malahan masyarakat Malaysia merupakan antara penggemar ikan hiasan. 

Ketika ini ,  Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak  dan Johor. 

Jenis Ikan Hiasan

Malaysia sangat berpotensi menjadi hub kepada ikan hiasan. Mempunyai hampir 250 spesies ikan air tawar.  1/3 daripadanya sangat berpotensi sebagai ikan hiasan.   Spesies yang popular sudah tentunya spesies eksotik.  

Antaranya Kelah yang sangat terkenal kerana kelicikan untuk dipancing dan dikenali sebagai raja sungai. Namun begitu spesies ikan air tawar tempatan sukar untuk dibiakkan. Namun berpotensi dimajukan. Antaranya:


Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai  sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria.  Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.  Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.







Dari keluarga Cyprinidae  seperti  Barb, Seluang ( Rasbora ) dan Kap seperti Kelah dan Tengas.




Ikan kelah merupakan spesies ikan eksotik terkenal di Malaysia, mempunyai isi yang lembut dan sedap,sukar untuk dipancing serta hidup di habitat air yang bersih tanpa pencemaran. Sekarang menjadi ikan hiasan popular.  Mempunyai 19 spesies diseluruh dunia dan hanya 3 spesies di Malaysia.

Dari keluarga Anabantidae. Antara ikan yang popular sebagai ikan hiasan dari keluarga ini ialah Ikan Pelaga, Sepat dan Kaloi.





Ikan Pelaga, murah dan popular sebagai ikan hiasan, teringat zaman kanak-kanak dulu bawa bekas sauk dan balang ,cari ikan laga dan belut.

Dari keluarga Poecilliidae. Antara yang paling popular dari spesies ini termasuklah Ikan Guppy.Platy Molly dan SwordTail


Ikan Guppy merupakan antara ikan hiasan yang popular, dengan saiznya yang kecil tetapi mempunyai ekor yang kembang dengan pelbagai warna dan corak, gambar atas ialah molly guppy dan gambar di bwah ialah tuxedo guppy



SwordTail antara ikan hiasan paling banyak di kedai akuarium negara, harganya murah dan senang untuk dibela.

Dari keluarga Cyprinidae seperti Ikan Emas Dan Ikan Koi, antara spesies yang sangat popular di Malaysia dan di seluruh dunia



Ikan Emas,masih mendahului senarai ikan hiasan di seluruh dunia, sangat popular kerana warna keemasannya, namun sekarang sudah terdapat ikan emas hitam





Dari keluarga Characidae ( Tetra ),antaranya ialah ikan Black Widow( macam labah-labah pulak ye), Black Neon, Serpae Kebanyakan ikan dari keluarga ini berasal dari Amerika,  namun dengan pantas membiak di Malaysia.

Black widow, ikan Tetra yang mampu membiak di dalam akuarium dengan mudah. Dari keluarga Cichlidae, antara Ikan popular ialah Ikan Angel,Discus dan Oscar




Ikan Angel,biasa lihat di kedai ikan, tetapi belum pernah cuba membelanya.Antara ikan yang cantik dibela di akuarium.Antara sifat terbaik ikan ini ialah sangat sayang akan anak-anaknya dan dikenali sebagai ikan 'parental care'

Discus ikan hiasan yang paling rumit jagaannya,namun jika anda ingin buka kedai ikan hiasan, ikan ini mesti ada,kerana harganya mahal,tetapi tinggi permintaannya.


Berasal dari Eropah,namun sudah banyak dibiakkan di Asia,memerlukan kualiti air serta makanan yang baik jika anda ingin membelanya.




Oscar memang laris dipasaran. Dari keluarga Osteoglossidae. Antara yang paling popular dan dikatakan antara ikan hiasan paling mahal di dalam kelasnya, iaitu Arowana atau Ikan Kelisa.namun ikan ini semakin pupus dari sungai di Malaysia. Biasanya berwarna Meraha, Eams dan Hijau. Memerlukan modal yang tinggi untuk membelanya kerana harganya yang sangat mahal bergantung kepada saiz, umur dan warna.Walaupun bermuka ganas,ikan ini semakin berkurangan kerana tangkapan yang beleluasa.




Ikan Hiasan dalam Akuarium Jenis Balang Kaca

Persenyawaan
  • Induk jantan jenis ‘polygamous’ iaitu mengawan dengan beberapa ekor  ikan betina.
  • Ikan jantan akan mengejar ikan betina dan memusingkan kedudukan badannya agar hujung ganopodium masuk ke dalam alat kelamin ikan betina,ketika ini sperma akan dimasukkan dan mempersenyawakan telur yang berada di rongga obarian (obarian cavity) dimana telur ini akan menetas.
  • Anak bergantung hidup pada `yolk sac´ sehingga masa kelahirannya.
  • Telur tersebut mengambil masa 30-40 hari sebelum di lahirkan.
  • Apabila dilahirkan anak-anak ikan ini sudah boleh berenang bebas dan memakan bahan makanan di dalam air.

Proses Pembiakan
  • Induk diletakkan didalam tangki dan diasing menggunakan bakul, tudung saji atau jaring.
  • Letakkan media seperti keladi bunting atau kiambang, untuk memberi perlindungan bagi anak yang baru lahir.
  • Tambahkan garam pada medium untuk merangsang pembiakan.






Panduan Menanam Halia






PENGENALAN

Halia atau nama botani Zingiber officinale Rsc. Ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan di tanah-tanah
mineral dan gambut.

JENIS-JENIS HALIA

  • Halia Bentong –Mempunyai rizom yang besar dan berisi bendalir (berlendir dan berair)
  • Halia Taiwan – Mempunyai jari-jari rizom yang besar penuh berisi, berlendir dan sederhana pedas.
  • Halia Indonesia – Mempunyai rizom yang panjang dan berwarna kuning muda.

PENANAMAN

Halia sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah (termasuk tanah gambut) yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi agar tidak menyekat pertumbuhan rizom. Halia hidup subur pada pH 5.5 hingga 6.5. Walaubagaimanapun ianya boleh juga di tanam di tanah gambut yang pHnya 3.8.

Halia memerlukan taburan hujan sebanyak 200 hingga 260 cm setahun dan ia juga perlu sedikit naungan.

PERSEDIAAN BAHAN TANAMAN

Halia di tanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih sembilan bulan. Rizom yang berpenyakit hendaklah dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.
Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas-tunas.

Kemudian rizom di kerat 5 cm panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.
Anggaran 25-33 keratan boleh didapati dari 1 kg rizom.Keperluan bahan tanaman di anggarkan 1,500-2,000 kg rizom segar sehektar.

Rizom-rizom direndam selama lima minit dalam larutan Bordeaux (4:5:50). Selepas itu keringkan semalaman sebelum menanam.

Tujuan merendam dalam larutan tersebut ialah untuk mengurangkan penyakit layu.

PENYEDIAAN TANAH

Bajak dan gembur tanah sebelum menanam. Buatkan batas 30 cm tinggi dan 61 cm antara batas.

MENANAM DI LADANG

Sebaik-baiknya halia ditanam dalam bulan Februari dan Mac iaitu musim permulaan hujan. Ini membantu
percambahan rizom-rizom. Musim kemarau berikutnya pula mengurangkan berlakunya penyakit layu.
Petani-petani biasanya mengamalkan jarak tanaman 25-30 cm empat persegi di Bukit Tinggi dan 20 cm x 30 cm dua baris di Tanjung Sepat. Walaubagaimanapun jarak tanaman yang di syorkan ialan 60 cm dalam barisan. Jarak sebegini menggalakkan pembesaran rizom yang lebih subur dan memberi sejumlah 53,790 pokok sehektar.

Atur keratan-keratan rizom di atas batas. Gali lubang sedalam 15 cm dan letakkan rizom dengan ‘mata’ tunas menghala keatas. Kambus dan padatkan tanah. Beri naugan kepada pucuk-pucuk baru yang muncul dalam masa 2-4 minggu selepas menanam.

PEMBAJAAN

Tanah gambut – gunakan baja campuran yang mengandungi 73 kg N, 44 kg P2O5 dan 236 kg K2O sehektar.

Untuk tanah bukan organan di syor menggunakan baja campuran yang mengandungi 56 kg N, 67 kg P2O5, dan 112 kg K2O sehektar.

Baja di tabur secara selerak seminggu sebelum menanam dan dua bulan selepas menanam di tabur di keliling perdu.

MERUMPUT

Sekurang-kurangnya 1-3 pusingan merumput dibuat semasa membaiki batas-batas.

PENUAIAN

Halia dituai sebagai halia muda bila berumur 4 ½ - 5 bulan dan halia tua bila berumur 9 bulan selepas menanam.


Kelewatan menuai akan meninggikan kandungan serabut.

Khamis, 8 November 2012

Ternakan Ikan Koi





PENGENALAN

Ikan Koi termasuk dalam golongan ikan carp (karper). Harga ikan Koi sebenarnya ditentukan berdasarkan bentuk badan dan kualiti paparan warna.

Ikan koi mula popular semasa pada zaman dinasti Chin tahun 265 dan 316 Masihi. Ini kerana ikan Koi mempunyai keunikkannya yang tersendiri terutama  pada keindahan warna dan tingkah la kunya yang memikat peminat-peminat ikan koi seperti yang kita ketahui hingga sekarang.

Di Jepun pada 200 tahun yang lalu di pergunungan Niigata telah didayamajukan oleh para petani Yamakoshi.

Popularitinya  yang dilakukan bertahun-tahun menghasilkan garis keturunan yang menjadi standard kadar koi.

Pengembangan pesat ikan koi telah menimbulkan  beberapa jenis golongan identiti dan kini telah tersebar ke seluruh dunia.

Koi datang dalam pelbagai warna dan corak yang berbeza, warna yang lebih biasa adalah putih, hitam, merah, kuning, biru, dan krim.





JENIS

Persatuan Ikan Koi Jepun telah menggolongkan kepada 13 jenis yang lain, antaranya Bekko, Utsurinomo, Asagi-Shusui, Goromo, Kawarimono, Ogon dan Hikari-moyomono. Sedangkan 5 golongan utama iaitu Kohaku, Sanke, Showa, Hirarinuji dan Kawarigoi.

Taksonomi koi adalah sebagai berikut:

·         Philum: Chordata
·         Kelas: Actinopterygii
·         Ordo: Cyprinoformes
·         Famili: Cyprinidae
·         Genus: Cyprinus
·         Spesies: Carpio

NILAI

Nilai Ikan koi bergantung dari ukuran, bentuk dan keseimbangan pola dan intensiti warna kulit. Koi terbaik adalah yang mempunyai intensiti, keseimbangan dan kejernihan warna terbaik.

Jika hendak membeli koi kecil sebaiknya dipilih yang mempunyai kepala yang besar. Biasanya akan tumbuh menjadi ikan dengan tubuh yang besar. Bentuk yang paling baik adalah seperti "torpedo".

SPEKSIFIKASI TERNAKAN

Untuk menternak Ikan Koi hendaklah berpandukan beberapa kriteria:

·         Ikan koi secara semulajadi hidup di air deras  dan memerlukan air jernih yang mempunyai kadar oksigen tinggi.

·         Pemeliharaan ikan koi yang terbaik adalah didalam kolam sehingga mudah mendapatkan makanan yang semulajadi dan sinar matahari yang mencukupi untuk merangsang pewarnaan tubuh.

·         Kolam yang sebahagiannya  dibawah sinar matahari. Jika mendapat sinar matahari yang terlalu banyak juga akan  menyebabkan suhu air kolam meningkat dan air kolam menjadi keruh akibat blooming fitoplankton. Penternak perlu mengadakan pilihan kelas kolam yang dikehendaki oleh ikan koi.

·         Ikan Koi yang bersaiz kecil boleh juga diletakkan di akuarium, walaubagaimanapun ini tidak boleh menjadi habitat kekal.

·         Diunjurkan koi dipelihara dalam sesuatu kelompok, dengan demikian ikan koi akan belajar untuk tidak mengganggu ikan yang bersaiz sama, tetapi memakan ikan yang lebih kecil. Koi suka menggali dasar kolam sehingga menyebabkan akar tanaman rosak.





KUALITI AIR

Air merupakan media untuk kehidupan ikan koi dan perlu diberi perhatian mengenai kualiti air untuk menyokong perkembangan koi secara optimum, panduan berikut hendaklah dititikberatkan:

·         Suhu air berkisar 24-26oC

·         PH 7,2-7,4 (Biasa)

·         Oksigen sekurang-kurangnya 3-5 ppm,

·         CO2 max 10 ppm,

·         Nitrit max 0,2.

Air yang digunakan harus bebas klorin atau sudah ditapis dan hendaklah diendapkan 24 jam.

Air yang digunakan untuk pemijahan dan penetasan telur sebaiknya mempunyai kandungan oksigen dan suhu yang stabil.

Untuk menjamin kewujudan oksigen dapat digunakan hendaklah menggunakan alat pengudaraan. Sedangkan suhu pada tab pemijahan diusahakan sama dengan suhu air kolam dengan tahap perbezaan (naik turun) kurang dari 5oC.

PEMAKANAN

Ikan Koi dalah sejenis spesis bottom feeder (pemakan di dasar) dan omnivora (pemakan segala). Meskiun demikian ia biasa makan apa saja yang boleh dimakan, seperti pucuk daun atau memburu cacing di dasar sungai atau kolam.

Pemakanan dari bentuk butiran pellet untuk pembesaran koi boleh diberikan. Dimana pellet diproses menggunakan sumber protein utama dari formulasi kombinasi antara bahan-bahan seperti dari tepung soya, tepung jagung, tepung gandum, tepung daun  dan lain-lain sumber dari bahan haiwan seperti; tepung ikan, tepung kepala udang, tepung cumi, kekerangan dan sebagainya serta multivitamin dan mineral seperti Ca , Mg, Zn, Fe, Co sebagai pelengkap makanan.

Pemakanan yang  berunsurkan paparan warna sebagai daya tarik ikan koi sendiri adalah digalakkan, yangmana banyak usaha telah dilakukan dengan menggunakan bahan makanan yang mengandung zat pigmen seperti karotin (warna jingga), rutin (kuning) dan astasantin (merah). Bahan-bahan tersebut terkandung dalam tubuh haiwan dan tumbuhan tertentu seperti lobak merah mengandung zat karotin; sedangkan ganggang, chlorella, kubis, cili hijau mengandungi rutin; spirulina, ketam, udang mengandung astasantin.

Para penternak pada masa sekarang ini tidak perlu lagi menyiapkan makanan sendiri kerana sudah tersedia di pasaran makanan koi yang sudah di formulasi sesuai dengan keperluan nutrisi dan zat untuk pembentukan warna ikan koi.

Pemakanan semula jadi atau makanan hidup seperti cacing darah, cacing tanah, daphnia, cacing tubifex sesuai diberikan pada benih koi (hingga berat 50 g / ekor) kerana lebih mudah dicerna oleh benih sesuai dengan keadaan sistem pencernaan, selain itu koi juga boleh memakan phitoplankton dalam kolam.

Jumlah pemakanan yang  diberikan berdasarkan jumlah ikan  dalam kolam dengan julat keperluan 3-5% per-hari, dengan kekerapan pemberian 2-3 kali per-hari hal ini juga disesuaikan dengan keadaan ikan dan media air penyelenggaraan.


WARNA IKAN KOI

Menurut pengalaman dan penyelidikan yang dilakukan bertahun – tahun lamanya, ditemukanlan bahan - bahan aktif yang boleh menambah atau membuat warna koi lebih cantik dan menawan.

Koi yang dipelihara di kolam Lumpur ternyata mempunyai kualiti warna yang lebih cantik dan menawan, berbanding dengan koi yang dipelihara di kolam tembok.


Ternyata ikan koi  yang memakan banyak alga yang terdapat tumbuh di Lumpur. Ganggang yang dimakan koi mengandung banyak zat karotena. Maka kalau penternak  ingin menambah warna ikan lebih cantik dan menawan hendaklah  memberi makan "krill", paprika, dan daun marigold, semuanya boleh anda campurkan dalam pemakanannya. Banyak makanan sumber karoten ini sudah dalam bentuk extract sehingga mudah dicampurkan dengan pellet atau roti.




KOLAM PEMBENIHAN


Sebelum pembenihan dilakukan perlu dibuat pemisahan dari kolam pemeliharan. Dengan mengadakan Kolam peembenihan yang khas yangmana harus mempunyai pintu kemasukan dan pintu pengeluaran air yang tersendiri.

Luas kolam pembenihan berbeza. Boleh menggunakan kolam hanya seluas 3 -6 m2 dengan kedalaman 0,5 m. Lokasi kolam hendaklah mengandungai sinar matahari yang mencukupi, tidak terlalu terdedah dan terlindung dari jangkauan kanak-kanak dan binatang kesayangan lain.

Untuk lebih sistematik, sediakan juga kolam penetasan telur dan rawatan benih. Kolam penetasan  boleh dibuat dalam bentuk  persegi panjang atau bulat. Kalau kolam berbentuk bulat, diameter antara 1,5-2 m.

Perlu juga diadakan kolam yang mempunyai persekitaran habitat ikan koi yang asal, dengan mengadakan pemakanan yang semulajadi untuk membekalkan pemakanan benih jika kuning telurnya telah habis. Kedalaman kolam sekitar 30 cm. Luas kolam antara 6-10 m2, cukup memadai.

Bagi yang mempunyai peruntukan dana yang mencukupi, dinding kolam boleh dilapis vinil iaitu bahan yang biasa untuk membuat tab fiberglass. Dengan lapisan vinil, kolam-kolam tersebut lebih terjamin kebersihannya dan kesan dari simen boleh dihilangkan.

Induk yang baik adalah yang mempunyai corak warna berbeza yang cerah simetris dengan bentuk tubuh seperti torpedo dengan berat badan sekurang-kurangnya 1 kg.

Kebanyakan penternak memilih untuk membeli koi berkualiti baik untuk calon induk dengan saiz 5-8 cm yang harganya murah untuk dibesarkan menjadi induk.

Secara semula jadi, cara melakukan pembenihan pada pra musim dan menjadi jenis kelamin yang matang, yangmana  dengan menaikkan suhu air. Induk jantan dan betina ditempatkan dalam bekas berasingan (untuk mengelakkan bertelur yang tidak diingini) dan tidak diberi makanan selama beberapa hari.



KAEDAH PEMBENIHAN

Ikan Koi dapat melakukan pembenihan secara semula jadi atau dengan  kaedah penyuntikan iaitu dengan rangsangan hormon yang disuntik pada tubuh induk betina untuk mempercepat proses persenyawaan. Penyuntikan Pituitary Gland (PG, nama dagang ovaprim) dengan dos 0,2 mg / kg berat ikan untuk satu kali penyuntikan.


Ovulasi akan terjadi 10 jam setelah penyuntikan. Sistem pembenihan pra-semulajadi yang lebih mudah kerana tanpa mencederakan ikan.

Bila keadaan ikan sukar melakukan pemijahan semulajadi sehingga perlu bantuan proses persenyawaan moden, maka perlu dilakukan icon telur dan sperma (stripping) yang merupakan pilihan terakhir.

Induk betina semasa dalam  pembenihan boleh menghasilkan 75,000 telur / kg berat badan. Perbandingan jumlah induk dalam proses pembenihan adalah 2 betina dan 1 jantan. Biasanya telur yang dikeluarkan oleh induk betina melekat pada substrat (injuk) yang akan disenyawakan oleh sperma jantan. Setelah telur menetas sebaiknya dipisahkan dari induk, dengan memindahkan induk dari bekas pemijahan atau sebaliknya telur yang diangkat dan dipindahkan ke dalam bekas penetasan.


Telur yang sudah disenyawakan akan menetas selepas 24-48 jam bergantung kepada suhu. Selama penetasan, kepadatan telur adalah 1 kg per 5 liter air. Larva yang baru menetas tidak memerlukan makanan selama 3-4 hari, kerana masih mempunyai beg kuning telur.

Menjelang kuning telur habis, perlu diberikan makanan  berupa naupli artemia atau makanan semulajadi lain yang bersaiz. Kemudian secara beransur-ansur dapat diberikan pemakanan buatan berupa butiran kering (pellet). Dalam 5 hari selepas itu 1 juta larva memerlukan 7 kg artemia, atau sekitar 0,5-2 kg per hari. Pada tahap ini larva ditebar pada kepadatan 20-40 larva / liter.

Untuk menghasilkan 1 juta Fingerling memerlukan sekitar 25kg telur artemia. Sintasan selama 9 hari adalah 50-80%. Ikan yang seberat 10 mg dapat dijual dengan RM10.00 seekor.


Larva yang berbentuk 0,25 g diberikan pakan buatan (butiran) kering dan boleh didederkan ke kolam sehingga saiz Fingerling (2 gram). Perbezaan pembenihan terbahagi kepada 2 tahap iaitu penbezaan selama 2 bulan pemeliharaan hingga larva mencapai saiz Fingerling (2-3 cm). Perbezaan kedua dilakukan dalam kolam yang diolah untuk menumbuhkan makanan semulajadi dan dilakukan pemilihan dan penjarangan (mengurangkan kepadatan). Penjarangan bertujuan untuk memberi ruang gerak yang cukup bagi ikan koi. Pemilihan bertujuan untuk mendapatkan ikan Koi berkualiti baik.


Waktu yang diperlukan dari telur hingga mencapai saiz Fingerling (2 gram) adalah 6-8 minggu dengan nilai sintasan (SR) 55%. Sedangkan untuk mencapai saiz 5-8 cm diperlukan waktu 4 bulan. Kualiti ikan koi (pola dan warna) bergantung dari tetuanya. Dari hasil pemilihan saiz Fingerling, yang afkir mencapai 25-50%. Dari 1 juta telur boleh dihasilkan 225.000-338.000 ekor Fingerling berkualiti baik (22-33%).




WARNA

High koi ditentukan oleh pola warna, kesesuaian jenis koi dan tahap warna. Pola warna yang terbaik dengan tahap warna yang terang antara warna menunjukkan kualiti yang baik.

Genotip menentukan jumlah dan jenis sel pigmen serta kromatofora. Kromatofora menghasilkan warna juga dipengaruhi otak ikan. Ikan pada bekas gelap cenderung berwarna gelap, begitu pula sebaliknya. Warna boleh berubah bila ikan mengalami tekanan (stres).

Biasanya ikan yang tumbuh lambat mempunyai warna yang lebih baik daripada ikan yang tumbuh cepat kerana pigmen boleh diubah dan digunakan untuk pertumbuhan tubuh. Seumur hidupnya, ikan koi dapat menyimpan dan menggunakan pigmen. Koi muda yang berwarna pucat apabila diberikan makanan berpigmen selama 6 minggu sebelum dipasarkan akan berwarna menarik. Intensitas warna bergantung dari jumlah pigmen dalam kromatofora. Pigmen boleh muncul dengan adanya karotenoid dalam makanan.

PRA PENUAIAN

Ikan Koi membesar sekitar 2 cm per bulan dan pada usia 60 tahun boleh mencapai panjang sehingga 1 m. Bila ikan Koi telah mencapai saiz pasaran iaitu 20 cm dapat dituai dan dilakukan pemilihan akhir, dengan memisah-misahkan jenis, saiz dan corak warna tubuhnya. Dari hasil pemilihan ini, Koi yang terpilih dibesarkan di dalam tab atau kolam simen sambil menunggu harga pasaran yang baik.

Dalam kolam yang terakhir sebelum dijual dipasaran, ikan sebenarnya dapat diperbaiki bentuknya, jika terlalu gemuk dibuat langsing atau yang terlalu kurus dibuat lebih gemuk.

Mustahak melalui kaedah penyelenggaraan kolam yangmana hendaklah  diusahakan tidak terlalu padat, akan lebih baik jika dalam tab dilengkapi alat pengudaraan sehingga kesegaran air terjamin dan dengan pemberian makanan yang baik dapat meningkatkan kualiti warna tubuh.

Seperti ikan yang paling, Koi kap bertelur bukannya melahirkan anak hidup. Malah, Koi dikenali untuk meletakkan beribu-ribu telur pada satu-satu masa. Proses ini mungkin berbunyi mudah dan menjanjikan jika anda sedang mempertimbangkan Koi pembiakan untuk suka-suka atau keuntungan, tetapi banyak faktor mesti tepat tepat untuk walaupun peratusan kecil telur ini untuk terus hidup begitu tidak mendapat harapan anda hanya lagi. Artikel ini akan menjelaskan proses pembiakan Koi.


Komponen pertama pembiakan Koi adalah sepasang Koi sihat, matang. Seni dan sains sebenar menaikkan Koi sihat adalah di luar skop artikel ini, tetapi terdapat banyak sumber yang ada. Jika anda boleh meningkatkan Koi sihat, bagaimanapun, mereka akan mencapai kematangan seksual seawal umur tiga tahun. Kadang-kadang mereka tidak akan mula pembiakan sehingga mereka hampir empat. Ia lebih bergantung kepada kadar pertumbuhan fizikal mereka daripada umur. Seorang wanita yang hamil akan menjadi agak mudah untuk notis di kalangan Koi lain. Mereka akan, sudah tentu, kelihatan lebih besar, kebanyakannya di bahagian abdomen. Kehamilan, bagaimanapun, tidak disamakan dengan kesuburan di dunia ikan. Telur-telur mesti disenyawakan oleh lelaki, dan menentukan apabila lelaki sudah bersedia untuk membiak tidak semudah.

Faktor seterusnya yang paling penting adalah persediaan pembiakan yang sesuai. Secara umumnya ia adalah lebih baik untuk menjalankan pembiakan Koi dalam persekitaran terkawal, berasingan daripada Koi lain bahawa anda mungkin mempunyai. Sejak parameter air yang paling sesuai untuk menggalakkan pembiakan agak tertekan Koi, ia adalah yang terbaik untuk tidak meletakkan seluruh kawanan di bawah jenis ini ketegangan yang tidak perlu. Juga, apabila menjaga pasangan pembiakan yang berasingan dari seluruh kawanan, lebih baik anda boleh menentukan jenis Koi anda akan menghasilkan jika anda cuba untuk menyeberangi baka. Tambahan pula, anda akan mempunyai lebih banyak kawalan ke atas nasib telur, yang akan meningkatkan kemandirian keseluruhan bayi Koi anda.

Persediaan yang ideal akan mempunyai banyak ruang untuk ikan kedua-duanya. Pendapat pakar berbeza, tetapi suhu perlu tempat sekitar 2-5 ° C lebih tinggi. Sentiasa ingat untuk memberi wanita kawasan untuk meletakkan telur; mereka akan memerlukan sesuatu untuk melampirkan kepada. Bahan tumbuhan cenderung untuk bekerja yang terbaik, tetapi penternak walaupun berpengalaman telah dikenali untuk menggunakan penyelesaian yang mudah sebagai ketua lap untuk menjimatkan kos.

Sentiasa pastikan telur berasingan dari seluruh kawanan. Jika dibiarkan terbuka kepada Koi dewasa, mereka mungkin akan dimakan. Selain itu, ia adalah terbaik jika terdapat beberapa kawasan "swasta" dalam kandang pembiakan, pada dasarnya apa-apa yang memberi kesan sarang. Sekali lagi, beberapa perkara tumbuhan atau ikan jaring akan bekerja dengan baik untuk kesan ini.

Koi secara semulajadi akan membiak pada musim bunga. Mereka boleh rasa masa tahun melalui perubahan dalam suhu air. Ia akan dianggap amat sukar untuk mensimulasikan ini, jadi ia adalah yang terbaik untuk membolehkan ini berlaku secara semula jadi. Jika pasangan itu akan membiak, mereka kemungkinan besar akan melakukannya pada waktu pagi. Semua syarat yang mesti tepat. Jika mereka tidak membiak, cuba menyesuaikan suhu air, ia mungkin terlalu sejuk atau terlalu panas. Pastikan mereka baik diberi makan. Anda boleh terus mencuba, tetapi ia hanya disyorkan untuk menyimpan Koi dalam kandang pembiakan selama beberapa hari pada satu masa. Mereka mungkin binasa jika terdedah kepada suhu yang tinggi untuk jangka masa yang terlalu lama.

Telur, jika disenyawakan, akan menetas dalam masa 7-10 hari selepas bertelur. Walaupun ia telah berkata bahawa Koi akan meletakkan beribu-ribu telur pada satu masa, tidak menaikkan jangkaan anda bahawa setiap satu akan bertahan. Tidak semua telur akan membuat dan anda tidak harus mengharapkan beribu-ribu Koi sedikit berenang di sekitar untuk membuat wang anda. Pastikan bahawa anda menetapkan standard anda lebih rendah dan tidak asas bajet anda pada harapan beribu-ribu anak-anak Koi dalam setiap kelompok dua Koi matang.